Written by AbangNara | November 25th, 2011

Macam-macam. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan. Rupa-rupanya kesilapan pengumuman lagu terbaik untuk AIM berpunca daripada pengiraan salah yang dilakukan oleh juruaudit luar rasmi AIM, Ernst & Young. Agak pelik jugak kerana kesilapan ini hanya dikesan selepas 2 minggu. Misteri naga sungguh.

anuar zain

Namun begitu Abang Nara cukup kagum dengan Anuar Zain dan Yuna yang bersikap profesional untuk hadir ke sidang media AIM semalam. Bukan senang untuk memenangi sesuatu dan kemudian ditarik balik atas kesilapan sebegini. Yang penting, kredibiliti AIM selaku penganjur anugerah muzik yang paling berprestij telah pun tercalar. Anuar Zain telah berkata:-

Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut. Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu ‘Penakut’ sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka. Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut. Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja. Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif. Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan

Semoga perkara sebegini akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada mana-mana pihak penganjur supaya ianya tidak berulang lagi. Pendapat Abang Nara, mungkin sudah tiba masanya untuk pemuzik-pemuzik Malaysia bergabung dan membuat satu anugerah ciptaan sendiri yang tidak bergantung kepada mana-mana organisasi.

Written by AbangNara | November 25th, 2011

Bila anda bekerja seperti Abang Nara, menghadap computer di office dan tak ada banyak masa untuk bersenam, pastinya sendi-sendi dan tulang-tulang terutamanya di bahu akan terasa lenguh dan sakit. Dan setiap kali Abang Nara pulang ke rumah dari office, Abang Nara akan mengadu sengal-sengal bahu kepada wife yang tercinta.

tigerbalmplaster

Tup-tup satu hari tue wife Abang Nara dengan muka riang gembira menunjukkan sesuatu kepada diri ini.

tigerbalmplaster

Abang, abang. Nie saya dah jumpa jalan penyelesaian untuk sakit-sakit sendi kat bahu abang tue. Mak saya bagitau Tiger Balm Plaster nie boleh settlekan kesengalan sakit-sakit sendi abang tue. Jom kita try jom

tigerbalmplaster

Tiger Balm Plaster ini didatangkan dalam dua jenis iaitu Cool dan Warm. Wife Abang Nara siap terangkan lagi cara-cara penggunaannya. Abang Nara nak guna yang Warm sebab sendi-sendi tulang Abang Nara setiap hari kena aircond je.

tigerbalmplaster

Selepas dibukak, di dalam bungkusannya ada dua benda. Satu ialah pelekat yang akan digunakan di bahu anda. Dan satu lagi ialah Tiger Balm Plaster yang akan diletakkan ke pelekat tersebut. Contohnya seperti gambar di bawah.

tigerbalmplaster

Abang Nara try yang warm sebab badan Abang Nara tak boleh sangat kena benda-benda sejuk nie. Setiap orang berbeza citarasanya. Yang penting time nak tampal tue, mestilah di tempat yang sendi kita sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Tiger Balm Plaster ini berbeza kerana ia plaster hygrogel dan bukan seperti plaster biasa. Hydrogel plaster ini sangat selesa untuk dipakai berjam-jam.

tigerbalmplaster

Mula-mula Abang Nara memang tak percaya sangat keberkesanan Tiger Balm Plaster ini. Namun selepas menggunakannnya kira-kira 15 minit, memang hilang rasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada bahu Abang Nara. Dan paling best masa plaster ini melekat di bahu, terasa selesa dan panas yang sedap-sedap. Susah Abang Nara nak terangkan feeling tue, tapi kesimpulannya memang BEST sangat-sangat.

tigerbalmplaster

Tengok tue betapa leganya muka Abang Nara. Lenguh kat bahu pun dah hilang. Bolehlah Abang Nara menyambung tugasan menulis blog untuk tatapan anda semua.

tigerbalmplaster

Terima kasih Tiger Balm Plaster. Produktiviti Abang Nara kini makin meningkat semenjak menggunakan Tiger Balm Plaster. Kalau anda berminat untuk mencuba, boleh dapatkan Tiger Balm Plaster di farmasi yang berdekatan.

Written by AbangNara | November 24th, 2011

Hmmm. Baru-baru ini ada suara-suara yang menyatakan wajah penyanyi baru Qalisha Ray ada iras-iras Kim Kardashian. Di pandangan mata Abang Nara, tak adalah sama pun. Tapi kalau tak ada iras pun, kejelitaan Qalisha Ray ini memang tak boleh dinafikan lagi. Jom kita buat perbandingan jom.

1. Qalish Ray

qalisha ray

2. Kim Kardashian

qalisha ray

Teruskan membaca entri ini sepenuhnya untuk beberapa keping lagi gambar Qalisha Ray. Jangan lupa LIKE Facebook Qalisha Ray tanda sokongan kepada penyanyi baru ini.

 
Written by serenity | November 24th, 2011

Dengan wajah eksotik Pan-Asiannya, tubuh yang mantap, personaliti yang ceria dan ketangkasan – serta bakat yang besar, Natassia Malthe ialah seorang aktres yang wajar diberi perhatian. Jadi tidak hairan yang dia telah dipilih oleh KRU Studios untuk menerajui watak wanita utama dalam filem epik Hollywood, Vikingdom. DailyChilli melaporkan, juga satu bonus bagi jelitawan dari Norway itu, yang pernah membintangi filem-filem Hollywood seperti Elektra, Bloodrayne 2 & 3 dan DOA: Dead or Alive kerana mempunyai kaitan dengan Malaysia. Katanya ceria:-
Photobucket

Ibu saya berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Dia bertemu ayah saya, seorang rakyat Norway dalam perjalanan ke Toronto (Canada). Tetapi saya hanya pernah datang ke Malaysia sekali—selama 6 jam untuk sebuah iklan syampu. Tapi itu sudah lama dulu.

Bayangkan keseronokannya apabila dia menerima skrip filem Vikingdom, dan peluang untuk tinggal di negara ini selama dua bulan bagi menjalani penggambaran filem period dengan bajet besar itu.

Apabila projek itu datang, saya fikir ‘Wow. Saya berdarah separuh Norway dan separuh Malaysia, dan cerita ini ditulis dengan baik sekali. Saya suka menjadi satu-satunya perempuan di antara lelaki-lelaki, dan membelasah mereka.

Diarahkan oleh Yusry KRU, Vikingdom adalah kisah pahlawan Viking, Eirick (Dominic Purcell dari Prison Break, The Killer Elite), yang perlu menghadapi masa silamnya yang penuh keganasan dan menghunus pedang untuk melawan seorang separuh-dewa yang berkuasa (Conan Stevens dari The Hobbit). Filem bergenre kembara-aksi ini meletakkan Natassia sebagai Brynna, sekuntum bunga di antara duri dan seorang penggoda.

Karakter saya (dalam Vikingdom) ialah seorang yang berprinsip dan berintegriti. Dia membelasah ramai Viking yang berbadan besar. Ia satu tugas besar.

Memandangkan dia ialah seorang atlet profesional dan seorang penari ballet, Natassia yang berusia 37 tahun berkata dia tiada masalah melakonkan aksi lasaknya sendiri. Katanya berseloroh:-

Semasa saya berlakon dalam Dead or Alive, saya berlatih dengan sengat keras selama 5 jam setiap hari, dan saya tidak perlu bersenam selama 2 tahun selepas itu.

Lagi 2 gambar Natassia dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

***

Norman KRU dari KRU Studios akan memberikan ceramah untuk Seminar Pengurusan Amalan Terbaik Badan Bukan Kerajaan pada 26 November 2011, 8.30 pagi di Hotel Putra, KL. Tajuk ceramah beliau ialah Pembangunan Audien, Pemikiran Kreatif & Pengurusan Berkesan.


 
Page 5 of 28« First...34567...1020...Last »