Written by AbangNara | August 23rd, 2011

Rasanya semua orang tahu yang Taukey Jambu kini sedang mengalami masalah dengan isterinya.  Namun begitu Taukey menjelaskan yang dia masih belum bercerai dengan isterinya. Malah baru-baru ini Taukey mengakui yang dia mempunyai ramai kekasih/kawan perempuan. Jadi adakah wanita di bawah benar-benar kekasih baru Taukey atau sekadar teman tapi mesra?

gambar kekasih taukey

Menurut si penghantar info, awek di atas telah pun mengupdate status Facebooknya kepada in a relationship dengan Taukey Jambu. Malah si awek turut serta menemani Taukey semasa penggambaran di Pulau Tioman. Mengikut info yang diberi, gadis ini berusia 24 tahun dan berasal dari Johor Bahru.

Abang Nara tak kisah Taukey nak bercinta dengan sesiapa asalkan yang penting dia bahagia. Tak gitu? Untuk makluman, gadis di atas dan gadis yang pernah dikeluarkan entrinya sebelum ini adalah berlainan. Hebat jugak ayat-ayat mengorat si Tauke nie kan?

Lagi beberapa keping gambar Taukey dan si gadis yang dikatakan kekasih barunya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Selalu orang tintedkan kereta je kan? Meh try tintedkan tingkap rumah korang pulak. Bagus sebab Malaysia sekarang tengah panas gila.

 
Written by AbangNara | August 23rd, 2011

Arghhhhhhhhhhhhhh ~~~ Itu sahaja komen selepas melihat video di bawah.

Sila “arghhhhhhhhhhhhh” beramai-ramai. Hehehe. Info FalihinJasmy.

P.S: Video Pendekar Bujang Lapok 2011 lagi best.

Written by AbangNara | August 22nd, 2011

Mamee Monster ~~ Salah satu snek kegemaran masa kecik-kecik dulu. Siapa sini tak pernah makan Mamee? Kalau korang tak pernah makan, memang korang dah terlepas salah satu nikmat dunia. Bungkusan Mamee Monster kecik je tapi kelazatan dia. Pergh ~~~

mamee monster

Rupa-rupanya, dah 40 tahun brand Mamee nie berada kat Malaysia. Umur Abang Nara pun baru sweet 28. Kiranya sebelum kewujudan Abang Nara di muka bumi, produk Mamee dah lama memenuhi perut-perut rakyat Malaysia. Dan paling penting, produk Mamee sememangnya diiktiraf HALAL oleh JAKIM daripada dulu sehingga sekarang.

mamee monster

Kalau anda masih kurang yakin, sila pergi ke laman web JAKIM dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD”. Daripada situ korang boleh tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Kiranya anda boleh mengunyah Mamee Monster tanpa keraguan lagi selepas ini sebab status halalnya memang sah lagi nyata.

mamee monster

Banyak produk-produk Mamee yang memang lazat, rangup dan sedap dimakan bila-bila masa sahaja. Feveret Abang Nara sudah tentu snek Mamee Monster yang original. Kalau kunyah time tengok TV memang feeling. Sedar-sedar dah habis. Antara produk Mamee lain yang best-best ialah:-

mamee monster

Mamee Double Decker turut menawarkan makanan ringan serta minuman lazat dan menarik, seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink,  Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen. Semuanya best-best dan sangat sedap.

Dan bersempena dengan bulan Ramadhan dan hari Raya yang bakal menjelma, Mamee Monster berbesar hati untuk membantu Abang Nara mengadakan majlis berbuka puasa dan penyerahan barangan raya kepada anak-anak yatim di Rumah Rumah Amal Limpahan Kasih pada 22 Ogos ini. Dekat je eh tempat dia dengan rumah sewa Abang Nara. Area Puchong je.

mamee monster

Ada sesiapa rasa nak join Abang Nara untuk turut serta bersama Mamee Monster di majlis berbuka puasa nanti? Lagi ramai join lagi bagus kot. Mana tahu nanti pihak Mamee nak taja buat rumah terbuka raya pulak. Tak gitu? Di bawah ialah alamat Rumah Amal Limpahan Kasih. Kalau berminat untuk pergi, silalah tinggalkan komen di bawah ye.

Rumah Amal Limpahan Kasih, 49 Jalan Bp11/3 Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Jumpa anda di sana~~~Info lanjut di Facebook Mamee Monster.

Written by AbangNara | August 22nd, 2011

Apa yang best sangat Samsung Galaxy Tab 10.1 nie sampai Abang Nara tak habis-habis nak promote? Memang banyak ke”best”annnya dan paling bes sudah tentulah ianya didatangkan secara ekslusif bersama Celcom, network provider yang paling luas di Malaysia. Harga yang ditawarkan pun bersama plan Celcom Broadband pun sangat-sangat berbaloi.

samsung celcom gtab

Meh Abang Nara terangkan apakah kehebatan Samsung Galaxy Tab 10.1 ini unuk buat anda lebih teruja:-

1. Tablet paling NIPIS, paling RINGAN dan paling PANTAS di dunia ini.
samsung celcom gtab

Ringan tahap boleh letak dalam beg tangan dan tak rasa apa-apa. Laju pun laju walaupun banyak application yang dibukak. Dan paling penting, alau korang memang internet junkie, blogger, vlogger atau memang tak boleh hidup tanpa internet, gabungan Samsung Galaxy Tab 10.1 yang ringan dan Celcom Broadband adalah yang terbaik. Nampak cool doo online guna tablet nie.

2. Speaker,kamera dan skrin yang awesome gila!!

samsung celcom gtab

Tablet-tablet yang ada di dunia ini kebanyakannya lemah dari segi sound system, kamera dan paparan pada skrin. Tapi masalah ini tak ada untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 Kamera ada depan(3 mega piksel) dan belakang (1.5 mega piksel). Speaker pun ada kiri dan kanan so bunyi dia lebih surround. Dan skrinnya memang cantik dan jelas seperti di atas.

3. Bateri yang tahan lama

samsung celcom gtab

Semasa tempoh percubaan Samsung Galaxy Tab 10.1 selama seminggu baru-baru ini, Abang Nara memang guna kaw-kaw punya menatang tablet nie. Main game, tengok YouTube, bukak website, dan macam-macam lagilah. Dan ketahanan baterinya boleh dikatakan sangat-sangat mengkagumkan. Kalau setakat online biasa-biasa, boleh tahan lebih daripada 24 jam. Kalau sekadar dengar lagu, sampai 72 jam leh tahan. Tapi kalau buat kerja agak berat, mungkin sekitar 9-12 jam ketahanannya.

Kesimpulannya, walaupun ada sedikit kelemahan daripada segi “lagging” apabila terlalu banyak application yang dibukak (ini adalah sebab OS yang digunakan), Samsung Galaxy Tab memang wajar dibeli jika anda ada duit raya lebih nanti. Value for money dia memang sangat-sangat berbaloi. Dan pastikan korang beli Samsung Galaxy Tab ini bersama dengan Celcom sebab Celcom ada tawarkan pakej seperti di bawah:-

samsung celcom gtab

Selalu ramai orang bagitau kat Abang Nara kenapa nak kena beli dengan pakej sekali, buat rugi je kena terikat kontrak sampai 2 tahun. Bagi Abang Nara, tak rugi pun kalau terikat kontrak. Contohnya kalau anda beli Samsung Galaxy Tab bersama pakej Celcom Broadband nie, korang boleh online di mana-mana tanpa perlu susah payah nak cari Wifi free. Lagipun Celcom punya coverage memang paling luas di Malaysia, so kalau balik kampung pun for sure ada line dan boleh stay connected to the Internet. Tak gitu?

sg tab

Kalau sekadar nak poser depan awek konon ada Samsung Galaxy Tab 10.1 tapi tak boleh online buat apa kan? So jangan jadi mat poser dan belilah tablet ini bersama dengan plan Celcom. Confirm berbaloi-baloi. Boleh dapatkan di mana-mana Celcom Branch, BlueCube dan authorized Celcom dealer. Harga bermula daripada RM1468. Not bad kan?

sg tab

Untuk lebih info, sila ke laman web Celcom Smartphones.

Page 4 of 21« First...23456...1020...Last »