Written by AbangNara | October 25th, 2011

Tajrii Spa adalah penaja SPA rasmi rancangan realiti TV pencarian pendakwah wanita SOLEHAH saluran ASTRO 114 TV Al-Hijrah.

logo

Istimewa untuk peminat Facebook kami, Tajrii Spa ingin berkongsi pengalaman rawatan spa yang telah dinikmati oleh para peserta SOLEHAH pada ‘SUPER PROMO’. Anda juga berpeluang untuk menjadi antara 3 pemenang bertuah yang akan memenangi pakej penginapan 3 hari 2 malam ke Langkawi / Penang / Cherating / Port Dickson dengan membeli voucher promosi secara online sekarang!

Tawaran promosi ini adalah sehingga  30 November 2011. Layari http://www.facebook.com/tajriispa.

tajrii spa

Written by serenity | October 25th, 2011

Berita terbaru tentang Lindsay Lohan ialah dia akan bergambar untuk majalah Playboy. Khabarnya dia akan dibayar hampir USD 1 juta untuk sesi foto tersebut oleh Hugh Hefner. Tapi fokus kami lebih kepada perubahan wajah Lindsay yang baru berusia 25 tahun. Dia yang dulunya bintang kanak-kanak kelihatan semakin tragik saban hari kerana ketagihannya pada ‘methamphetamine’ atau ‘meth’. Meth ialah sejenis dadah yang diketahui merupakan yang paling power dalam merangsang pengeluaran dopamine, mengecutkan pembuluh darah dan merencatkan sistem baikpulih sel. Dalam satu jangka masa boleh mengurangkan ketegangan kulit, mereputkan gigi dan membuatkan penagih kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar. Melihat gambar-gambar Lindsay tahun demi tahun adalah seperti melihat dua buah keretapi yang akan bertembung. Kamu tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku, tetapi kamu tak dapat alihkan pandangan kamu. Sumber asal Mamapop.

1998

Ini ialah koleksi gambar-gambar Lindsay Lohan dari tahun 1998 sehingga 2011. Ianya menunjukkan perubahan pada wajah Lindsay dari kecil sehinggalah dewasa ini. Sekali lagi diingatkan pada sesiapa saja yang membaca, jauhi dadah! Lagi 13 gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

***

Malam Gala Inspitari 2011 akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 29 Oktober (Sabtu) di MaTiC, Kuala Lumpur. Ia merupakan satu garapan daya cipta dan kreativiti  ditampilkan dalam simbolik persembahan tarian ciptaan baru berasaskan imej dan identiti negeri serta masyarakat Malaysia yang diperagakan oleh Kumpulan Kesenian JKKN. Datang beramai-ramai!

Dengarkan pesanan Encik Rosnan Rahman tentang Malam Gala Inspitari 2011.

 
Written by serenity | October 25th, 2011

Gosip yang disampaikan oleh Murai Batu agak panas juga. Kadang-kadang berjumpa setiap hari, boleh tak sedar telah jatuh cinta. Itulah yang dikatakan telah berlaku antara penyanyi kacak yang masih single, Anuar Zain dengan bekas pengurusnya, Rohila Tahir. Dengar cerita dah lama juga perkara ini berlaku tetapi Anuar menantikan masa yang sesuai untuk bertindak.
Kalau jatuh cinta tapi suka sama suka pasti tak jadi masalah,  tapi mungkin bagi Anuar hubungan mereka sekadar profesional. Diberitahu juga ada sebab-sebab lain yang berlaku beberapa tahun sebelum ini yang menyebabkan keretakan antara mereka. Kalau betul, kami tak hairan sangat sebab setahu kami memang ramai perempuan yang jatuh suka pada Anuar Zain. Harap-harap dia akan bertemu pilihan hatinya tak lama lagi.

Written by serenity | October 25th, 2011

Awek kepada Dominic Purcell, 41, hero untuk filem Vikingdom terbitan KRU Studios  sedang menjalani penggambaran filem itu di Malaysia. Dia memberitahu US Weekly yang dia rindukan teman lelakinya itu. Beliau yang bernama AnnaLynne McCord, 24, pelakon siri televisyen 90210, berkata jarak jauh membuatkan hubungan mereka yang baru berusia 3 bulan itu sedikit tegang.

AnnaLynne mendakwa Dominic ada menghantar gambarnya memakai pakaian Viking dan menurutnya, Dominic telah menjalankan ‘diet gila’ dengan makan 8 ekor ikan dan 9 paun beras perang setiap hari untuk wataknya dalam Vikingdom, di samping menyimpan rambut panjang.

Dia sedang membina perawakan seperti Daniel Day Lewis dari The Last of the Mohicans, dan saya rasa ia amat seksi. Saya suka dia berkepala botak, dan Dominic pun lebih suka botak, tapi dia dengan rambut panjang nampak hensem.

Tak sabar pula rasanya menantikan filem Vikingdom ni. Harap-harap lebih baik dari Hikayat Merong Mahawangsa.

Page 5 of 31« First...34567...102030...Last »