Written by AbangNara | October 27th, 2011

Memang lelaki. Itulah yang Abang Nara mampu katakan apabila membaca pengakuan bercinta daripada Remy Ishak kepada portal Murai. Memang sewajarnya lelaki membuat pengakuan bercinta kepada seseorang. Barulah gentleman gitu.

remy ishak

Memang saya dan dia sedang berpacaran. Cuma saya lebih selesa memberitahu kepada umum bahawa kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan berkawan rapat. Kerana kami tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kalau tak jadi nanti kita juga yang malu. Lagipun apabila kami mengambil keputusan dengan memberitahu bahawa kami bercinta, takut pula nanti orang meletakan harapan yang terlalu tinggi dan kalau tak jadi nanti lain pula ceritanya

Ditanya kenapa selama ini dia dilihat seperti menyembunyikan kisah percintaan mereka berdua, Remy Ishak berkata:-

Saya tak mahu orang salah faham dan sebab itu jugalah saya mengaku dan memberitahu. Sebelum ini, saya pernah memberitahu kepada semua yang kami memang saling mengenali. Saya tak mahu mendengar apa-apa lagi yang mengatakan kami berbohong atau menutup kebenaran kisah berkenaan

Dan rupa-rupanya, ibu dan ayah Remy Ishak telah pun bercerai dan ini agak menghantui dirinya:-

Saya terlalu memilih kerana pengalaman ibubapa saya yang bercerai. Saya tak mahu kahwin dan cerai, kerana bagi saya biarlah hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup. Saya juga tak mahu anak-anak terbiar disebabkan perceraian tersebut

Kepada Remy Ishak dan Tiz Zaqyah (atau lebih dikenali dengan RITZ), semoga percintaan anda berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan.

Written by serenity | October 27th, 2011

Kalau korang rajin menonton drama Jiwa dan Lara di TV3, di mana Aaron Aziz berlakon bersama Neelofa dan Fauzi Nawawi, pasti menonton watak Zaman yang dilakonkan oleh beliau. Aaron bukan saja boleh membawakan watak protagonis, malah antagonis dengan berkesan sekali. Orang kata, memang jahat gila dia dalam drama tersebut, tapi macam tu pun peminat-peminat wanita masih cair dengan kesegakannya.
Photobucket
Aaron Aziz akan muncul dalam filem berbahasa Inggeris, Prince of the City yang diarahkan oleh pelakon 90’an, Roslan Hussin. Jangan dikelirukan dengan filem ini pula. Aaron dikhabarkan memegang watak sebagai seorang pembunuh upahan  Michael Madsen, untuk membunuh watak yang dilakonkan oleh Jehan Miskin. Pelakon-pelakon lain yang terlibat dengan filem ini ialah Julian Cheah, Tara Wallers dan Yang Kassim. Lagi 12 keping gambar dari Prince of the City dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada We Love Aaron Aziz.

***
Saksikan Teater Bangsawan Kemala Sakti Kesuma Ningrat pada 28, 29 dan 30 Oktober ini di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, 8.30 malam. Untuk tempahan tiket, hubungi 03-20523600.

 
Written by serenity | October 27th, 2011

Patutlah rasa macam pernah nampak juga gaun Bottega Veneta yang digayakan oleh Kwon Yuri dari SNSD untuk Cosmopolitan Isu September 2011 dan Fasha Sandha untuk muka hadapan Glam Isu November 2011. Emma Watson yang comel terlebih dahulu memakai gaun tersebut di majlis tayangan perdana Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 di New York.

Cuma mungkin fabrik dari pinggang ke bawah Emma berwarna emas manakala Yuri dan Fasha mengenakan yang berwarna tembaga. So pada fans Fasha dan Yuri, jangan gaduh lagi la ya. Emma was the first to have donned the Bottega gown. Salam tangan balik, salam tangan balik. Kredit pada komentator mia_zzz untuk tip tersebut.

Written by serenity | October 26th, 2011

Hugh Jackman bolehlah dikatakan hot stuff buat masa ini memandangkan Real Steel mendapat sambutan baik. Malah nampaknya beliau telah mengumpulkan ramai peminat baru dari kalangan perempuan, termasuk di negara ini. Hugh kini berusia 43 tahun tapi gadis belasan tahun pun boleh termimpi-mimpikan dia, dan ini bukan perkara yang menghairankan. Ini ialah gambar-gambar Hugh sejak tahun 1997 sehingga tahun 2011.

1997

Trivia Hugh Jackman:
• Reka sendiri cincin perkahwinannya dengan Deborra Lee Furness pada 1996
• Mempunyai dua orang anak angkat (belum ada anak kandung)
• Tidak tahu siapa Wolverine sebelum membawa watak Wolverine untuk X-Men
• Mengakui dia seorang ‘lean by nature’. Dia boleh makan apa saja dan tidak akan menjadi gemuk.
• Menjaga pemakanan setiap hari untuk mengekalkan tubuh sasa
• Merupakan seorang pelakon pentas Broadway dan mempunyai bakat menyanyi
• Dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain tapi ia belum terbukti
• Bersenam selama satu setengah jam setiap hari, 6 hari seminggu
• Mengatakan Evangeline Lilly (pasangannya dalam Real Steel) ‘a very good kisser’

Lagi 11 gambar Hugh dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

 
Page 3 of 3112345...102030...Last »