Written by AbangNara | April 30th, 2011

gambar anak kedua rita rudaini

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.

Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat

Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.

Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang.

Sumber berita Mstar.

Update: Di bawah ialah gambar anak kedua Rita Rudaini. Arjuna.

gambar anak rita rudaini

Written by AbangNara | April 29th, 2011

gambar perkahwinan royal wedding prince william kate middleton

Rasanya semua orang tahu yang sebentar tadi telah berlangsung perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middleton. Jutaan manusia seantero dunia telah melihat siaran live perkahwinan diraja ini. Layankan gambar-gambar sekitar royal wedding Prince William dan Kate Middleton dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit info kepada AndyHowtt dan Katu.

 
Written by AbangNara | April 29th, 2011

24:7 kpop group

Abang Nara bukan nak mengutuk tapi ini dah macam over the limit. Baru lepas tulis pasal kumpulan Gula Gula yang berpaksikan artis Kpop, tup-tup dapat info pasal kumpulan 24:7 pulak. Tengok tulisan kat gambar tue pun hati ini sudah membara. Diorang nie faham ke tak faham maksud Kpop tue?

24:7 kpop group

Kpop adalah Korea Pop. Kenapa nak buat kumpulan Kpop padahal 24:7 nie memang sah-sah dari Malaysia. Buatlah kumpulan Mpop ke, Selangorpop ke, SelayangPop ke. Apa kejadahnya Kpop? Kpop tue untuk orang Korea la. Artis Malaysia jangan la nak feeling artis Korea pulak. Pening kepala dibuatnya.

24:7 kpop group

Abang Nara bukan nak mengkondem sangat. Baguslah buat kumpulan-kumpulan macam Gula-Gula dan 24:7 nie. Tapi carilah identiti sendiri yang kena dengan Malaysia. Tengok gambar-gambar kumpulan 24:7 nie pun dah nampak sangat diorang nie tak ada identiti Malaysia. Terasa nak muntah darah pun ada gak.

Apa pendapat korang?

Written by AbangNara | April 29th, 2011

kumpulan gula gula

Daripada dressing, gaya rambut, pakai seluar pendek dan muka cute memang Abang Nara mati-mati ingat ini kumpulan Kpop wanita yang terbaru. Rupa-rupanya ini adalah kumpulan wanita daripada Malaysia. Mereka berenam menggelarkan diri mereka sebagai Gula Gula. Jom baca sikit introduction kumpulan Gula-Gula ini:-

Gula Gula, often referred to as “The official of Gula Gula” in Facebook.com, is a new and upcoming artist from Malaysia formed in the year 2011 by an award winning composer / arranger Hadi Hassan under Eight Tones Communications Sdn Bhd. Gula Gula features 6 adoring teenage girls which comprises of : Achie – The cutie naughty , Mei Mei -The sexy beauty, Rarra- The petite n’ Funky , Erwina – The baby of Gula Gula , ChaCha- The Outgoing and Joyous beauty, and Joy- The cool and Sweet .

kumpulan gula gula

Kenapa oh kenapa tiba-tiba di Malaysia dan orang Malaysia sendiri feeling nak buat style orang Korea? Adakah demam Korea dah terlampau hebat sampai rakyat kita sendiri buat group feeling-feeling Kpop? Adakah budaya kita, gaya kita dan adab sopan kita perlu dibuang semata-mata untuk mendapatkan feeling Korea? Paling penting, kita ini tinggal di Malaysia tetapi kenapa buat group yang ala-ala Korea? Apa motif?

Abang Nara tinggalkan persoalan itu kepada anda untuk dijawap. Nanti kalau ada masa Abang Nara akan ulas di masa hadapan. Kena buat sedikit kajian tentang pengaruh Kpop terhadap industri hiburan kita. Persoalannya, mampukah kumpulan Gula Gula ini menjadi gah seperti Wonder Girls dan Girls Generation?

Kenali lebih rapat ahli-ahli kumpulan Gula Gula dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 2512345...Last »