Written by AbangNara | January 31st, 2012

Abang Nara yakin dan pasti ramai lelaki yang akan panas hati melihat kemesraan yang ditampilkan oleh Shila Amzah dan Sha’Naz Ahmad di blue carpet AJL26 baru-baru ini. Sememangnya mereka berdua sedang mabuk bercinta. Kalau tak mabuk, takkanlah sampai berpegangan tangan semesra ini kan? Apa pun, mereka berdua memang nampak sangat sweet sebagai couple.

shila dan sharnaz ahmad

Lagi beberapa keping gambar kemesraan Shila Amzah dan Sha’naz Ahmad dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada RentakArtis.

 
Written by serenity | January 30th, 2012

Pernah menggegarkan industri hiburan antarabangsa dengan album-album mereka awal dan pertengahan 2000-an yang menampilkan lagu-lagu hits seperti Bring Me To Life, My Immortal dan Anywhere, kami ingin memaklumkan yang kumpulan terkenal ini akan membuat persembahan secara Live di Malaysia di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 23 Februari ini, pukul 8.30 malam.
Evanescence dianggotai oleh Amy Lee, Terry Balsamo, Tim McCord, Troy McLawhorn dan Will Hunt sudah bertukar-tukar anggota sejak beberapa tahun lepas tetapi masih mempunyai fanbase yang besar. Tiket berharga RM 298, RM 198 dan RM 98 boleh dibeli di sini Untuk anda, ditampilkan lagu favorite kami oleh mereka, Everybody’s Fool. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook JS Concert selaku penganjur.

Written by serenity | January 30th, 2012

Setiap kali ada majlis atau sesi fotografi, biasanya memang ada artis yang berpakaian serupa atau hampir sama dengan selebriti lain. Mungkin mengambil inspirasi, tapi ada juga yang kelihatan 90% serupa dengan fesyen selebriti luar negara, atau sedikit sahaja. Ini ialah gambar-gambar yang dikumpulkan oleh seorang penggiat Forum Cari, repost di sini dengan kebenaran beliau.
Kalau ada ada idea mengenai selebriti lain yang pada pendapat anda juga berfesyen dari inspirasi selebriti lain, boleh saja nyatakan pendapat di ruangan komen, kami akan cuba publish gambar-gambar untuk anda.

Written by AbangNara | January 30th, 2012

Cantik sangat Siti Nurhaliza semasa AJL26 semalam. Baju yang bergemerlapan sesuai dengan status bintangnya. Siti nampak sangat-sangat vogue. Tak gitu?

gambar siti nurhaliza ajl26

Lagi 4 keping gambar Siti Nurhaliza di AJL26 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Kak Red yang telah sebulan selamat melahirkan Red Baby.