Written by AbangNara | April 29th, 2011

anak maizawati

Wah minggu ini memang minggu kelahiran anak untuk selebriti Malaysia rasanya. Selain daripada Sazzy Falak dan suami, Maizawati pun telah selamat melahirkan anak pertamanya bersama suami barunya, Yassin. Untuk makluman, ini adalah anak ketujuh yang telah dilahirkan oleh Maizawati. Nama anak lelaki Maizawati ialah Muhammad Qhabel Izz Qhushairy.

anak maizawati

Berikut adalah kata-kata Maizawati tentang baby barunya ini:-

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.86 kilogram secara normal. Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Antara orang yang paling gembira mendengar berita ini adalah suami saya, Yassin kerana bayi ini merupakan anak pertamanya dan lebih menggembirakan apabila mengetahui bayi ini adalah bayi lelaki.

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Maizawati dan suami. Semoga berbahagia di samping cahaya mata ini.

Written by AbangNara | April 29th, 2011

sazzy falak

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Sazzy Falak dan suami, Nash Idrus atas kelahiran anak kembar perempuan mereka semalam. Cantik sungguh nama si kembar berdua ini. Sorang diberi namaIman Lilly dan seorang lagi Tiara Rose. Abang Nara yakin dan pasti kedua-duanya akan jadi secantik ibu mereka. Untuk makluman, bayi kembar perempuan pasangan ini dilahirkan secara pembedahan.

Ucapkan tahniah kepada pasangan ibu bapa terbaru ini di Twitter Sazzy Falak dan Twitter Nash Idrus. Semoga Sazzy cepat-cepat berkongsi gambar anaknya untuk para  peminat semua. Tak sabar rasanya nak menggeram melihat kecomelan si kembar.

Written by AbangNara | April 29th, 2011

p1 wimax 4g

Kacak sungguh lelaki di atas ini. Sudahlah kacak, badan pulak tough. Memang badan pujaan ramai lelaki seantero dunia. Korang kenal ke tak kenal dengan pria di dalam gambar di atas? Apa? Tak kenal? Biar betik ~~~~ Ok Abang Nara share 1 lagi gambar mana tau korang boleh kenal selepas tengok gambar di bawah.

p1 wimax 4g

Inilah Vin Diesel. Pelakon Hollywood yang tersangatlah popular dengan filem Fast and Furious. Kalau korang peminat cerita action dan kereta, sudah tentu korang tak akan terlepas tengok filem Fast and Furious daripada yang first sampai yang nombor 4. Dan kini ada berita baik untuk anda semua.

p1 wimax 4g

Yezzaaaaaa (muka gembira sambil melompat). Fast and Furious 5 atau lebih dikenali dengan nama Fast 5 akan mengganas di panggung wayang Malaysia pada 5hb May ini. Filem ini sudah tentu akan jam-packed dengan action kejar mengejar sambil memandu kereta, tembak menembak, gaduh bergaduh dan YANG PALING BEST ialah, P1 4G akan bergabung tenaga dengan Universal Studio untuk memberikan tayangan ekslusif untuk pengguna P1 4G. Bersesuaian dengan filem Fast 5, kempen P1 4G ini diberi nama Furiously Stronger, Wider and Faster.

p1 wimax 4g

Bukan sekadar tayangan ekslusif dan barangan limited edition filem Fast 5 , P1 4G juga akan memberikan hadiah-hadiah yang tersangatlah BEST kepada bakal pengguna-pengguna yang mahu menggunakan perkhidmatan mereka. Antara hadiahnya ialah percutian 5 bintang untuk 2 orang ke Hong Kong, Bali dan Phuket. Selain itu ada jugak iPad, netbook dan kamera digital untuk dimenangi. Memang meletup sungguh hadiah yang ditawarkan!!!

Ok Abang Nara, saya dah teruja gila-gila punya nie. Ce citer sikit macam mana saya nak masuk contest P1 4G nie

Senang sahaja!!! Anda cuma perlu mendaftar untuk menjadi customer baru P1 4G. Masa pendaftaran tue jawap 2 soalan yang terlampaulah senang dan lengkapkan slogan. Tapi pastikan korang buat semua ini sebelum tarikh tutupnya pada 5 Jun ini.

Tapi Abang Nara, bagus ke P1 4G nie. Pastue tak mahal sangat ke pakej dia? Takut kalau saya subscribe nanti menyesal pulak

Menyesal? Tiada istilah tersebut untuk pengguna P1 4G. Mungkin fakta di bawah mampu membuatkan anda menyesal kalau TAK melanggan P1 4G:-

1. P1 4G ada 300,000 pengguna yang SANGAT berpuas hati dengan servis yang diberikan.
2. P1 4G tak perlu pasang kabel or whatever yang menyukarkan. Anda cuba perlu PLUG kat P1 Wiggy dan dah boleh terus guna.
3. Antara pakej yang ditawarkan ialah The Home Pakej yang bermula dengan harga serendah RM49. Lepas tue ada pakej Portable Outdoor Wiggy dengan harga RM10, RM20 dan RM30 (harga Pakej Portable Outdoor Wiggy ini adalah off normal subscription untuk 6 bulan pertama dengan penjimatan sehinggaRM240). Bapak murah kan?
4. P1 4G menawarkan kelajuan 5 kali ganda lebih laju daripada internet 3G yang lain.

Ok kalau Abang Nara nak cerita panjang pasal kelebihan P1 nie sampai esok pun tak habis. Kalau korang nak info lebih, jangan segan silu layari Facebook P1Wimax ataupun follow Twitter P1 4G. Facebook dan Twitter P1 bukan sekadar tempat bertanya, malah tempat untuk anda mengetahui trend terbaru, news pasal entertainment, free tools info dan paling penting, banyak tips tentang cara mendapatkan pengalaman terbaik melayari Internet banyak dikongsi di Twitter dan Facebook P1.

p1 wimax 4g

Abang Nara berani jamin korang akan terasa lebih Fast dan Furious semasa menonton filem Fast 5 yang dijana oleh P1 4G.  Jangan lupa untuk join Facebook P1Wimax dan follow Twitter P1 4G sebab banyak hadiah mingguan untuk dimenangi. Pemenang akan dipilih secara random. Kalau korang rajin berinteraksi dengan P1, kemungkinan besar boleh dapat hadiah terkejut.  Vroooooooooooommmmmmmmmmmmmmmm ~~~

Written by AbangNara | April 27th, 2011

Kenapalah masa Abang Nara tunang dulu tak ada company yang nak sponsor buat video pertunangan. Jeles pulak tengok kesempoian, ke”sweet”an dan kecantikan video pertunangan Ashraff Muslim dan Noor Dayana nie. Memang tabik spring dengan produk daripada CST Production. Apa kata anda?

Page 2 of 2512345...1020...Last »