Written by AbangNara | February 19th, 2011

masjid siti nurhaliza

Ini bukannya mendirikan masjid yang berkahwin itu ye. Ini mendirikan masjid yang benar-benar masjid buat. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Datuk K dan Datuk Siti kerana menerusi Yayasan Nurjiwa telah pun berjaya disiapkan dan dirasmikan semalam oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

masjid siti nurhaliza

Masjid ini diberi nama Masjid Al-Khalidiah dan merupakan salah satu impian Datuk Siti dan Datuk K. Abang Nara rasa hanya tinggal 1 lagi impian Datuk Siti yang belum tercapai. Semua orang pun rasanya tahu kot. Semoga impian beliau yang satu lagi itu dipermudahkan dengan terbinanya masjid untuk kegunaan orang ramai ini.

Lagi gambar Masjid Al-Khalidiah dengan membaca entri  ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 18th, 2011

fazura duta terbaru lux

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fazura kerana dilantik menjadi duta terbaru kepada produx LUX. Dan tahniah jugak kepada LUX kerana membuat pilihan yang tepat. Sesungguhnya Fazura sememangnya memiliki wajah elegan dan sangat sesuai untuk memegang peranan sebagai Duta Lux.

Tahniah sekali lagi kepada Fazura. Nampak rezeki Fazura di tahun 2011 awal-awal lagi dah masyuk. Semoga terus dimurahkan rezeki.

Written by AbangNara | February 18th, 2011

Sesungguhnya video ini memang sangat pedas dan perit. Lagi-lagi kalau anda penerbit drama/filem tempatan. Kelakar gila tapi memang betul pun apa yang diperkatakan . Sesungguhnya drama dan filem Malaysia ada kebanyakan adegan-adegan dalam video di atas.

Banyak lagi video-video best daripada brother ini. Sila ushar YouTube Channel dia untuk banyak lagi video yang boleh menggeletek usus anda.

P.S: Lepas tengok video ini pasti anda taknak buang sampah dah.

Written by AbangNara | February 18th, 2011

the azenders

Terkejut beruk dengar gosip yang menyatakan kumpulan Bunkface bakal berpecah. Khabarnya Sam, vokalis Bunkface dah ada kumpulan baru yang diberi nama The Azenders. Manakala ahli kumpulan Bunkface iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot. Sedih sangat kalau Bunkface, salah satu artis Indie yang hebat berpecah.

Apabila ditanya tentang gosip perpecahan kumpulan Bunkface ini, Sam menjawap:-

[note]Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders kerana ia sebuah kumpulan yang baru.Penubuhan The Azenders ini sekadar projek sampingan saya di mana konsep muzik yang dibawakan lebih segar dan lain daripada muzik-muzik yang ada di negara kita. [/note]

Harap-harap Sam dan Bunkface dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Rugi benar kalau kumpulan sehebat Bunkface ini berpecah. Nama pun dah kukuh dalam industri muzik tempatan. Bukan senang nak femeskan kumpulan baru. Bak kata Wonderpet, apa yang penting, kerjasama. Jangan gaduh-gaduh ye. Sumber dari Mstar.

P.S: Jangan lupa dapatkan telefon dan gadjet dengan harga paling berbaloi daripada Celcom Great Sales. Offer sah sehingga 31 Mac ini. Cepat sebelum anda menyesal tak sudah.

Page 9 of 22« First...7891011...20...Last »