Written by AbangNara | September 28th, 2011

Mempertaruhkan album debut berjudul KITA BERBEZA, Demascus tampil dengan sesuatu yang segar untuk peminat muzik tanah air. Mereka datang daripada latar belakang dan citarasa muzik yang berbeza justeru memberikan satu sentuhan baru dalam album yang mereka hasilkan ini.

demascus

Merupakan bekas pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya,telah muncul dan membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai Demascus. Mereka dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Miff, Huzaifah, Iki, Amal dan Edry.Mereka optimis dalam memberikan sesuatu yang segar dan berkualiti dalam karya mereka menyebabkan menyebabkan masa yang diambil untuk menghasilkan album tersebut adalah selama 4 tahun.
Album Kita Berbeza yang telah mula dipasarkan sejak awal September lalu, memuatkan 6 buah lagu. Lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah  KITA BERBEZA, MENGEJAR SEMPURNA (feat. Ikram Mirwana), HADIRMU, MASIH BELUM BERAKHIR,  SELAMANYA dan HADIRMU(versi piano). Album Kita Berbeza telah mendapat sentuhan komposer dan pengarah muzik yang hebat, antaranya ialah AG COCO, Akmal Mirwana, JAYJAY, Belle Fattah,Firdaus Mahmud .
Album Demascus diterbitkan oleh Demascus Production, di bawah pengurusan artis Arteffects International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik komposer muda dan penyanyi Hafiz Hamidun serta diedarkan oleh Warner Music.

Klip video single pertama mereka, KITA BERBEZA KINI boleh di lihat di laman youtube .Klip video KITA BERBEZA diterbitkan dan dihasilkan sendiri oleh DEMASCUS dengan bantuan beberapa orang kawan mereka. Dengan hanya kos sebanyak RM600, mereka berjaya merakamkan klip video tersebut selama sehari sahaja di 7 lokasi yang berbeza. Klip video tersebut menceritakan tentang perbezaan hobi dan minat masing-masing tidak sepatutnya menghalang mereka untuk bersama-sama dalam persahabatan. Lirik lagu KITA BERBEZA juga menggambarkan bahawa perbezaan pendapat,minat, citarasa tidak sepatutnya menjadi perbalahan tetapi boleh melengkapi antara satu sama lain.

Segala perkembangan dan info terkini Demascus boleh diikuti di laman sesawang www.thedemascus.com , Facebook Demascus dan Twitter Demascus. Untuk tempahan album, emailkan ke admin@thedemascus.com.

Written by AbangNara | September 27th, 2011

Walaupun ramai yang bengang disebabkan Abang Nara asyik keluarkan gambar perkahwinan Memey dan Norman, diharap anda tidaklah bengang sangat. Doakan jerlah kebahagiaan mereka berdua. Dah selesai bernikah pun. Yang lepas tue biarlah lepas. Sama-sama kita ambil jadikan pengajaran.

gambar memey

Lagi 32 keping gambar perkahwinan Norman dan Memey daripada Razin Photography dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Hanya perlu daftar untuk berpeluang memenangi iPad 2.

 
Written by serenity | September 27th, 2011

Cikgu Shida yang dikenali di YouTube kerana video miming, telah diarahkan untuk bertukar sekolah tempat bertugas baru-baru ini. Dia yang telah muncul dengan drama www.cikgushida.com Aidilfitri lepas walau bagaimanapun mendakwa ada yang berspekulasi yang dia ditukarkan kerana melawan perintah guru besar.

Cikgu Shida menafikan tentang itu di laman peminatnya.

Cikgu Shida kini sedang mencipta nama sebagai pelawak pula.

Agak menarik bagaimana kehidupan seseorang boleh bertukar, hanya dengan ekspresi diri di YouTube. Kami berharap Cikgu Shida tidak lagi akan bergurau dengan memaksa peminat membeli penapis air dan akan sukses bertugas di tempat kerja yang baru.

Written by AbangNara | September 27th, 2011

Berikut ialah email yang Abang Nara terima daripada seorang pembaca tentang perkahwinan Norman dan Memey. Sila baca dengan hati terbuka.

norman memey

Sy pemerhati yg ingin tujukan surat ini utk semua pembaca BN. Sblm apa2, sy bukanlah peminat mahupun anti artis2 di atas (norman/memey/abby). Ini ulasan sy kpd komen2 yg sy baca SATU-PERSATU spjg 3 hari lps:-

1.”Hantaran kawin tak meletup”
Kenapa mesti kata2 ini dilemparkan? Islam tak pernah syaratkan kita hias hantaran cantik2 pun, sy sendiri pun rs hantaran2 tu sgt ‘old school’ tp sy tak rasa smpai kita perlu KUTUK pengantin dan keluarganya. Bagi sy, keluarga dia telah BERSEDERHANA…Satu sisi bagus Memey di sini ialah, Memey tak malu utk biar org snap gambar hantaran2 tu wpun dia sendiri tentu sedar yg hantaran dia paling ‘tak class’ antara semua artis.Masa abang sy kawin (kawin org Felda), keluarga mertua dia sgt2 sederhana, if my family tak bwk dulang2 hantaran pun diorang tak kisah. Tp kami bwk jugak la kan n bubuh dlm bentuk hamper besar. Takde dulang bagai, buat hamper je… So…tolonglah jgn mengutuk bila sesebuah keluarga itu telah mengambil pendekatan bersederhana dlm sesuatu aspek…sepatutnya dipuji sikap sederhana tu. If dia nak letak buah anggur tu dlm pinggan je pun takpe, dia tak dpt 1 dosa apa pun…if kek lapis tu nak buh dlm tupperware je pun takpe jugak, takde dosa apa pun nak buat gitu.

 
Page 4 of 27« First...23456...1020...Last »