Written by AbangNara | December 29th, 2011

2 jam sebelum ini Abang Nara dah kongsikan fesyen yang dianggap terbaik sepanjang tahun 2011 ini. Apa kata kali ini kita layan yang terhancur pulak. Sekali lagi diingatkan ini ialah pendapat daripada mata Abang Nara. Maka sememangnya ianya berbeza dengan mata anda. 7 fesyen terhancur itu adalah:-

1.  Miera Liyana – confirm kena masukkan dia nie, kalau tak mesti anda kata mata Abang Nara kero.

miera

2. Fathia – Abang Nara memang tak gemar style berbulu-bulu nie. Geli badan

fathia

3. Fida – sekali lagi fesyen berbulu yang menyebabkan kegelian pada tekak Abang Nara

fida

4. Amanda Imani – muka macam bangga je kan?

amanda

5. Fasha Sandha – fuh, bareback gitu.

fasha

6. Najwa Latif – memang out 100% fesyennya

najwa latiff

7. Didie Alias – seram mak nyah ~~~

didie alias

Sekian terima kasih.

Written by AbangNara | December 29th, 2011

Ramai benar yang request kat Abang Nara supaya buat entri fesyen/pakaian terbaik yang dipakai oleh selebriti-selebriti wanita sepanjang tahun 2011 ini. Abang Nara faham anda semua agak kesuntukan masa untuk membaca archive yang ada. Jadi untuk senangkan diri anda, Abang Nara pilihkan 7 fesyen terbaik selebriti wanita Malaysia sepanjang tahun ini. Baca jangan tak baca.

1. Fazura – orang cantik kalau pakai apa pun cantik gak. Tak gitu? Fesyen ini adalah semasa FFM24.

fazura

2. Neelofa – macam ikan duyung yang cun melecun (FFM24)

neelofa

3. Siti Saleha – awak nampak biru lah (ABPBH2010)

abpbh

4. Tiz Zaqyah – lihat pinggangku, ramping kan? (Anugerah Skrin)

tiz

5. Nora Danish – comel, comel dan comel ~~

nora danish

6. Diana Amir – bertudung dan sangat elegan

diana amir

7. Lisdawati – baju yang memang sangat bergemilauan keemasan gitu

lisdawati

Inilah 7 pilihan fesyen yang Abang Nara anggap terbaik di mata ini. Kemungkinan besar taste korang lain. Setiap orang kan dilahirkan dengan taste berbeza? Kalau tak puas hati, sila hantar email ke hi@beautifulnara.com beserta dengan link atau gambar artis yang anda rasa lebih layak. Terima kasih.

P.S: Fesyen Lisa Surihani masa FFM24 pun cantik gak tapi Abang Nara tengah boikot dia sekarang. Hahaha.

Written by AbangNara | December 28th, 2011

Fuh. Memang nama-nama besar semuanya. Abang Nara teruja melihat nama seperti Faizal Tahir dan Ella yang bakal menggalas tugas menjadi mentor untuk program Mentor 6 tidak lama lagi. Namun keterujaan itu agak berkurangan apabila melihat nama Adam AF. Apakah Adam layak menjadi mentor?

program mentor 6

Ogy, Ramlah Ram dan Ferhad sememangnya layak kerana mereka memang sudah lama dan banyak pengalaman. Ikhlas dari hati Abang Nara, tak nampak di mana sesuainya Adam AF menggalas tugas seorang mentor. Menurut pihak penerbit program Mentor 6, mereka mahukan seorang mentor yang kuat dari segi pop dance(ala-ala Kpop la nie) untuk memeriahkan lagi Mentor 6 kali ini.

Kami ada satu kriteria di mana hasil dari perbincangan, kami nak cari satu kelainan dalam program ini. Kami nak variasi dan cari artis yang mempunyai genre yang berbeza di mana kami rasa Adam sesuai untuk mereka yang minat dengan muzik Pop Dance. Bagi saya, masing-masing ada kekuatan tersendiri dan tak semestinya yang baru itu tidak bagus.

Apa pun sama-sama kita nantikan program Mentor 6 yang akan ke udara di TV3 tahun hadapan. Kredit gambar dan berita pada portal GUA.

Written by AbangNara | December 28th, 2011

2011 sudah semakin sampai ke penghujungnya. Sepanjang tahun ini, ada banyak tragedi, kenangan pahit manis dan tidak ketinggalan, penghijrahan ramai selebriti ke arah kebaikan. Ramai selebriti tanah air terutamanya selebriti wanita yang memilih untuk menutup aurat sepenuhnya dan memeluk Islam sepanjang tahun 2011. Antaranya ialah:-

1. Diana Amirramai yang terkejut dan sangat gembira apabila mendengar berita Diana Amir berhijrah memakai tudung. Ternyata ianya adalah satu keputusan yang bijak apabila nama Diana Amir semakin popular dan meniti di bibir peminat dengan penghijrahan ini.

diana amir

2. Irma Hasmiemengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang daripada umrah, Irma Hasmie kini menjadi menantu idaman semua mak-mak di Malaysia. Sangat manis dan sangat cantik kan?

irma hasmie

3. Catriona Rosskisah Catriona Ross memakai tudung sangat-sangat menarik untuk dibaca bersama. Disebabkan boring menunggu rakan-rakannya bershopping, Catriona mencuba untuk memakai tudung. Daripada situ hatinya terdetik untuk memakai tudung sehingga kini.

catriona ross

4. Daphne Ikingmemeluk Islam secara rahsia apabila berkahwin dengan suaminya, ura-ura Daphne memeluk Islam tersebar apabila dia mengucapkan “Alhamdullilah” di satu majlis. Akhirnya Daphe Iking membuat pengakuan sudah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Dahlia Eleanor Iking.

daphne iking

5. Jojiemula memakai tudung Ramadhan yang lalu, Abang Nara lihat Jojie tampak lebih cantik, ayu dan anggun ketika menutup aurat berbanding sebelumnya. Anda setuju?

jojie

6. Farah AFwalaupun Farah mula memakai tudung sejak tahun akhir tahun 2010, tapi Abang Nara masukkan jugak di dalam senarai ini sebagai pembakar semangat untuk para wanita di luar sana.

farah af

7. Akma AF3tiada angin tiada taufan, tup tup Akma AF muncul dengan imej bertudung baru-baru ini. Nampak sangat ayu gitu. Semoga segalahnya dipermudahkan.

akma af

8. Raja Farahselepas perkahwinannya dengan Megat, Raja Farah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Sememangnya Raja Farah yang dah cantik semakin cantik apabila bertudung.

raja farah bertudung

9. Marion Cauntermemeluk Islam apabila menjadi isteri kepada SM Nasaruddin, kini Marion Caunter bahagia bersama dengan puteri sulung yang dilahirkan baru-baru ini.

marion caunter

Itulah antara 9 selebriti wanita yang berhijrah ke arah kebaikan sepanjang tahun 2011 ini. Semoga mereka kekal dalam penghijrahan dan tabah menghadapi cabaran. Kalau ada yang Abang Nara tertinggal, jangan malu jangan segan untuk maklumkan di ruangan komen.

UPDATE: Terima kasih kepada komen-komen yang memberikan nama beberapa selebriti wanita yang telah berhijrah tetapi Abang Nara tak selitkan di sini. Dah update di bawah.

10. Siti Nordianamula berminat untuk mengenakan tudung setelah melihat ramai orang bukan Islam yang mendalami agama dan memakai tudung selepas memeluk Islam.

siti nordiana

11. Michelle Melodimemeluk Islam apabila menjadi isteri kepada Deqwan. Semoga segalanya dipermudahkan selepas ini untuk pengantin baru ini.

michelle melodi

12. Abby Fanamemakai tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Sangat manis kan?

abby fana

Kalau ada yang tertinggal silalah bagitau di ruangan komen.

Page 5 of 38« First...34567...102030...Last »