Written by AbangNara | June 30th, 2011

isteri salih yaakob

Rasanya anda semua pun perasan terutama semasa Maharaja Lawak di mana Salih Yaakob sentiasa ada bersama dengan isteri barunya, Emi. Abang Nara ada terfikir jugak takkanlah isteri-isteri tua SY tak jeles asyik-asyik Emi je yang keluar. Akhirnya jawapan kepada persoalan itu sudah keluar daripada mulut SY sendiri:-

Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar. Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya.

Untuk pengetahuan anda, SY bukan sengaja nak bawak Emi ke semua event. Sebenarnya Emi adalah pengurus peribadi SY. Itu yang diusung ke sana ke mari. So sila jangan salah faham ye.

Apa-apa pun tak sabar nak menonton rancangan talkshow “SY – I follow” Jumaat ini. Mesti kelakar.

Written by AbangNara | June 30th, 2011

kes wardina

Tiba-tiba nama Wardina meletup bagai bom atom apabila dikaitkan dengan sebuah parti politik. Namanya ditulis di banyak blog-blog politik yang cuba mengambil kesempatan di atas hal ini. Wardina yang memang terkenal dengan semangat wajanya telah memberi 14 hari kepada blogger terbabit untuk menarik balik entri tersebut.

Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

“Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Baca entri ini sepenuhnya untuk penjelasan Wardina mengenai punca kekecohan ini.

 
Written by AbangNara | June 29th, 2011

fazura neelofa bertudung

Memang wanita kalau bertudung kecomelan dan kecutean dia akan bertambah beratus-ratus kali ganda. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita yang bernama Fazura yang memang sudah sedia ada cun. Confirm ramai lelaki, mak-mak dan datuk-datuk di luar sana yang cair melihat keayuan Fazura bertudung sebegini. Kan?

Lagi beberapa keping gambar Fazura dan Neelofa versi bertudung dan tak bertudung untuk Kitab Cinta dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 29th, 2011

sepah hampir berpecah

Inilah namanya tekanan. Rasanya kalau Sepah benar-benar berpecah, memang ramai yang akan kecewa. Almaklumlah lawak Sepah walaupun agak kasar tetapi memang kena dengan jiwa orang Melayu. Lawak mereka ialah lawak yang sering berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Itu sebab mereka berjaya bergelar juara Maharaja Lawak.

Akibat tekanan untuk memberikan persembahan yang terbaik pada final Maharaja Lawak baru-baru ini, Jepp Sepah akibat terlalu tertekan mahu membubarkan kumpulan Sepah dan membawa haluan masing-masing. Rupa-rupanya semasa rehearsal pun persembahan kumpulan Sepah hanya siap separuh sahaja akibat kekeringan idea. Kata Jepp:

Kalau semuanya hendak ditegur setiap kali, memang ia cukup memenatkan. Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri. Percaya atau tidak, sebelum persembahan kedua pun, kami sempat lagi bergaduh dan bertekak. Jadi mahu atau tidak, kami perlu bersatu untuk mempersembahkan idea yang menarik biarpun perlu bermasam muka dan berselisih faham

Secara individu, Abang Nara harap Sepah akan maintain berkumpulan dan jangan berpecah. Nama Sepah dah cukup kuat. Cuma sekarang ini Sepah perlu bijak mencari peluang untuk buat program mereka sendiri untuk mengekalkan momentum Maharaja Lawak. Yang penting, kena buat program lawak jugak barulah ramai yang akan tengok. Tak gitu?

Akhir kata, walaupun ramai yang bengang Jozan tak bergelar juara Maharaja Lawak, pendapat Abang Nara, Sepah sememangnya layak merangkul gelaran tersebut.

Page 1 of 2112345...Last »