Written by AbangNara | February 24th, 2011

daphne iking masuk islam

Terima kasih kepada Jejai dan Redmummy yang telah mengesahkan berita gembira Daphne Iking memeluk Islam. Mereka berdua dengan gaya paparazi terlatih telah bertanyakan keconfirman cerita ini kepada Daphne Iking directly semasa event ABUSE semalam. Anda berdua memang layak jadi paparazi terhebat Malaysia!!!
daphne iking masuk islamDan satu lagi berita yang telah disahkan ialah Daphne Iking sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki Melayu. Semalam Daphne Iking hadir bersama suaminya ke event ABUSE. Identiti suaminya masih tidak dapat dikenal pasti. Tapi gambar lelaki di atas dan di bawah ialah suami Daphne Iking.

daphne iking masuk islam
Tahniah kepada Daphne atas perkahwinan dan selamat datang ke keluarga Islam. Semoga segalanya dipermudahkan.

daphne iking masuk islam

Nama Islam Daphne Iking ialah Dahlia Eleanor Iking. Khabarnya suami Daphne ialah ialah Azmi (Joe), bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Written by AbangNara | February 24th, 2011

heliza helmi cuma aku

Terujanya bila dengar lagu Cuma Aku Heliza Helmi nie. Bukan sebab dia comel ye tapi sebab memang lagu nie best. Lirik, melodi dan suara Heliza memang masuk sangat dengan lagu nie. Abang Nara suka. Untuk pengetahuan, tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja akan tengok video klip Heliza Helmi Cuma Aku kat bawah nie untuk kasik bersemangat sikit:-

Minggu lepas Abang Nara telah pun berjumpa dengan Heliza face to face. Sempat jugaklah berborak sekejap. Kagum Abang Nara dengan semangat businesswoman yang ditunjukkan oleh Heliza. Heliza bukan sekadar ada jual baju sendiri, tapi dah start menjual novel. Nanti Abang Nara akan buat satu entri khas pertemuan Abang Nara dan Heliza. Yang penting Heliza memang sangat mesra dan friendly.

Untuk perkembangan terkini Heliza, sila Like Facebook Heliza Helmi dan follow Twitter Heliza Helmi.

Written by AbangNara | February 23rd, 2011

mizz nina farid kamil

Kalau Noh Hujan tengok gambar Mizz Nina dan Farid Kamil dalam majalah Yezz nie mesti panas membara je. Hehehe. Tapi tak apa, semua ini atas dasar profesionalisme. Ambil gambar je pun. Hati tetap pada tunang yang tersayang. Tak gitu Mizz Nina? Harap-harap Noh tak terasa hati dengan entri ini. Gurau-gurau je pun.

Oh ye, Mizz Nina baru-baru ini telah pun dilantik menjadi duta Jeans Levi’s. Makin murah nampaknya rezeki Mizz Nina. Mungkin rezeki nak berkahwin kot. Korang yang suka Mizz Nina jangan lupa Like Facebook Mizz Nina ataupun follow Twitter Mizz Nina.

Lagi gambar Mizz Nina Dan Farid Kamil Dalam Majalah Yezz! dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 23rd, 2011

stacy akim

Mesra semacam je Abang Nara tengok si Akim dengan Stacy ini. Siap main suap-suap aiskrim Cornetto lagi. Dengar khabar-khabar angin bahawa diorang berdua ini bercinta. Benar atau tidak, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Tapi kalau betul, memang sangat sweet kedua-duanya. Comel dan memang sangat padan sesama sendiri.

stacy akim

Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Akim dan Stacy yang dilantik menjadi Duta Walls Cornetto baru. Sesuai sangat dengan tema “Lafazkannya dengan stail Cornetto”. Dan yang terbaru, Cornetto dah ada perisa baru yang diberi nama Cornetto Royale Mixed Berry. Nampak macam sedap dan lazat pulak namanya.

stacy akim

Kalau korang nak menggunakana artis seperti Stacy, Akim, Ana Rafali, Shila dan Tomok untuk meluahkan perasaan anda kepada si dia yang tersayang, belilah aiskrim Cornetto dan gunakan mata terkumpul daripada penutup aiskrim Cornetto untuk membida artis kegemaran anda. More info boleh klik sini.

stacy akim

Apa pendapat korang kalau betul Akim dan Stacy bercinta? Ok ke Ko?

Page 4 of 22« First...23456...1020...Last »