Written by AbangNara | November 24th, 2011

Sukarnya nak membuat pilihan di antara dua wanita ini. Maya Karin dan Fasha Sandha kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Muka Maya sedap mata memandang dan Fasha Sandha pulak mempunyai wajah yang sangat elegan. Rasa-rasa kena baling dadu kalau disuruh pilih salah seorang daripada mereka.

fasha maya

Jangan lupa dapatkan InTrend terbaru untuk membaca perkembangan dua artis hebat ini. Dan untuk peminat Fasha Sandha, majalah Cosmopolitan juga turut memaparkan dirinya sebagai cover mereka.

fasha maya

So berbalik kepada topik, yang manakah satu pilihan anda, Maya Karin atau Fasha Sandha?

Written by AbangNara | November 23rd, 2011

Mengejutkan. Rumah sudah siap tapi bukan sahaja pahat yang berbunyi. Ini tahap gerudi pun berbunyi sekali. Agak memalukan apabila kemenangan untuk Lagu Terbaik AIM yang dimenangi oleh Yuna terpaksa ditarik balik oleh kerana silap daripada pihak penganjur. Pemenang sebenarnya ialah tak lain tak bukan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain.

lagu yuna ditarik balik

Walaupun pada mulanya Abang Nara sendiri mempertikaikan kemenangan lagu Penakut kerana lagu ini kalah kepada lagu Sedetik Lebih untuk kategori lagu pop terbaik, namun dengan keputusan untuk menarik balik kemenangan ini menunjukkan ada beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki AIM. Agak memalukan untuk keputusan ditarik balik buat satu anugerah yang tinggi prestijnya.

lagu yuna ditarik balik

Kepada Yuna, harap anda bersabar. Ini namanya tak ada rezeki. Kepada AIM, tak sabar rasanya nak menunggu sidang media daripada pihak anda untuk menjelaskan keadaan.

Written by serenity | November 23rd, 2011

Penyanyi Hattan telah berkahwin semula setelah enam tahun menduda pada tarikh 11.11.11 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Nama isterinya ialah Farah, dan ini ialah gambar pasangan ini yang telah dikeluarkan oleh The Photographer Studio and Gallery. Pada awalnya, Hattan dikatakan merahsiakan siapa isterinya. Apa pun, tahniah diucapkan dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Photobucket
Lagi sekeping gambar Hattan dan Farah boleh dilihat dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 23rd, 2011

Kerana pernah putus cinta sebanyak 5 kali, penyanyi Adibah Noor yang berusia 41 tahun nekad untuk tidak berkahwin. Dalam laporan oleh Mstar Online, dia menyatakan:-

Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.

Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan.

Adibah turut berkata yang dia membela 20 ekor kucing di rumah dan kucing-kucing itu menjadi penghibur untuknya dan kawan-kawan:

Saya mempunyai sekumpulan rakan perempuan yang masih lagi bujang dan kami telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain.

Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya.

Rasa macam terlalu awal untuk mengalah. Bak kata pepatah  Inggeris, ‘Life Begins At Forty’. Kami mendoakan Adibah akan bertemu cinta sejati satu hari nanti.