Written by AbangNara | March 9th, 2011

gambar sazzy falak mengandung

Orang perempuan kalau mengandung memang glowing semacam. Nampak makin cantik dan makin cute. Tak sabar rasanya nak tengok kecomelan anak kembar Sazzy Falak. All the best dan semoga semuanya dipermudahkan.

Lagi gambar Sazzy Falak mengandung yang terbaru dengan membaca entri ini sepenuhnya

P.S: Menangi iPhone hanya dengan menghantar gambar paling ganas anda di pertandingan Axe Most Wanted.

 
Written by AbangNara | March 9th, 2011

jimmy shanley

Pejam celik pejam celik sudah 5 bulan usia kandungan Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy. Satu perkara yang Abang Nara respek dengan Jimmy Shanley ini ialah permasalahan rumah tangganya dijaga rapi. Tak terkeluar langsung punca sebenar keretakan rumah tangga mereka. Sampai sekarang semua orang masih tertanya-tanya punca sebenar pertikaian antara Jimmy dan isterinya.

Untuk mereka yang tidak tahu, Jimmy Shanley dan isteri sudah tidak tinggal sebumbung selepas 20 hari bernikah. Yang terbaru, Jimmy telah memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz. Semua ini dilakukan demi anak di dalam kandungannya. Satu langkah yang baik kerana bercerai atau tidak, anak tersebut tetap memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Kepada Jimmy, Abang Nara doakan agar permasalahan ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Anggaplah ini satu dugaan dan cabaran dalam hidup. Teruskan hidup demi anak di dalam kandungan itu. Abang Nara doakan agar anda berdua tidak bercerai sebaliknya kembali hidup bersama dan bahagia untuk selama-lamanya.

P.S: Kalau anda duduk area Damansara dan ingin masuk gim untuk mendapatkan cara hidup yang lebih sihat, Abang Nara cadangkan sign up dengan Fitness First di Menara Axis, Kota Damansara. Cuma RM29.90 untuk sebulan punya membership. Harga asal ialah RM296.10. Murah gila kan?

Written by AbangNara | March 9th, 2011

nur fazura

Nur Fazura. Bukan sahaja lelaki tetapi kaum wanita pun turut mengkagumi kecantikan duta tebaru Lux ini. Hidupnya sering dipenuhi kontroversi tetapi semua itu mengajar Fazura untuk menjadi lebih tabah. Kontroversi terbaru tak lain tak bukan dakwaan yang menyatakan Fazura menggunakan silikon di bahagian dadanya. Namun semua itu dihadapi dengan tabah dan professional.

Abang Nara makin lama makin suka dengan si Fazura ini. Nampak kematangan cara pemikirannya. Tak cepat melatah. Dan yang paling penting, nampak makin mesra dengan peminat di Facebook Fazura. Di bawah adalah luahan hati terbaru Nur Fazura di dalam Facebooknya. Jangan lupa like Facebook Fazura untuk berinteraksi dengannya.

[note]SYUKUR ALHAMDULILLAH.. TERIMA KASIH YA ALLAH Diatas Segala Limpah Kurnia RezekiMU. Faz terlalu BERSYUKUR Atas SEMUA Keistimewaan, Kebahagiaan, Lindungan serta Rezeki melimpah ruah yang ALLAH kurniakan pada faz. Sayu hati ini bila memikirkan Kasih dan SayangNYA. Apa saja yang kita minta ALLAH kurniakan dan selalunya semua yang TERBAIK. Sorry kalau faz emotional sikit,

Faz agak sedih dan kesian pada diri sendiri sebenarnya. Kenapa orang sentiasa nak fitnah faz.. Sedangkan faz ni kawan pun tak ramai, buat hal sendiri je rasanya, duduk rumah je. Bertambah paranoid nak keluar skrg sebab faz perhatikan, setiap kali ada benda baik yang jadi kat faz, yang faz buat, ada saja orang yg tak boleh terima, ada saja yang kepanasan.

Mereka sentiasa memerhati gerak geri faz dan mencari salah silap untuk dijadikan cerita dan bahan fitnah untuk memburukkan faz, supaya faz nampak jahat dan berdusta. Kalau berdiam diri pun macam-macam cerita orang buat, apa lagi kalau faz ni jenis yang selalu lepak di mamak dan sebagainya. Apa pulak cerita yang direka?

Faz rasa orang sekarang sudah tidak ada hati.. Kerana hasad dengki dan kepentingan diri mampu buat apa saja, tidak kira dosa asalkan puas hati. Kebanyakan orang sekarang juga sudah tidak bertuhankan ALLAH, tapi banyak yang sudah lalai dan lupa diri, taksub dan bertuhankan DUIT, HARTA, PANGKAT dan GLAMOUR.

Berkejar-kejar, Berlumba-lumba, Tapi silapnya mereka ialah mereka juga fikir kita begitu, maka macam-macam lah tuduhan yang dilemparkan sesuka hati. Tapi cukuplah, takde guna faz nak melatah. Faz juga dah maafkan mereka setulus hati. Mudah2an mereka akan diberikan petunjuk oleh ALLAH SWT. ALLAH MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI, MAHA MENGASIHANI DAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA tiada Dua.

Faz berdoa dijauhkan oleh manusia-manusia yang berniat durjana, segala perbuatan fitnah serta niat yang jahat dan faz percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya dan hikmahnya pasti sesuatu yang sangat Baik dan Positive. Hanya masa yang akan menjawab. Mudah2an. Sorry again, kalau faz tiba-tiba emotional.

Going to sleep now. Tomorrow will be a HAPPY DAY for all of us!!! THANK YOU for listening and always being there for faz. Semoga ALLAH memberi segala balasan Kebaikan di dalam dunia sampai akhirat buat semua darling faz yang Prihatin, Caring dan Positive. Faz takkan lupa. THANK YOU for your Unconditional Love and Support.

Again, TERIMA KASIH kerana mendengar luahan hati faz yang emotional di pagi pagi buta ini hehe.. LOVE LOVE LOVE YOU.. Assalamualaikum :)[/note]

P.S: Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk peluang anda memenangi hadiah bernilai lebih RM40,000 bersama Milo Fuze Jam Pack.

Written by AbangNara | March 8th, 2011

gambar syafiqah amanda

Syafiqah Amanda, pelakon tak berapa nak popular lagi, umur baru 19 tahun tapi dah ambil gambar berbasah-basahan. Lisa Surihani dulu masa nak femes pun tak adalah nak amik gambar basah-basah macam nie. Adakah jalan pintas untuk menggapai populariti? Pening kepala dibuatnya.

Lagi gambar Syafiqah Amanda yang mampu menjolok mata anda (risiko tanggung sendiri) dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 20 of 26« First...10...1819202122...Last »