Written by AbangNara | April 27th, 2011

nora danish

Setiap kali balik dari umrah kita akan mendengar yang artis-artis wanita kita berazam tak mahu pakai seksi-meksi lagi. Tapi sebulan dua je la. Masuk bulan ketiga haram terus terlupa janji manis yang diberi. Tapi mungkinkah Nora Danish mampu menunaikan janjinya itu. Dengar-dengar ceritanya Nora Danish dah malas-malas nak seksi lagi. Dah insaf dah la kiranya.

Dan semalam Abang Nara masa pergi kerja macam biasa dengar Sinar FM. Tiba-tiba terdengar yang tagline “I Follow” dah berubah jadi “Kita Enjoy ~~”. Rupa-rupanya ada Nora Danish kat dalam konti Sinar FM. Patutlah SY mengada semacam tue. Tapi serious memang comel gila suara Nora Danish. Cute macam Hagemaru.

Apa pun, Abang Nara doakan agar impian Nora Danish untuk tidak seksi lagi bukanlah suam-suam kuku. Dan Abang Nara doakan agar Nora Danish cepat-cepat bertemu jodoh. Kalau terasa sukar nak cari lelaki yang baik, Abang Nara sentiasa ada di sini. Heheheh. (Ayat kecewa selepas si dara Lisa Surihani diambil Yusry).

P.S: Ala comelnya bila baby-baby nie tidur.

 

Written by AbangNara | April 27th, 2011

Wow. Tak sangka sesungguhnya Kilafairy boleh nyanyi lagu Hindustan. Sedap pulak tue. Abang Nara tak tahu la kalau pronounciation dia betul atau pun tidak, tapi boleh tahan jugak lah suara dia. Terasa macam dalam filem Kuch Kuch Hota Hei pulak. Bawah nie pulak video Kilafairy nyanyi lagu Aku Bukan Untukmu.

Not bad jugak kan? Fikir punya fikir patutlah suara si Kilafairy nie sedap semacam je. Abang Nara terlupa yang dia anak Rohana Jalil. Like mother like daughter la nie. Mantap!!!

P.S: Macam-macam hal ada kat Malaysia nie.

Written by AbangNara | April 26th, 2011

Sila cover gelak sebab mana tau bos korang ada kat belakang. Nanti dia panas hati tengok korang gelak waktu bekerja.

Written by AbangNara | April 26th, 2011

que

Kalau anda pernah terbaca entri “(GAMBAR)Apabila Que Haidar & Linda Jasmine Keluar Bergembira” yang pernah Abang Nara tuliskan sebelum ini, di Harian Metro Ahad baru-baru ini Que dan Linda telah memperjelaskan isu gambar tersebut. Seperti yang Abang Nara katakan di dalam entri tersebut, botol arak yang ada di dalam gambar-gambar tersebut bukan milik mereka berdua dan mereka tidak langsung meminumnya. Kata Que:-

Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar untuk meraikannya (sambutan hari jadi kawan mereka berdua). Namun terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu adalah milik orang lain. Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral

Dan mengenai salah satu gambar yang menunjukkan Linda Jasmine memegang sepuntung rokok, ini penjelasan daripada Linda sendiri.

Saya tak minum arak dan merokok langsung. Rokok itu orang lain punya, mungkin Que dan saya hanya memegangnya

Di harap dengan penjelasan ini, kita semua tidak lagi buruk sangka terhadap Que dan Linda Jasmine. Abang Nara percaya 100% mereka berdua berkata benar. Sekian terima kasih.

P.S: Cian abang motor nie ada masalah ngan ketiak dia.

Page 3 of 2512345...1020...Last »