Written by AbangNara | January 30th, 2012

Berhentikan sekejap demam AJL26 dan bukalah telinga untuk mendengar penjelasan daripada Tasha Shilla tentang gosip yang menyatakan dia membuat tarian ghairah di The Rootz baru-baru ini. Abang Nara pasti ramai yang kecewa kerana Tasha Shilla sekadar menari biasa-biasa sahaja bukannya pole dance seperti yang dihebahkan. Abang Nara tak dapat bayangkan wajah innocent Tasha Shilla menari pole dance. Boleh terkejung urat kaki dibuatnya.

tasha shilla

Yang pastinya, Tasha Shilla mengakui yang dia memang berada di The Rootz untuk menyambut hari jadinya. Berikut adalah penerangan daripada Tasha Shilla menerusi Facebook Tasha Shilla.

tasha shilla

tasha shilla

Jadi kepada yang berharap agar ada video pole dance Tasha Shilla diupload ke YouTube, lupakanlah sahaja harapan anda itu. Kepada Tasha Shilla, lain kali birthday party tak payahlah buat kat The Rootz. Kan tempat ramai orang tue. Ajaklah member-member rapat layan karaoke kat RedBox pun dah ok dah kot. Tak gitu?

Written by AbangNara | January 30th, 2012

Ramai rasanya yang gembira dengan mutu persembahan AJL26 kali ini. Kesemua persembahan adalah sangat mantap. Keputusan yang dibuat juga tidak mencetuskan sebarang kontroversi. Namun kejutan paling hebat ialah kemunculan Remy Ishak semasa persembahan Alyah. Mungkinkah kehadiran Remy menyebabkan persembahan Alyah diangkut sebagai persembahan terbaik?

gambar persembahan ajl26

Lagi 49 gambar sekitar persembahan AJL26 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook TV3.

 
Written by serenity | January 30th, 2012

Dalam pada ramai memperkatakan tetang Anugerah Juara Lagu ke 26 yang berlangsung semalam dan juga cerita-cerita balik tabirnya, legenda dalam pembikinan, Datuk SIti Nurhaliza telah diumumkan sebagai pemenang untuk 6 kategori yang dia dicalonkan:-

– Favourite Artiste/Band
– Best Female Solo
– Best Album 2011 [All Your Love]
– Most Promising Artiste/Band
– Best Music Video [Falling in love]
– Best Use of Social Media (Twitter/Facebook)
– Sexiest Female Artiste

Untuk senarai penuh, anda boleh lawat di sini. Sebanyak 132,511 undian telah dijalankan oleh peminat-peminat seni dari seluruh dunia, dan antara artis yang kalah kepada Siti ialah Lady Gaga dan Katy Perry serta beberapa kumpulan K-Pop dari Korea. Kami di BeautifulNara.com mengucapkan tahniah dan berharap kemenangan beliau ini akan memberikan lebih ruang bagi beliau untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

***

Apa ada di Jempol, Negeri Sembilan? Anda pernah mendengar sejarah ‘Jalan Penarikan?
Jalan Penarikan yang juga terkenal sebagai Londar Siam adalah sebatang jalan darat tertua pernah diketahui di Semenanjung Malaysia dan merupakan jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melaui Temasik (Singapura). Jalan ini telah menghubungkan dua batang sungai Serting di sebelah utara dan sungai Jempol di bahagian selatan.Sejarah awal Jalan Penarikan ini tidak diketahui dengan tepat namun pernyataan tentangnya hanya diperolehi daripada dokumen lain secara kebetulan menyebutnya. Jalan ini dikatakan telah mula digunakan oleh pedagang-pedagang dari pantai barat semenanjung untuk pergi ke pantai timur (termasuk Siam) dan sebaliknya untuk menjalankan kegiatan perdagangan.

Peta terawal yang melakarkan Jalan Penarikan ini telah melukis dalam abad ke 16 oleh seorang ahli geografi Eropah. Namun pada abad ke 17, seorang pengembara Portugis telah melakarkan semula Jalan Penarikan ini yang mana telah menunjukkan ianya adalah satu jalan darat bukan satu terusan seperti yang telah digambarkan oleh ahli geografi Eropah itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom singgah ke Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Msia di Padang Awam Felda Gugusan Raja Alias 4, Serting, Jempol, Negeri Sembilan pada 4 Februari ini jam 4 petang hingga 6 petang Jumpa anda disana!

Written by AbangNara | January 30th, 2012

Kalau ada event-event besar seperti AJL26, sudah pasti yang ditunggu-tunggu oleh peminat dunia seni ialah fesyen artis-artis kita di blue carpet atau pun red carpet majlis tersebut. Untuk AJL26, oleh kerana Celcom menaja event ini, maka artis kita ramai yang berposing sakan di blue carpet AJL26. Kesemuanya vogue-vogue dan kacak-kacak belaka.

gambar blue carpet ajl26

Lagi 76 keping gambar sekitar blue carpet AJL26 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Facebook TV3 Malaysia.