Written by serenity | December 8th, 2011

Pada 20 November lepas, telah berlangsung majlis pernikahan Dalili Michelle Abdullah, wartawan program Melodi TV3 dengan Tengku Naharuddin atau Deqwan di Duchess Place, Kuala Lumpur. Juruvideo rasmi mereka, CST Production telah mengeluarkan video detik pernikahan mereka beberapa jam lepas. Macam biasa, video CST: phenomenal. Kalau ada masih ingat, CST telah mengeluarkan satu video pra-pernikahan yang comel tentang percintaan pasangan ini yang berjudul Nasi Goreng Cina. Setakat ini video tersebut sudah dilihat melebihi 100,000 kali di YouTube.

Dengan gerak kamera, penataan cahaya dan pembetulan warna yang baik, kami tertanya-tanya juga hasilnya kalau CST dapat melakukan sinematografi untuk filem. Saksikan video pernikahan Michelle dan Deqwan dari CSTProduction.

***

Pesta Joget 1Malaysia akan diadakan di Dataran Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka pada 16 Disember 2011 (Jumaat), 8.30 malam. Hadir beramai-ramai!

Written by AbangNara | December 7th, 2011

Kuala Lumpur, 1 Disember 2011 – Karnival Kampus Astro mengajak anda semua untuk datang beramai-ramai pada hujung minggu ini, Sabtu (10 Disember) dan Ahad (11 Disember) dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara yang dibuka untuk orang ramai secara percuma!

kampus astro

Kanak-kanak berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan hebat yang bercorakkan pendidikan daripada saluran-saluran TV kegemaran anda seperti Disney Channel, Animal Planet, Discovery & Discovery Science channel, History Channel, National Geographic Channel, Astro Tutor TV, Astro Ceria, Astro Xia Tai Yang dan Astro TVIQ.

Kanak-kanak (berumur 18 tahun ke bawah) juga akan diberikan sebuah buku paspot khas Karnival Kampus Astro. Buku paspot ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengumpul pelekat-pelekat khas daripada saluran-saluran TV di Karnival Kampus Astro yang terlibat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan muka, cenderahati lilin tangan dan juga untuk mendapatkan makanan popcorn. Kanak-kanak juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti permainan kuiz, menyelesaikan teka-teki dan banyak lagi untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif.

kampus astro

Selain itu, sempena pelancaran musim kedua rancangan Sains Comot di Astro TVIQ, kanak-kanak juga berpeluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan Prof Comot (Keroz Nazri) di Karnival Kampus Astro pada Disember 10 (Sabtu) jam 11.30 pagi – 12 tengahari, 2.30 petang – 3 petang dan Disember 11 (Ahad) jam 2 petang -2.30 petang.

kampus astro

Jangan lupa untuk menonton musim terbaru rancangan Sains Comot di Astro TVIQ yang akan memaparkan pelbagai eksperimen sains menarik seperti melantun telur, susu yang bertukar warna, deodoran buatan sendiri dan banyak lagi. Rancangan Bahasa Malaysia No.1 di TVIQ, Sains Comot musim kedua akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 2.30 petang, bermula 10 Disember di Astro TVIQ (saluran 610).

Written by serenity | December 7th, 2011

Satu ketika dulu seorang gadis pelajar universiti pernah mendakwa dia berkasih dengan Henry Golding, model dan pengacara kacak. Gosip itu dinafikan oleh Henry dan sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada cerita gadis itu benar atau sekadar fantasi. Selepas gosip itu padam, nama Henry agak tenggelam seketika dari dibincangkan oleh peminat. Dalam diam, rupanya Henry telah bergambar romantik dengan model, pengurus majlis dan pengacara kacukan Itali-Taiwan iaitu Liv Lo yang bermastautin di Tokyo, Jepun. Liv juga ialah merupakan seorang blogger, dan blog beliau boleh dibaca di sini.
Photobucket
Gambar-gambar ini diambil dan dimiliki oleh jurugambar profesional Anna Rina sewaktu Henry dan Liv bercuti ke Paris, kota cinta, Ogos lepas. Pada mata kami, mereka nampak serasi bersama. Tetapi kami juga sebenarnya tidak pasti sama ada mereka-benar-benar bercinta atau ini sekadar gambar iklan. Lagi 4 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Terima kasih komentator pu3zairos untuk tip anda.

***

 
Written by serenity | December 7th, 2011

Biasanya kalau anggota pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat saja yang biasa kita baca kisahnya di laman gosip. Tetapi semenjak pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda menyerlah di arena bola sepak Asia Tenggara, minat terhadap pasukan bola sepak tempatan semakin meningkat dan semakin ramai pemain mula dikenali ramai. Salah seorang daripadanya ialah Nazmi Faiz. Apa yang menarik, dalam artikel yang dikeluarkan oleh laman media Murai, Nazmi Faiz mengakui dia ialah peminat Neelofa dan sekiranya ada peluang, pastinya dia akan bertemu pelakon itu kerana Nazmi juga meminati Neelofa:-

Jujur saya katakan, saya memang tidak pernah berjumpa dengan Neelofa. Jadi, kalau saya tak pernah jumpa dengan dia, bagaimana pula saya boleh dikatakan makan malam bersamanya? Terus-terang, saya mendapat tahu diri saya dikaitkan dengan Neelofa daripada kawan saya sendiri yang juga seorang pemain bola sepak.

Selepas mendapat tahu, saya terus membaca gosip berkenaan. Walaupun saya terkejut, tergamam dan tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku, tapi ada sedikit rasa gembira kerana saya juga adalah peminat Neelofa.

Buat sementara waktu, saya tidak akan berjumpanya memandangkan saya sibuk dengan latihan dan persiapan untuk perlawanan akan datang. Pun begitu, saya tidak boleh menolak andai kata berpeluang bertemu dengan dia.

Dalam pada itu, Nazmi turut dikaitkan dengan seorang gadis yang bernama Nadia Ismael. Namun begitu, Nazmi menafikan Nadia ialah kekasihnya dan mendakwa mereka hanya berkawan:-

Saya masih lagi muda. Baru saja berusia 17 tahun. Perjalanan saya masih jauh. Saya masih belum ada kekasih lagi. Saya masih lagi solo. Nadia Ismael itu adalah kawan kepada adik saya. Dia memang sangat rapat dengan adik saya. Saya hairan kenapa dia dikatakan kekasih saya.

Saya cuma anggap Nadia seperti kawan saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau boleh saya mahukan gosip seperti ini dihentikan kerana saya mahu memberikan fokus kepada karier bola sepak saya. Apapun, saya bersyukur setakat ini gosip ini tidak mendatangkan kesusahan dan gangguan dalam hidup saya.

Sekali lagi, saya mahu menegaskan bahawa setakat ini, saya bukanlah pemain bola sepak yang dikatakan digilai selebriti tempatan. Tiada seorang artis pun cuba datang mendekati saya apatah lagi Neelofa.

Haruslah mendengar perkhabaran ini, Neelofa akan merasa gembira, tetapi Neelofa telah mengatakan yang hajatnya untuk belanja pasukan Harimau Muda makan malam terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tapi ini sebenarnya satu idea yang baik untuk majalah tempatan. Kalau boleh diaturkan oleh mana-mana majalah hiburan sekali pun dan gambar-gambar diambil dan dicetak di muka hadapan, kami pasti majalah boleh dijual macam pisang goreng panas. Kalau bukan Nazmi, Fakri pun boleh, kerana dia jua punya perasaan.

Larikkkkk!

***
Photobucket