Written by AbangNara | June 26th, 2011

anak jimmy shanley

Menurut makcik merah yang paling merah di dunia ini, Redmummy, isteri Jimmy Shanley telah selamat melahirkan anak perempuan di Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Menurut Redmummy lagi, Jimmy telah dapat berjumpa dengan anaknya yang diberi nama Zahrah Shanley. Mungkin akibat terharu, Jimmy menangis kegembiraan menatap wajah anaknya.

Apa pun semoga kelahiran anak Jimmy Shanley dan isteri akan menjernihkan kembali hubungan suami isteri ini. Sama-samalah kita doakan. Nanti Abang Nara akan update gambar anak Jimmy Shanley jika ada. Terima kasih kepada Redmummy untuk info ini. Kalau dia tipu maka Abang Nara pun tipulah jugak. Hehehehe.

Written by AbangNara | June 26th, 2011

gambar baru lisa

Menatap wajah orang Korea terasa rindu pulak nak tengok wajah wanita Melayu sejati macam Lisa nie. Betullah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lagi cun awek negeri sendiri. Tambah-tambah pulak kalau awek tue macam Lisa Surihani kat atas.

gambar baru lisa

Tak sabar rasanya nak tunggu movie terbaru Lisa dan Sam yang bertajuk Sekali Lagi. Mesti cute.

Written by AbangNara | June 25th, 2011

sepah johan maharaja lawak

Abang Nara tak sempat tengok lagi video persembahan final Maharaja Lawak jadi tak boleh nak komen apa-apa. Namun begitu, ucapan tahniah harus diberikan kepada Sepah yang telah pun menggondol gelaran johan Maharaja Lawak. Rasanya ramai yang agak Jozan akan menang mudah namun ternyata Sepah berjaya membuat kejutan. Tahniah Sepah.

Dengan kejayaan ini, Sepah berkongsi hadiah wang tunai RM350,000. Jozan yang mendapat tempat kedua mendapat RM250,000 manakala Nabil mendapat RM150,000. Semoga wang yang diterima digunakan seeloknya untuk mengembangkan lagi karier mereka. Nanti lepas balik honeymoon Abang Nara uploadkan video-video persembahan finalist Maharaja Lawak.

Selamat berhujung minggu semua ~~~

Written by AbangNara | June 24th, 2011

p ramlee

Rupa-rupanya royalti untuk filem-filem lakonan P. Ramlee berjumlah jutaan ringgit setahun. Yang kayanya bukan waris P. Ramlee, tetapi syarikat Shaw Brothers yang menerbitkan hampir kesemua filem P. Ramlee. Sedih pun ada jugak apabila terbaca kisah keluarga P. Ramlee yang hidup merempat sambil Shaw Brothers menerima jutaan ringgit setiap tahun.

Namun begitu buat masa ini ada pihak-pihak yang sedang memperjuangkan agar waris P. Ramlee juga menerima imbuhan daripada royalti ini. Permintaan ini semestinya agak sukar untuk ditunaikan kerana Abang Nara rasa pihak Shaw Brothers sememangnya mempunyai hak penuh terhadap filem P. Ramlee.

Harap-harap pihak Shaw Brothers terbukalah hati sikit untuk berkongsi kekayaan yang ada dengan mereka yang sepatutnya. Tak gitu?

Page 4 of 21« First...23456...1020...Last »