Written by AbangNara | January 31st, 2012

Abang Nara dah lama tahu orang pergi kelab malam untuk lepaskan tekanan. Member-member Abang Nara pun ada 2,3 orang yang selalu pergi clubbing. Abang Nara faham Tasha Shilla pun stress dengan kerja. Kalau pergi clubbing, confirm menari bagai nak rak. Bak kata kawan Abang Nara, bila menari terasa dunia ini dia yang punya.

tasha shilla

Kata Tasha Shilla:-

Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.

Nampaknya Abang Nara pun kena belajar pergi kelab malam sebab nak tenangkan fikiran. Tak pernah pulak terfikir memang berkesan aktiviti di kelab malam sampai Tasha Shilla pun mengakuinya. Tapi Abang Nara hanya mahukan Tasha Shilla untuk menjadi cikgu clubbing Abang Nara. Rasa-rasa dia sudi tak? Hehehe.

P.S: Mungkin Tasha Shilla patut bagitau kelab malam yang dia pergi. Rasanya ramai orang di luar sana yang ingin mencari ketenangan secara “berjemaah” bersama Tasha Shilla.

Written by AbangNara | January 31st, 2012

Seorang demi seorang gadis-gadis di dunia hiburan Malaysia menamatkan zaman dara mereka. Yang terbaru ialah si gadis yang sentiasa dengan imej baju kurungnya, Ana Rafali. Pasti ada pria yang kecewa, namun Abang Nara bergembira kerana boleh meraikan hari bahagia Ana Rafali tidak lama lagi. Dan pastinya manusia yang paling gembira dengan berita ini ialah Ana Rafali sendiri dan bakal suaminya (merangkap rakan karib) Ahmad Aznaim Abdullah (Naim).

gambar perkahwinan ana rafali

Ana Rafali, 26 tahun bakal bernikah dengan Naim, 30 tahun di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati pada 25 Februari 2012. Sebelum majlis pernikahan, majlis pertunangan akan dijalankan terlebih dahulu. Majlis resepsi pula akan diadakan selepas selesainya majlis pernikahan. Apa pun, tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ana Rafali atas berita gembira ini. Semoga segala persiapan perkahwinan anda akan berjalan dengan lancar.

Written by AbangNara | January 31st, 2012

Dalam ramai-ramai artis yang datang memeriahkan malam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011, Abang Nara paling suka kat Irma Hasmie. Cun melecun kot Irma sekarang nie. Dengar cerita Irma tengah mencarik jodoh. So kalau anda rasa anda berupaya menjadi suami yang baik, apa kata try ngorat Irma. Tak salah untuk mencuba kan?

gambar ppmh2011

Berikut ialah senarai pemenang PPMH2011:-

1. Anugerah Ikon – Datuk Siti Nurhaliza

2. Anugerah Harapan – Yuna

3. Anugerah Selebriti Favourite – Shahizey Sam

4. Anugerah Selebriti Cekal – Abby Abadi

5. Anugerah Duda Hot – Yusry KRU

6. Anugerah Janda Hot – Nora Danish

7. Anugerah Selebriti Kacak – Aaron Aziz

8. Anugerah Selebriti Jelita – Rozita Che Wan

9. Anugerah Hot Papa – Aaron Aziz

10. Anugerah Hot Mama – Ziana Zain

11. Anugerah Selebriti Stylo – Stacy

12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) – Gambit Saifullah

13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) – Fouziah Ghous

14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) – Dafi

15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) – Erra Fazira

16. Anugerah Seksi (Lelaki) – Norman Hakim

17. Anugerah Seksi (Wanita) – Fazura

18. Anugerah Khas Media Hiburan – Datuk Yusof Haslam

Lagi 45 keping gambar sekitar malam Anugerah PPMH2011 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sekali lagi kepada Razin Photography.

 
Written by AbangNara | January 31st, 2012

Masa muda-muda dulu, adik Abang Nara memang suka beli majalah Media Hiburan. Abang Nara pun tumpang sekaki membacanya. Menarik jugak sebenarnya majalah Media Hiburan ini. Tambah menarik apabila mereka mula mengadakan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan atau lebih dikenali sebagai PPMH. Untuk tahun 2011, Anugerah Ikon PPMH telah dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza.

siti media hiburan

Kalau dah namanya Siti Nurhaliza, pakai fesyen macam mana pun tetap akan tampil menarik. Lagi beberapa keping gambar Siti Nurhaliza semasa PPMH2011 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Razin Photography.

 
Page 1 of 3912345...Last »