Written by AbangNara | June 27th, 2011

rcw

Comel? Cute? Tua tapi perasan comel? Maintain manja? Tak sesuai dengan warna pink? Motif pakai baju begini dalam cuaca panas Malaysia? Semua persoalan ini Abang Nara tinggalkan untuk anda jawap. Lagi beberapa keping gambar Rozita Che Wan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 27th, 2011

Dunia yang semakin maju dengan kecanggihan teknologi menyebabkan kita kadang-kadang susah sangat nak telefon orang yang kita sayang. Selalu kita akan gunakan Twitter, Facebook, BBM, Whatsapp dan macam-macam lagilah untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan kita.

Kecanggihana teknologi macam ini bagus tue memang bagus, tapi Abang Nara tak berapa gemar sangat cara sebegini. Abang Nara lagi suka kalau dapat dengar suara orang daripada hanya membaca mesej. Lebih feeling gitu. Dan paling penting, ada personal touch terutama apabila kita berborak tentang kenangan lama dengan kawan rapat, berborak tentang plan hujung minggu bersama ibu tercinta dan berjiwang sampai 3-4 jam dengan si kekasih.

hello money

Dan untuk anda yang gemar bercakap dan berborak di dalam telefon, ini ada berita baik untuk anda. Xpax akan memberi hadiah WANG TUNAI RM50,000 setiap minggu. Caranya kita hanya perlu membuat minimum 5 panggilan domestik setiap minggu.

celcom hello money

Bermula dari 6 Jun sehingga 3 Julai ini, kalau selama ini anda banyak bermesej sahaja dengan kawan-kawan anda, kini tiba masanya untuk anda merapatkan lagi ukhwah dengan menelefon mereka sambil berpeluang memenangi RM50,000 TUNAI.

celcom hello money

Ok ini pembahagian minggu untuk pertandingan Hello M*ney ini:-

1 Week 1 , 6-12 June
2 Week 2, 13-19 June
3 Week 3, 20-26 June
4 Week 4, 27 June- 3 July

Ini bermakna minggu ini ialah minggu terakhir anda berpeluang untuk memenangi RM50,000 tunai daripada Xpax. Tunggu apa lagi. Angkat telefon anda sekarang juga dan telefon mereka yang anda sayangi sambil berpeluang untuk memenangi RM50,000.

celcom hello money
Lebih info boleh baca di Xpax Hello M*ney.

Written by AbangNara | June 27th, 2011

gambar anak jimmy shanley

Bangun-bangun pagi check email terus ternampak satu email yang bertajuk “Gambar anak Jimmy Shanley“. Menurut pengirim email gambar di atas ialah Zahrah Shanley. Zahrah Shanley telah dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram di hari Jumaat lepas di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

Jimmy Shanley nampaknya memang benar-benar menghargai dan menanti kehadiran anak sulungnya. Jelas dapat dibaca kegembiraan Jimmy daripada kata-katanya di bawah ini:-

Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani

Zahrah sungguh bertuah mendapat seorang ayah yang sangat prihati dan mencintai dia. Semoga dengan kehadiran Zahrah akan menyatukan kembali ikatan ibu dan ayahnnya. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | June 27th, 2011

fasha iqram

Hebat sungguh tulisan Zubir di atas sehingga Fasha Sandha mengamuk di dalam Twitternya kepada Iqram Dinzly. Abang Nara pun ingat kes ini dah setel minggu lepas, tetapi rupanya dibangkitkan kembali oleh Zubir. Siapa benar siapa salah? Abang Nara tak tahu dan tak berminat nak tahu tetapi yang penting hal ini memang memalukan kesemua pihak yang terlibat.

Berikut ialah beberapa luahan hati Fasha Sandha yang telah ditulis di Twitternya.

fasha iqram

fasha iqram

fasha iqram

Dan Iqram Dinzly hanya berkata begini di Twitternya. Satu langkah yang baik untuk berdiam diri.

fasha iqram

Siapa yang anda rasa tengah tersenyum sinis melihat pergaduhan antara 2 orang ini? Ce teka ce teka.

Page 3 of 2112345...1020...Last »