Written by serenity | September 28th, 2011

Bagus sekali, Yuna! Billboard.com baru-baru ini telah memuatkan satu artikel tentang artis-artis yang telah menghasilkan ‘cover’ lagu-lagu kumpulan Nirvana. Bukan saja lagu versi Yuna itu telah dibincangkan, malah video muzik Yuna turut ditampilkan.

yuna billboard

“Seseorang mesti menghargai seorang pemuzik yang telah mengambil sebuah lagu yang secara originalnya dipandu oleh gitar eletrik yang ‘marah’ dan menukarnya kepada sesuatu yang lembut dan indah.”

Ini ialah pautan kepada artikel tersebut.

Dan ini ialah video muzik “Come As You Are” dari Yuna.

***


Mari Pakat Dikir ramai-ramai – Festival Dikir Barat Perdana 2011 : Himpunan Juara-Juara Dikir Barat dan Pergendangan Perdana (Malaysia Book of Record) pada 14 Oktober 2011 bertempat di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan, Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urusetia di talian 09-741 7000.

Written by serenity | September 28th, 2011

Walaupun ramai yang menyokong dan bersetuju, Abby Abadi telah dikritik kerana tindakannya mendedahkan tentang Norman yang masih berhutang pada Abby dan belum membayar di Facebook.

Kami cuba memahami hati Abby. Dalam keadaan sekarang mungkin Abby merasakan yang orang ramai telah lupa tentang apa yang telah Abby lalui. Tetapi kami berharap Abby takkan berhenti menulis di Facebook kerana masih ramai peminat yang ingin tahu tentang kehidupan Abby. Kami juga berharap Abby akan sentiasa sukses dan akan bertemu insan yang terbaik dan menjalani kehidupan yang bahagia.

Jika ada ketidakadilan, serahkan semuanya kepada Tuhan, kerana hanya Dia hakim yang paling adil.

***


Rakan-rakan penggemar lagu-lagu Ghazal dan Asli pula jangan lupa Karnival Kesenian Johor 2011-‘Sounds of Johore’ pada 7 hingga 9 Oktober ini khabarnya di Teluk Danga, Johor Bahru! Lebih 100 buah lagu ghazal akan didendangkan- Keterangan lanjut hubungi 07-224 8270 / 223 1249 (JKKN Johor)-Jangan Ketinggalan!

Written by AbangNara | September 28th, 2011

Bengang dengan hasil penulisan salah seorang wartawan Utusan, Namewee semalam telah mengupload video di bawah sebagai respon. Untuk makluman, Namewee ada pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang banyak mendapat ulasan positif daripada penonton-penontonnya.

Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca tulisan wartawan Utusan tersebut. Apa-apa pun Abang Nara bersetuju part “pergi tengok dulu baru komen”. Untuk part lain, tiada komen daripada diri ini.

 
Written by AbangNara | September 28th, 2011

Inilah masanya untuk semua peminat hiburan tanah air bergabung tenaga mengundi Yuna yang telah dicalonkan untuk MTV Iggy’s Best New Band In The World. Kalau menang memang harum nama Malaysia.

yuna

Pilih 5 bintang di gambar Yuna dan pastikan juara menjadi miliknya. Abang Nara nampak saingan yang paling hebat sudah tentu datang daripada kumpulan Kpop 2NE1. Undi Yuna sekarang di sini.

Page 3 of 2712345...1020...Last »