Written by AbangNara | February 25th, 2011

abpbh2010

Confirm meletup! Itu yang Abang Nara mampu katakan apabila pihak ABPBH2010 mengumumkan yang Kak Engku, Zizan dan Shiera bakal menjadi pengacara ABPBH2010. Kalau tahun lepas cuma ada Kak Engku dan Shiera, kali ini ditambah pulak dengan Zizan. Kalau tahun lepas anda dah gelak guling-guling, kali ini anda pasti akan gelak sampai kejang perut dengan kehadiran Zizan.

Nampaknya rezeki Zizan makin lama makin murah. Orang dah mula nampak kehebatannya semenjak dua menjak ini. Harap dikekalkan sikap sempoi dan lawak yang kelas. Dan semoga selepas ABPBH2010 ini, lagi banyak offer yang Zizan akan terima. Buat yang tak tahu, Abang Nara memang bajet Zizan atau Shaheizy Sam akan menggondol Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2010 kali ini.

Lagi gambar sekitar sidang media ABPBH2010 semalam dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

 
Written by AbangNara | February 25th, 2011

gambar kahwin siti sarah dan shuib sepah

Abang Nara suka betul bila artis-artis kita mendirikan masjid. Lagi-lagi artis yang Abang Nara pernah jumpa. Abang Nara pernah jumpa Shuib Sepah masa pelancaran program Sepah yang terbaru. Memang kelakar orangnya. Tak kering gusi dibuatnya. Dan esok, Shuib Sepah dan Siti Sarah bakal bergelar pengantin baru. Tahniah kepada mereka berdua.

Hatta Dolmat telah pun men”design” baju pernikahan Siti Sarah dan Shuib Sepah. Kalau dah rekaan Hatta Dolmat, confirm kelas gila baju diorang. Pasti akan nampak lebih kacak, cantik dan berseri di hari pernikahan. Abang Nara doakan agar kesemuanya berjalan lancar untuk bakal pengantin baru ini. Kepada Shuib, tarik nafas panjang-panjang sebelum akad nikah ye. You can do it bro.

Lagi gambar Siti Sarah dan Shuib tengah mencuba baju pernikahan mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 24th, 2011

asa 2010

Tup-tup tengah mencari info yang boleh dikongsikan dengan anda semua, tiba-tiba terjumpa beberapa keping gambar artis kita semasa malam Anugerah Sri Angkasa 2010 dan semasa event Rafflesia – Green Cheongsam CNY Celebration. Cantik-cantik artis kita sebenarnya bila kena cara pemakaiannya. Tahniah!

Untuk menghilangkan kekenyangan anda selepas makan tengah hari, Abang Nara kongsikan gambar-gambar ini. Sila baca entri ini sepenuhnya untuk melihat lagi gambar. Oh ye, jangan lupa like Facebook BeautifulNara untuk sembang-sembang kosong yang boleh menggeletek usus anda. Gambar kredit Murai.

 
Written by AbangNara | February 24th, 2011

hilang punca

‘Hilang Punca’ merupakan koleksi lagu-lagu Imran Ajmain, asalnya dari album kedua-nya “Punca Dan Tindakan” yang kini telah dapat sentuhan remix oleh beberapa produser berbeza dari Malaysia dan Singapura. Lagu-lagu ini semua dibenarkan untuk dimuat-turun oleh orang ramai tanda terima kasih atas sokongan peminat kepada album keduanya. Ia menampilkan lagu-lagu ini dengan jadualnya

Selamat Ulang Tahun Sayang – Rafikoncept Remix – 22hb Feb 2011
Selamat Ulang Tahun Sayang – Spacebar Remix – 23hb Feb 2011
Yang Ku Perlu – Boonyi Remix – 24hb Feb 2011
Jika Engkau Pergi – Acoustic – 25hb Feb 2011
Jika Engkau Pergi – Saerah’s Cut – 26hb Feb 2011
Jika Engkau Pergi – Rafikoncept Remix – 27hb Feb 2011
Perjalanan – Maxlane Remix – 28hb Feb 2011
(Elysia) Tak Mungkin – Young Remix – 1hb Mac 2011

Hanya perlu pergi ke: http://bit.ly/hilangpunca dan ikut arahan muat-turun disana. Juga tersedia artwork high-resolution untuk di-muat-turun supaya boleh di-cetak dan di-jadikan CD koleksi peribadi.

Abang Nara dah download 3 lagu yang dah diremixkan dan kesemuanya memang best gila-gila. Korang kena download. Terima kasih kepada Imran Ajmain sebab projek ini. Anda memang marvelous. Jangan lupa follow Twitter Imran Ajmain dan Facebook Imran Ajmain untuk lebih banyak info.

Page 3 of 2212345...1020...Last »