Written by AbangNara | June 29th, 2011

Hidup Abang Nara memang sentiasa sibuk, sibuk dan sibuk gila. Kadang-kadang seharian tak dapat nak menonton rancangan TV kegemaran. Tetapi sejak kehadiran Astro B.yond PVR dalam hidup Abang Nara, memang Abang Nara tak pernah miss rancangan-rancangan kegemaran. Ini bukan propa tapi betul-betul kenyataan.

astro pvr

Selaku penulis blog hiburan sudah tentulah Abang Nara kena tengok rancangan-rancangan hiburan macam Mentor, Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan drama-drama kat TV untuk update info-info terkini. Ok korang akan kata kalau termiss rancangan tue boleh tengok kat Youtube je. Tapi feel tengok kat TV memang beza dengan tengok kat Youtube. Lagi-lagi kalau internet slow tahap siput babi.

Kadang-kadang kalau hari Jumaat time Maharaja Lawak on air Abang Nara tak sempat nak tengok sebab pergi main game Dota dengan kawan-kawan (time bujang dulu). Hari Sabtu Ahad pun macam tue gak. Kadang-kadang ada event sampai terlepas rancangan Mentor, AF dan Cerekarama. Tapi Abang Nara tak gusar sebab Abang Nara tau Cik Nara dah rakamkan semua rancangan tue guna Astro B.yond PVR.

astro pvr

So hari Ahad Abang Nara akan bangun awal pagi dan layan rancangan-rancangan yang telah dirakam. Cara nak rakam tue senang sangat sampai mak mertua Abang Nara pun dah pandai guna dah sekarang. Seronok jugak bila berkumpul ramai-ramai di pagi Ahad dan gelak sama-sama sambil tengok Maharaja Lawak. Terasa macam family gathering pulak.

Oh by the way Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Eyriqazz sebab menang pertandingan Astro B.yond PVR dan dapat pergi trip ke Kota Kinabalu. Serius jeles. Tapi tak apalah, sebab Abang Nara pun dah selamat pergi dan balik dari Korea berhoneymoon. So tak berapa jeles sangat.

Yang penting sekarang Abang Nara nak layan final Maharaja Lawak yang telah dirakam oleh mak mertua kesayangan guna Astro B.yond PVR. Terima kasih mak mertua dan terima kasih Astro B.yond PVR.

Written by AbangNara | June 28th, 2011

Romantik sungguh Tomok dan Ayu. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kepada Tomok kerana menjemput Abang Nara ke majlis perkahwinan anda berdua. Kalau sempat, Abang Nara akan sampai menyaksikan hari bahagia anda.

Written by AbangNara | June 28th, 2011

cover majalah

Sesiapa yang terasa nak kahwin 4 terus, leh try masuk line dengan 4 orang awek di atas. Semuanya ada kecunnan masing-masing. Tak gitu? Kalau nak mengenali lebih rapat, jangan lupa dapatkan majalah Stailista di kedai mamak berhampiran anda.

Written by AbangNara | June 28th, 2011

fizz fairuz mengamuk di twitter

Nampaknya sekarang ini memang musim artis kita mengamuk di Twitter. Aaron Aziz dah pernah, Fasha Sandha selalu dan semalam Fizz Fairuz la pulak. Ramai yang menyebut artis yang dikatakan oleh Fizz ini ialah Siti Nur Fathia sebab mereka berdua sedang berlakon bersama-sama. Benar atau tidak, hanya Fizz Fairuz sahaja mampu menentukan.

Pesanan Abang Nara lain kali tweet je terus dengan nama artis tue sekali. Tak payah susah-susah orang nak teka. Penat tue nak meneka. Kang salah teka kang lagi parah. Lagipun kat Twitter kan boleh guna @mentions. Kalau betul-betul jantan dan berani, letak je terus nama artis tue. Tak gitu?

Page 2 of 2112345...1020...Last »