Written by AbangNara | November 30th, 2011

Secara jujur Abang Nara tak tahu pulak yang Lisa Surihani merupakan salah seorang anggota Puteri Umno. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Lisa Surihani kerana mendapat Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung Umno sebentar tadi. Bukan calang-calang orang rasanya boleh mendapat pengiktirafan sebegini.

lisa surihani dapat anugerah umno

Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua.

Written by AbangNara | November 30th, 2011

Ada dua sisi yang berbeza bagi Nur Fazura untuk majalah GLAM dan majalah EH! kali ini. Namun kedua-duanya tetap menyerlahkan kecantikan Fazura. Kesimpulannya, orang kalau dah cantik, buatlah fesyen tangkap gambar macam mana pun, tetap akan timbul kecantikannya. Tak gitu?

fazura glam eh

Secara jujur Abang Nara lebih menggemari sisi Fazura yang tampak ceria untuk cover majalah EH!. Anda pulak suka yang mana satu?

fazura glam eh

Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Fazura kerana pada tahun 2011 ini Abang Nara nampak populariti dan mutu lakonan Fazura semakin mantap. Semoga perkembangan sihat ini dapat dibawa ke tahun 2012 kelak. Sila LIKE Facebook Fazura tanda sokongan anda kepada si cantik manis ini.

Written by AbangNara | November 30th, 2011

Abang Nara memandu sebuah Myvi. Dah dekat 4 tahun Abang Nara membawa Myvi hitam ini merentasi jalan-jalan di KL, pulang ke kampung di Kelantan dan bersiar-siar ketika cuti-cuti Malaysia. Setakat ini prestasi kereta terutamatanya enjin Myvi Abang Nara masih tip-top. Ini semua kerana Abang Nara sentiasa membuat servis on time di Perodua.

perodua tweckbot

Namun begitu, semenjak dua menjak ini akibat kesibukan yang melanda diri ini, Abang Nara tak sempat menghantar Myvi kesayangan untuk servis. Last Abang Nara servis ialah masa time Hari Raya Puasa hari tue. Rasa-rasanya dah lebih daripada 15,000 km semenjak last servis. Ini agak bahaya dan boleh menyebabkan kerosakan pada enjin. Nasib baiklah Perodua ada perkhidmatan Perodua TweckBot.

perodua tweckbot

Hanya dengan menggunakan twitter kini Abang Nara tak perlu bersusah payah menghantar Myvi kesayangan ke Perodua untuk membuat check up. Minggu lepas Abang Nara telah menghantar tweet kepada Twitter @MYPerodua memohon agar membuat check up Myvi Abang Nara. Kebetulan pulak mereka berada di Bukit Jalil ketika itu. Memang rezeki Abang Nara betul.

perodua tweckbot

Maka bermulalah 20-point check up untuk Myvi Abang Nara oleh team Tweckbot Perodua. Jangan risau tentang keupayaan mereka kerana mereka sememangnya pekerja Perodua. Semuanya mesra-mesra dan kelakar-kelakar belaka. Yang penting, kecekapan mereka membuat check up Myvi Abang Nara memang mengkagumkan.

perodua tweckbot

Bukan setakat enjin yang dibuat check up, angin pada tayar kereta pun turut diperiksa sama ada cukup atau tidak.

perodua tweckbot

Dan semasa check up dilakukan, barulah Abang Nara tahu yang lampu sebelah kanan Myvi Abang Nara dah rosak rupanya. Patutlah malap semacam je masa Abang Nara drive selama ini.

perodua tweckbot

Tak sampai setengah jam, check up yang dilakukan pun selesai. Jangan risau sebab team Perodua Tweckbot ini akan memberikan anda senarai check up yang telah dilakukan. Untuk makluman, team Perodua Tweckbot hanya sekadar membuat check up, anda masih perlu membawa kereta Myvi anda ke Perodua untuk diservis berdasarkan keputusan check up yang diberi.

perodua tweckbot

Jadi sekarang ini, Abang Nara hanya perlu membawa checklist di atas dan memberikannya kepada mana-mana service centre Perodua. So diorang akan men”servis” Myvi Abang Nara berdasarkan checklist di atas. Paling menarik siap boleh dapat 15% diskaun untuk spare part yang bakal ditukar. Cool kan?

perodua tweckbot

Inilah wajah-wajah team Perodua Tweckbot yang telah sudi untuk singgah dan membuat check up ke atas Myvi Abang Nara. Anda pun boleh jugak mendapatkan servis yang sungguh menarik daripada Perodua ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya follow Twitter @MYPerodua atau ‘Like’ laman www.facebook.com/MYPerodua untuk mengetahui llokasi Tweckbot. Untuk orang JB, Ipoh dan Lembah Klang, pastikan anda lakukan salah satu perkara di atas kerana Perodua Tweckbot akan berada di sekitar sana untuk 3 weekend berturut-turut bermula minggu ini (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

perodua tweckbot

Terima kasih Perodua atas perkhidmatan ini. Anda sememangnya mengutamakan pelanggan anda. Tabik respek!!!

Written by AbangNara | November 30th, 2011

Seorang lagi artis wanita yang meningkat naik dengan pesatnya pada tahun 2011 tak lain tak bukan ialah Siti Saleha. Sayangnya dengar cerita si cantik manis ini bakal berhenti berlakon buat sementara waktu untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Mungkin itu berita sedih untuk peminat Siti Saleha, tetapi Abang Nara respek kepada artis-artis seperti Siti Saleha yang yang mementingkan pelajaran.

siti saleha jelita

Beberapa keping lagi gambar Siti Saleha untuk tatapan anda yang diambil daripada Facebook Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 2812345...Last »