Written by AbangNara | April 20th, 2011

ashraf muslim

Handsome gila kan si Ashraf Muslim ini? Pasti ramai wanita yang jatuh cinta dengannya. Dan pastinya ramai gila yang kecewa apabila mendapat tahu yang Ashraf Muslim bakal bertunang dan seterusnya bergelar suami orang dalam tahun ini. Tapi janganlah kecewa sangat, sekurang-kurangnya kita doakanlah kebahagiaan Ashraf Muslim.

Ada info yang menghantar gambar bakal wajah tunang Ashraf Muslim kepada Abang Nara baru-baru ini. Setelah diperiksa, info ini kemungkinan besar tepat 80%. Sebabnya si tunangan memang berasal dari Gombak dan merupakan seorang doktor seperti yang diwar-warkan. Inilah wajah wanita yang dikatakan bakal tunang Ashraf Muslim:-

gambar tunang ashraf muslim

Nama gadis di atas ialah Noor Dayana. Berusia 24 tahun dan kini sedang menuntut di final year Medic Student di Malacca/Mannipal University. Dan Noor Dayana merupakan anak kepada Haji Lokman, yang merupakan tuan punya pusat perubatan Syifa Al Hidayah.

Apa pun ini hanya tekaan semata-mata. Kalau benar, tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ashraf Muslim kerana khabarnya Noor Dayana merupakan seorang wanita yang sangat bersopan-santun ketika melayan pesakit di pusat perubatan Syifa Al Hidayah. Kalau ini tidak benar, Abang Nara memohon sepuluh jari atas kesilapan ini kepada pihak yang terbabit.

P.S: Maaf atas kesulitan mengakses BeautifulNara semenjak dua ini. Abang Nara tengah tukar server. Itu yang jadi kelam kabut tue. Harap-harap selepas ini akan lebih stable lagi.

Written by AbangNara | April 17th, 2011

norman memey

Nak kesian pun tak boleh. Kalau dah kena panggil ke mahkamah, kenalah pandai cipta masa untuk hadirkan diri. Sayangnya Memey dan Norman seolah-olah tidak menghormati mahkamah dengan memberikan alasan yang tidak munasabah. Akibatnya, waran tangkap telah dikeluarkan untuk pasangan merpati sejoli ini.

Menurut peguam mereka berdua, Norman tidak dapat hadir kerana sakit manakala Memey tidak dapat hadir kerana berada di luar kawasan. Tapi masalahnya pihak Norman tidak dapat menunjukkan sijil sakit seperti yang diclaim.

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah. Pengajarannya di sini ialah, jangan main-main kalau kena panggil pergi mahkamah. Kang tak pasal-pasal dapat waran tangkap. Tak gitu?

Semoga Norman dan Memey hadir ke mahkamah selepas ini. Jangan sampai kena heret pulak.

Written by AbangNara | April 16th, 2011

Serius kreatif Nabil buat lawak untuk Maharaja Lawak minggu 3. Kelakar tak ingat. Tak pernah terfikir nak buat lawak muzikal guna lalat. Memang awesome. Adakah Nabil akan berjaya menaikkan namanya kembali menggunakan platform Maharaja Lawak?

Keputusan kali ini agak mengejutkan dengan R2 terkeluar sementara Amir yang buat lawak ke laut masih terselamat. Bak kata sesetengah orang, bagus gak Amir ada sebab ada time untuk pergi ke tandas membuang apa yang patut. Keputusan minggu lepas menyaksikan No Entry dan Wai terkeluar.

Nanti Abang Nara update video daripada kumpulan Jozan, Sepah, Jambu dan Man. Semuanya persembahan yang mantap-mantap. Kalau tak sabar sangat sila ke channel Youtube GuaTV. Diorang rajin update kat situ. Untuk pengetahuan, sistem pemarkahan ialah 50% juri dan 50% sms.

Written by AbangNara | April 15th, 2011

sam nora

Mesranya eh. Anda jeles? Bengang? Jangan emo ye terutama buat peminat Shaheizy Sam. Rapat semacam je dipeluk Nora Danish. Kena faham perasaan Nora Danish yang masih belum menjumpai pengganti Jejai. Tak gitu?

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Media Malaya.

 
Page 10 of 25« First...89101112...20...Last »