Written by serenity | December 31st, 2011

Eh, anda mungkin ada pendapat yang lain tetapi rasanya anda mungkin akan bersetuju yang selebriti paling popular untuk tahun 2011 ialah tak lain dan tak bukan, pelakon kacak Aaron Aziz. Komen menarik penulis blog rebiu filem terbaik, That Movie Blogger Fella :

Rupanya yang kendu gilababi sudah tentu membantu, tetapi beliau juga ada kemahiran disebalik kehensemannya.

Boleh kami katakan, nama Aaron Aziz meningkat secara mendadak selepas dia terbabit dengan drama Nora Elena yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia beberapa bulan dahulu. Tidak seperti pasangannya Siti Saleha yang sedikit tenggelam selepas Nora Elena, keterlibatan Aaron Aziz dalam beberapa filem yang mendapat kutipan tinggi seperti KL Gangster dan Ombak Rindu telah meningkatkan lagi populariti beliau.

Rasanya ini juga berkait rapat dengan hakikat yang pelakon ini mempunyai personaliti yang menyenangkan, perhubungan awam yang baik dan isteri beliau, Diyana Halik, seorang pengurus yang efektif dan bijak dalam menguruskan kariernya.

Adakah Aaron akan mengekalkan popularitinya untuk tahun 2012? Hanya usaha dan masa yang akan menentukannya.

Apa pun, selamat maju jaya, Aaron Aziz. Kredit gambar, We Love Aaron Aziz.

Written by serenity | December 31st, 2011

Beberapa hari lepas filem Ombak Rindu telah dimuat naik ke laman Youtube oleh pihak tertentu tanpa izin produksi Tarantella Pictures, tetapi mereka telah berjaya menutupnya sejak malam semalam.   Sinar Harian melaporkan, Penerbit Penyelarasan Tarantella Pictures, Jailani Abdul Ghani, menyerahkan kepada pihak pengurusan Astro untuk mengambil tindakan lanjut kepada pihak yang telah memuat naik filem tersebut di laman YouTube.

Buat masa ini, filem Ombak Rindu sedang ditayangkan di Astro dan terpulang pada budi bicara mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya. Selain di You Tube, pihak kami juga telah dilaporkan bahawa filem ini telah pun dijual menerusi DVD cetak rompak.

Setakat ini kami hanya menunggu keputusan daripada pihak pengurusan Astro untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Astro, walau bagaimanapun, masih belum mengumumkan sebarang tindakan lanjut tentang perkara itu.

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali mula ditayangkan 1 Disember lalu, dan ia mendapat sambutan baik dari peminat filem tempatan, tetapi mengikut perkiraan, ia tidak berjaya mengalahkan filem KL Gangster terbitan Skop Production untuk filem yang mendapat kutipan tertinggi bagi tahun 2011.

Written by serenity | December 31st, 2011

Banyak yang telah berlaku pada tahun 2011, dan dalam masa beberapa jam lagi, lembaran baru tahun 2012 akan membuka tirai. Bagi kami di BeautifulNara.com, mungkin tidak dapat memuaskan hati semua orang, tetapi telah berusaha yang terbaik untuk kesemua pembaca-pembaca yang dihargai. Kami bertuah kerana mempunyai pembaca yang reaktif dan responsif seperti anda semua. Jadi, di sini ingin kami ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 walau di mana saja anda berada, dan walau bagaimana pun anda menyambutnya, kami berharap, semoga di tahun baru ini azam para sang pemimpi akan tercapai.

Terima kasih atas sokongan anda selama ini, dan jangan lupa untuk meneruskan sokongan anda. Anda semua adalah yang terbaik!

Written by AbangNara | December 31st, 2011

Abang Nara benar-benar tak tahu yang Os selama ini bekerja sebagai pemandu teksi. Dan apabila ditanya apakah yang akan dilakukan selepas bergelar juara Maharaja Lawak Mega, Os menjawap:-

osbon

Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini. Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil.

Abang Nara suka benar dengan kata-kata daripada Os. Nampak rendah diri dan tak berlagak. Semoga selepas ini makin ramai yang akan naik teksi Os. Dan Abang Nara pun berharap agar otai-otai seperti Os dan Abon ini diberi lebih banyak peluang untuk muncul di kaca TV kerana lawak mereka masih padu.

Page 1 of 3812345...Last »