Written by AbangNara | July 25th, 2011

Sejak terlibat dengan Dentyne Terrar-Oke, Abang Nara berkesempatan berjumpa dengan si cantik mulus Juliana Evans.  Bila dah jumpa face to face, memang Abang Nara akui Juliana Evans bukan sahaja fotogenik tetapi juga cantik di dunia nyata. Dan ada berita baik untuk mereka yang menaruh hati kepada Juliana, buat masa ini dia masih single and available.

juliana evans

Kalau dulu Abang Nara pernah cuba kenenkan Jue dengan Zizan, ternyata kemesraan mereka berdua hanya kerana terlibat di dalam penggambaran filem Hantu Bonceng. Bagus jugaklah sebenarnya kalau Jue taknak bercinta lagi. Umur pun muda lagi. Baik fokuskan pada kerjaya dan kumpul duit banyak-banyak di hari tua. Tak gitu?

Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Juliana Evans, jangan lupa follow Twitter Juliana Evans dan LIKE Facebook Juliana Evans. Lagi beberapa keping gambar Juliana Evans dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 25th, 2011

Zarina Anjoulie sememangnya seorang yang penuh dengan kontroversi. Walaupun sudah 5 tahun lebih gambar-gambar terlampau yang dikatakan mirip mukanya tersebar, namun impaknya masih terasa sehingga kini. Nak rasa kesian pun ada jugak. Tapi nak buat macam mana. Berani buat berani tanggung la kan? Ikuti luahan hati Zarina Anjoulie Lavocah di bawah tentang isu ini:-

zarina anjoulie

Mengenai kontroversi yang berlaku, saya hairan kenapa saya sering dijadikan sasaran untuk dikaitkan dengan perkara negatif. Sedangkan, kalau dilihat banyak lagi artis yang tampil dengan imej seksi, tapi kenapa asyik-asyik saya yang menjadi sasaran kecaman? Ada lagi sesetengah artis yang teruk pergi kelab malam, tapi kenapa media tak nampak mereka? Saya sebenarnya hairan, tak cukup lagikah lima tahun saya asyik kena hentam? Saya sudah minta maaf terhadap apa yang berlaku. Kalau berdiam diri, dikata bersalah pula.

Menurut Zarina, ada rakan artis yang mengutuknya daripada belakang dan dia sangat terharu dengan sokongan peminat-peminatnya yang tak berbelah bahagi.

Saya perhatikan kontroversi yang ditulis ialah kisah lama yang dikorek semula. Saya agak kecewa dengan sesetengah media yang mainkan isu ini kerana menampakkan seolah-olah masyarakat bencikan saya. Sebenarnya, dari pengalaman saya menyertai promosi Jom Heboh dan banyak lagi program, mereka tetap datang mendekati saya tanpa perasaan jelik. Sebenarnya banyak peminat saya terdiri dari kalangan orang kampung. Mereka yang mengikuti twitter saya banyak golongan kakak-kakak, yang bertudung dan berkahwin. Saya tak bermaksud nak kata dunia artis ini teruk. Tapi seperti saya katakan tadi, saya lebih rela jadi diri sendiri dari sesetengah pelakon yang tipu peminat dengan berbuat baik di depan, tapi lain di belakang lain. Saya tak pandai menipu. Namun memang ada sesetengah artis memang baik dan saya hormati mereka. Apa yang buat saya bengang, ada juga rakan artis yang kutuk saya macam-macam sedangkan perangai mereka pun teruk.

Semoga Zarina Anjoulie Lavocah tabah menghadapi cabaran hidup. Dengar-dengar cerita dah bertunang. Benar atau tidak kena tunggulah tuan punya badan sahkan. Jangan lupa ikuti perkembangan terkini Zarina menerusi Twitter.

Written by AbangNara | July 25th, 2011

Siti Saleha. Kalau disebut nama ini, mungkin ramai yang masih tidak mengenali tuan empunya badan. Namun jika disebutkan Nora Elena, pastinya ramai yang akan berkata “ooooooo, awek tue”. Begitu besar sekali impak drama Nora Elena kepada Siti Saleha sehingga mengangkat namanya daripada kurang popular kepada popular tak hengat. Tak gitu?

nora elena

Sayangnya bila sudah terlalu popular, ada juga pihak yang mungkin dengki atau ingin menjatuhkan Siti Saleha. Masih ingatkan anda dengan entri yang pernah Abang Nara keluarkan dulu? Ala, entri “Gambar Siti Saleha Bersosial Dengan Rakan-Rakannya” yang kononnya gambar berparti. Ini ada sedikit penjelasan daripada tuan empunya badan.

Gambar itu dirakamkan ketika majlis perkahwinan kawan baik saya di Kuala Lumpur dua tahun lalu. Ketika itu, saya belum bergelar pelakon lagi. Ibu turut berada dalam satu daripada foto yang tersebar itu. Saya rasa dianiaya apabila gambar tersebar ketika nama saya mula meniti di bibir peminat dan drama Nora Elena mendapat rating tinggi ketika disiarkan di kaca TV3. Ia seolah-olah cubaan mahu menjatuhkan nama baik saya. Ramai menuding jari mengatakan saya suka bersosial dan hidup bebas. Bagaimanapun, saya reda mungkin inilah bayaran yang diterima apabila memilih menjadi pelakon. Selepas ini, saya harus berhati-hati dalam apa juga tindakan. Saya masih terlalu mentah untuk memahaminya, tetapi saya tidak mahu diseret dengan kontroversi berpanjangan. Saya akan sentiasa belajar daripada kesilapan

Abang Nara respek dengan tahap keprofessional dan kesedaran tinggi Siti Saleha. Sememangnya apabila menjadi artis popular, inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang artis. Namun sikap tenang yang ditunjukkan oleh Siti Saleha dalam menangani kontroversi ini sememangnya layak diberikan pujian. Anda memang sempoi ~~

nora elena

Untuk peminat Siti Saleha ataupun Nora Elena, dibawah ada sedikit info mengenai diri si cantik manis ini:-

Nama: Siti Saleha Mohd Baharum
Usia: 21 Tahun
Tarikh Lahir: 14 Mac 1990
Tempat Lahir: Basildon, England
Drama: 5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kecuali Cintamu, Di Bawah Ketiak Isteri, Kapten Boleh, Farah, Zaleha, Puaka Topeng Putih, Hati Batu, Raya Mona, Kau Laksana Bulan, Awan Dania, Habil & Qabil, Ustaz Amirul & Nora Elena
Iklan: Maxis, Astro, KFC, Celcom, Hotlink, Necafe, Gardinier, Pantene, Honey Soft dan Wrigley’s Double Mint.

nora elena

Kalau anda rasa nak berinteraksi dengan Siti Saleha, silalah follow Twitter Siti Saleha atau LIKE Facebook Siti Saleha. Lagi beberapa keping gambar Siti Saleha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 24th, 2011

Oh yeah ~~~~~~~~~~ Berita baik untuk anda yang pergi ke konsert Xplay 2010 tahun lepas, Xplay 2011 akan kembali untuk menghangatkan jiwa raga anda. Sila kosongkan tarikh tarikh 30 Julai 2011 sebab bermula jam 7 malam di Opera Sunway Piramid, anda akan dihiburkan dengan artis-artis yang awesome. Tak percaya? Cuba tengok video persembahan Mizz Nina di Xplay 2010.

Awesome kan? Xplay 2011 tahun ini lebih awesome lagi. Kali ini ada kumpulan funky nombor 1 Indonesia iaitu Funky Kopral untuk menghiburkan anda semua. Funky Kopral ini kalau bab buat havoc, buat meriah dan buat konsert jadi mantap memang diorang nombor 1 punya. Kalau tak caya boleh tanya kawan-kawan Indonesia anda.

xplay 2011

Tapi selain daripada Funky Kopral, Xplay 2011 ada line up yang bakal menggegarkan Opera Sunway Piramid. Kalau anda peminat funky muzik, confirm anda akan teruja melihat line up yang disediakan di bawah.

xplay 2011

Teruja kan? Meh Abang Nara bagi korang lagi teruja. Korang semua boleh dapatkan TIKET PERCUMA ke Xplay 2011. Yes, memang betul. TIKET PERCUMA. Tak payah bayar tak payah reload. Free of charge. Caranya tersangatlah senang.

xplay 2011

Korang cuma perlu register diri korang di Facebook Xpax untuk mendapatkan tiket percuma ke Xplay 2011. Kalau belum LIKE, kenalah LIKE dulu Facebook Xpax tue.  Tak payah slogan tak payah buat apa-apa. Cuma isikan borang macam kat bawah dan nantikan email daripada pihak Xpax untuk pengesahan. Tapi korang kena cepat sebab tiket adalah terhad. First come first serve la kiranya.

xplay 2011

Namun begitu, kalau korang rasa nak jadi VIP masa Xplay 2011, ada caranya jugak. Kalau korang buat langkah di bawah antara 22-27 Julai ini, anda mungkin boleh menang 2 tiket VIP ke Xplay 2011. Selain itu korang mungkin akan dapat satu table untuk lepak-lepak dengan 5 orang kawan masa Xplay 2011.

xplay 2011

Dan berita baik untuk anda yang telah mendaftar menjadi ahli Kolony, anda berpeluang untuk memenangi Blackberry Curve 8520 masa Xplay 2011. SO kalau belum daftar tue sila lah daftar secepat mungkin ye.

xplay 2011

Untuk lebih info, sila ke laman web Xpax sekarang jugak.

Page 6 of 22« First...45678...20...Last »