Written by AbangNara | September 27th, 2011

Serious comel dan kool sangat video-video yang disubmit oleh pengguna-pengguna Samsung Galaxy S II. Semuanya membuatkan Abang Nara makin teruja nak membeli handphone nie.  Di bawah ialah antara video yang dihantar ke microsite Samsung Galaxy S II:-

1. Perfect Match

2. Never Give Up


Ada banyak lagi video-video menarik di microsite Samsung Galaxy S II. Kalau anda pengguna Samsung Galaxy S II, sila hantarkan video kehebatannya dengan cara paling kreatif kat situ. Dah ramai dah yang buat. Sekali-sekala show off dengan handphone anda apa salahnya kan?

Written by serenity | September 26th, 2011

Baru berlangsung petang tadi ialah pelancaran album Inggeris Dato’ Siti Nurhaliza iaitu All Your Love. Mengenakan sut merah menyala dan topi hitam, beliau kelihatan anggun sekali. Kami telah pun membeli muat turun album “All Your Love” dari www.cdbaby.com dua hari lepas. Album ini sememangnya menarik, dengan lagu-lagu yang segar dan hip. Lagu favourite kami ialah “Stand Up”, “All Your Love” dan “Nobody Else”.

Ramai selebriti terkenal telah hadir ke majlis pelancaran album tersebut di Starhill Gallery. Untuk 5 keping lagi gambar, boleh anda dapati dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 26th, 2011

Lama rasanya tak mendengar kisah Tiz Zaqyah. Semenjak dua ini agak menyepi nampaknya. Untuk pengetahuan anda, Tiz Zaqyah kini tidak lagi aktif di Twitter atas sebab-sebab tertentu. Untuk anda yang merindui Tiz Zaqyah, sila dapatkan majalah Cosmopolitan edisi Oktober 2011.

tiz zaqyah

Nampak seperti ada pengakuan daripada Tiz Zaqyah yang dia sedang berdating dengan “Prince Charming”. Siapakah jejaka bertuah itu? Mungkin jawapannya ada di dalam majalah Cosmopolitan di atas. Kalau nak tahu kena beli la kan?

celcom talk-a-thon

Kepada semua pengguna Celcom, sila dail *119# hari ini jugak sebab anda berpeluang untuk memenangi shopping voucher bernilai RM5,000 setiap hari. Dan pilihan tempat untuk meng”shopping”kan voucher nie pun banyak:-

1. Di Peninsular Malaysia – Parkson, Giant, Cold Storage,Guardian, Mercato, Econsave, IKEA, Celcom Blue Cube, i-Study (Apple authorized dealer – Klang Valley only), Forever 21 (PNG & KV only), Topshop (PNG & KV only)
2. Di Sabah & Sarawak – Parkson, Giant, Farley Hypermarket, H&L Supermarket

celcom talk-a-thon

Senarai pemenang akan sentiasa di update di website Celcom Talk-a-thon. So cepat-cepat la dail *119#. Mana tau ini rezeki korang?

Written by serenity | September 26th, 2011

Sharnaaz Ahmad, pelakon baru berbakat yang sedang meningkat naik diberitakan akan menjadi hero untuk sebuah drama terbaru arahan pengarah terkenal Osman Ali. Drama tersebut diadaptasikan dari novel tulisan Damya Hanna yang berjudul ‘Bicara Hati’. Turut digandingkan dengan Sharnaaz juga ialah pelakon Kris Chempaka yang turut membintangi filem KIL.

Penulis skripnya pula seorang penulis skrip terbaik dari Indonesia, Jujur Prananto yang menulis skrip filem Ada Apa Dengan Cinta dan banyak lagi. Dengan gandingan ini, kami mengharapkan yang terbaik untuk drama ini kerana kedua-dua Sharnaaz dan Kris adalah pelakon berbakat, apatah lagi Osman Ali yang terkenal dengan filem seperti Anak Halal dan skrip filem Ada Apa Dengan Cinta yang pernah memberi impak sewaktu ditayangkan sekitar awal 2000-an. Yang perlu bagi drama ini sekarang, mungkin ialah runut bunyi yang mantap.

Layankan beberapa keping gambar Sharnaaz Ahmad dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto pada Twitter Sharnaaz.

 
Page 5 of 27« First...34567...1020...Last »