Written by AbangNara | March 30th, 2011

majalah hai

Memang old school. Tengah jalan-jalan di Facebook tiba-tiba terjumpa Facebook Majalah HAI. Paling best bila admin Facebook tersebut mengupload cover-cover majalah HAI dari tahun 2009 sehingga sekarang. Memang comel muka artis-artis kita satu ketika dahulu. Cute dan innocent. Kini semuanya sudah pandai bergaya.

Lagi gambar cover majalah HAI dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada Facebook Majalah HAI.

 
Written by AbangNara | March 30th, 2011

johan maharaja lawak

Kalau anda rasa Raja Lawak sudah boleh pecahkan perut anda, kini bersiap sedia untuk pecahkan usus anda sekali kerana Jumaat ini jam 10 malam Astro Warna dan Astro Prima (hanya untuk 2 episod pertama) bakal menayangkan rancangan Maharaja Lawak. Siapakah peserta dalam Maharaja Lawak ini? Pesertanya tak lain tak bukan Top 3 finalis Raja Lawak daripada musim pertama sehingga musim ke 5.

Antara nama besar dalam program Maharaja Lawak ini ialah Johan dan Zizan yang akan bergabung menjadi satu kumpulan iaitu Jozan. Sudah tentu Jozan menjadi team favourite untuk merangkul kejuaraan Maharaja Lawak ini. Tapi perlu diingatkan juga saingan daripada Nabil dan kumpulan Sepah. Kesimpulannya semua hebat-hebat belaka. Memang pecah usus dan pundi kencing dibuatnya.

johan maharaja lawak

Sekali lagi diingatkan, program Maharaja Lawak akan bermula Jumaat ini (1 April 2011) di Astro Warna dan Astro Prima. Astro Prima hanya akan menayangkan 2 episod terawal sahaja. Kalau nak tengok episod ketiga dan seterusnya, sila langgan Astro Warna. Oh ye, pengacara untuk program Maharaja Lawak ini ialah AC Mizal yang masih tak dapat lagi pangkat Datuknya.

Abang Nara rasa Jumaat ini confirm satu famili Abang Nara akan menempek depan TV tengok Maharaja Lawak ini. Anda pula bagaimana? Jangan lupa lawati laman web rasmi Maharaja Lawak dan Facebook Maharaja Lawak untuk info lebih lanjut.

Written by AbangNara | March 29th, 2011

Sabtu yang lepas semasa Earth Hour Abang Nara pun beleklah gambar-gambar yang diambil oleh rakyat Malaysia sempena event tersebut. Dalam banyak-banyak gambar KLCC yang diambil semasa Earth Hour,  Abang Nara terperasaan sesuatu. Cuba korang tengok gambar KLCC kat bawah ni:-

klcc

Korang nampak tak apa yang Abang Nara nampak? Nampak tak kat bahagian atas menara KLCC tue ada satu simbol? Korang nampak tak? Memula Abang Nara ingatkan mungkin gumpalan awan. So Abang Nara rileks je la tak fikir apa-apa pun. Namun begitu apabila mak Abang Nara bawak balik ikan yang dibeli dari pasar dan simbol tersebut turut ada ikan tersebut, Abang Nara dah mula fikir yang bukan bukan.

klcc

Apa kejadahnya simbol ini ada di mana-mana? Kat KLCC ada kat ikan pun ada. Dan paling mengejutkan ialah apabila adik Abang Nara yang belajar kat UK pun turut menghantar satu gambar yang ada simbol tersebut semasa dia berjalan-jalan kat sana.

klcc

Abang Nara dah seram sejuk dah. Terus kepala Abang Nara berputar ligat membuat teori. Kemungkinan besar simbol ini ada kaitan dengan:-

1. Alien yang mahu datang menyerang bumi. So dia bagi hint dulu sebelum serangan bermula.
2. Tanda umur bumi kita sudah semakin tua sehingga muncul simbol-simbol yang pelik.
3. Udara, air dan kesemuanya terlalu kotor sehingga menyebabkan kewujudan simbol sebegini.
4. Satu jenis virus baru yang muncul dalam bentuk simbol.

Buat masa ini Abang Nara masih tercari-cari apakah makna di sebalik simbol misteri ini. Kalau korang ada ternampak simbol ini, tolong informkan kepada Abang Nara. Mana tau kita bersama boleh buat report kat Jabatan Kaji Cuaca tentang hal ini. Kemungkinan ianya boleh mendatangkan mudarat kepada manusia sejagat. Tak gitu?

Dan yang baru Abang Nara jumpa tadi simbol ini dah ada kat YouTube dengan tajuk The Infection. Warghhhhhhhhhhh ~~ Apa benda nie????? Seram gila ~~~~ Takut dibuatnya. Harap-harap tak adalah virus baru yang melanda bumi kita ini. Abang Nara tak kawin lagi wei ~~

Kalau korang ada info lanjut sila tinggalkan di ruangan komen. Kerjasama anda sangat dihargai. Thanks.

Written by AbangNara | March 29th, 2011

wardina

Kesiannya jadi Wardina. Selepas Wardina mengeluarkan kenyataan “artis tak boleh jadi idola”, dia telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Susah juga rupanya bila kita bercakap sesuatu yang betul. Ramai yang tak puas hati dengan kebenaran.

Tapi ayat paling best yang dilemparkan oleh Wardina ialah ayat “artis berimej bersih tak diberikan ruang di media”. Tapi Abang Nara tengok semenjak dua ini media semakin open terutama sejak artis-artis mainstream seperti Irma Hasmie dah bertudung. Banyak jugak suratkhabar yang jadikan Irma cover depan untuk suratkhabar masing-masing. Satu peningkatan yang baik

Saya tahu pelbagai andaian dan persepsi orang ramai berikan tentang diri saya sebelum ini tetapi lebih elok mereka mengenali diri saya terlebih dulu. Anda perlu mengenali seseorang itu sebelum menghakiminya. Saya juga berharap semua pihak memberikan ruang kepada artis untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan. Ini kerana saya perhatikan artis yang berimej bersih sukar untuk mendapat perhatian di media

Semoga Kak Wardina tabah menghadapi dugaan ini. Dan untuk pengetahuan anda, Wardina ada buat usrah mingguan. Kalau sesiapa berminat nak join sila ke laman web Facebook Wardina Safiyyah OfficialPage atau emel wardina.dina@gmail.com.

Semoga lebih ramai artis berimej bersih seperti Wardina akan diberikan ruang di media dan di blog-blog. Abang Nara pun akan cuba banyakkan info tentang mereka-mereka ini.

Page 3 of 2612345...1020...Last »