Written by AbangNara | August 29th, 2011

Yeahh ~~ Comelnya gambar anak perempuan Elyana yang telah selamat dilahirkan pada 27 Ogos pada jam 6.45 petang. Nampaknya Elyana dan suami akan beraya dengan kehadiran cahaya mata yang confirm akan menyerikan lagi raya mereka berdua.

gambar anak elyana

Buat masa ini, nama anak Elyana masih belum diberikan lagi. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Elyana atas kehadiran puteri yang dinanti ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna dengan kehadiran anak yang dinanti-nanti ini.

Written by AbangNara | August 27th, 2011

Ok sumpah kecewa gila baca laporan yang kumpulan Sepah sudah sah berpecah di Berita Harian  hari ini. Kata Jepp Sepah, punca perpisahan mereka tak lain tak bukan kerana sudah tiada persefahaman dan masalah peribadi. Kenapa ini terjadi kepada kumpulan Sepah? Kenapa? Tell me why please.

sepah sah berpecah

Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-

Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-

Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Selaku peminat lawak-lawak Sepah yang memang mantap, Abang Nara serious sangat-sangat kecewa dengan berita ini. Dah la pelawak kat Malaysia ini tak berapa ramai, tengok-tengok dah berpecah pulak salah sebuah kumpulan yang hebat. Tak tahu apa nak jadi dengan industri hiburan kita. Asal femes sikit jer mesti nak bergaduh dan berpecah.

Namun begitu, Abang Nara ingin mencadangkan kepada Jep dan Shuib supaya bergabung berdua untuk membuat kumpulan baru. Secara ikhlas, Abang Nara hanya nampak mereka berdua sahaja yang benar-benar kelakar dalam kumpulan Sepah. Baik bergabung buat kumpulan baru. Confirm meletup macam Jozan. Apa pendapat korang?

Written by AbangNara | August 26th, 2011

Abang Nara 100% yakin yang Lisa Surihani tidak tahu menahu tentang pencalonannya di dalam FHM 100 Most Wanted yang dibawakan oleh sebuah jenama arak terkenal, Carlsberg. Kalau tak silap mata Abang Nara, hanya Lisa Surihani sahaja calon yang beragama Islam di dalam hal ini.

lisa

Abang Nara pun tak adalah alim sangat. Sekadar alim-alim kucing je. Tapi serious nampak tak sesuai dan kurang sensitivi untuk Lisa Surihani dicalonkan di dalam satu anugerah yang ditaja oleh sebuah syarikat arak. Diharap pihak penganjur dapat menarik balik pencalonan ini.

Kepada pihak pengurusan Lisa Surihani, jika anda terbaca entri ini, sila hubungi pihak FHM dan minta nama anda untuk dibuang daripada pencalonan ini. Itupun kalau anda rasa anda sepatutnya berbuat demikian.

UPDATE: Juliana Evans pun turut tersenarai rupanya. Tak pasan lak. Rabun sungguh mata ini. So diharap pihak Jue pun dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Written by AbangNara | August 26th, 2011

Glamer sungguh Nasha Aziz menjadi cover majalah GLAM September 2011. Ada berani korang nak pakai macam nie di pagi Hari Raya? Ada harapan kena pelangkung ngan mak ayah korang kot. Hehehe

nasha aziz glam

Berbekalkan kecantikan wajah Nasha Aziz, Abang Nara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah orang tersayang. Jangan makan ketupat semasa memandu. Nanti tangan terlekat kat gear.

Oh, jangan main mercun jugak ye. Kang putus jaritak boleh nak taip keyboard untuk masuk BeautifulNara. Hehehe. Selamat hari raya sekali lagi. Semoga raya kali ini lebih diberkati dan dirahmati.

P.S: Makan rendang tue jangan banyak sangat. Kang sakit perut. Hehehe

P.P.S: Sila tinggalkan ucapan selamat hari raya anda di ruangan komen di bawah.

Page 1 of 2112345...Last »