Written by AbangNara | February 7th, 2011

ayu zaquan

Hari tue ramai sangat yang komplen gambar kualiti tak cantik la dalam entri gambar perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan yang korang tak pernah tengok, kali ini Abang Nara dah dapatkan yang gambar kualiti tip-top punya. Kalau korang taknak tengok muka diorang berdua pun, Abang Nara syorkan tengok hiasan garden wedding diorang. Memang terbaik dari ladang. Mana tau dapat idea nak buat majlis perkahwinan sendiri nanti. Tak gitu?

Lagi 29 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada FestivalPengantin.

P.S: Ada Twitter? Buat duit lebih dengan mudah bersama ChurpChurp. Dijamin senang tak hengat!

 
Written by AbangNara | February 7th, 2011

marion caunter

Makin bahagia riak wajah Marion Caunter setelah bergelar isteri kepada SM Nasaruddin. Happy sungguh. Betullah kata orang kalau dah berkahwin nie hidup akan terasa lengkap. Mungkin itu yang sedang dialami oleh Marion. Badan pun nampak dah naik sedikit tanda bahagia.

Lagi gambar Marion Caunter setelah bergelar isteri dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 7th, 2011

watie elite

Aduh. Kesian sungguh Abang Nara kat Watie Elite. Hampir kena strok sebab tekanan sejak kontroversi Angelina anak siapa dikeluarkan oleh Melodi bulan lepas. Mungkin tertekan semua benda datang serentak. Dengar ceritanya teruklah jugak.

[note]Dia  sakit sebab terlalu banyak tekanan. Mata belah kiri dia ada  bekas herot. Dan separuh badan selalu kebas-kebas.  Doktor cakap dia hampir kena strok. [/note]

Buat masa sekarang, Watie sedang menjalani rawatan  perubatan akupunktur untuk mengelakkan rasa  kebas itu. Sakitnya tak terkata, nak-nak bila  menyerang bahagian sendi terutama di kepala,  tangan dan kaki. Watie tak nak merawat guna kaedah biasa sebaliknya memilih rawatan tradisional cina. Katanya, hanya dengan tusukan jarum buat Watie hilang pening  kepala dan kurangkan  kebas yang berbisa.

Sedihlah pulak dengar nasib yang menimpa Watie nie. Abang Nara doakan agar Watie cepat sembuh. Jangan fikir sangat masalah-masalah yang ada. Kalau boleh, selesaikan semua masalah tue secepat mungkin. Jangan biar bertangguh. Kalau bertangguh itu yang tambah lagi stress. Kang takut kena strok betul-betul pulak. Tak gitu?

Written by AbangNara | February 7th, 2011

Abang Nara nak  korang cari satu persamaan antara 3 cara di bawah yang digunakan untuk keep on touch dengan kawan-kawan kita:-

  1. Facebook
  2. Email
  3. BBM/SMS/Skype

Apakah persamaan 3 menatang alah di atas? Jawapannya ialah…. (jeng jeng jeng)

[note] Ketiga-tiga cara perhubungan di atas tidak memerlukan anda berjumpa secara Face to Face dengan kawan-kawan kita [/note]

Itulah masalah dunia sekarang ini. Masalah besar nie. Kita dah terlalu dimanjakan dengan teknologi sampai kadang-kadang kita terlupa nak berjumpa face to face dengan kawan-kawan kita. Meh sini Abang Nara nak ingatkan korang. Online tue online jugak, tapi tak ada yang lebih best selain bergosip dengan member korang secara face to face.

Kalau selama ini korang selalu lepak kat mapley untuk bergosip, kali ini Abang Nara nak cadangkan satu tempat yang lagi best. Segalanya pasti akan indah bersama bila korang melepak kat tempat nie. Tempatnya ialah:-

pizza hut

Sila jangan teruja melihat kekacakan dan ketoughan Abang Nara. Pastikan korang nampak “Pizza Hut” tue. Baru-baru ini Abang Nara telah ke Pizza Hut Subang 2 untuk berjumpa dengan kawan-kawan blogger yang dah lama tak dijumpai. Bukan apa, Abang Nara rasakan Pizza Hut adalah tempat terbaik untuk gelak kuat-kuat, gossip secara berhemah dan catch up info terkini sebab suasananya sangat casual dan relax. Tak percaya? Abang Nara bagi korang ushar sekeping gambar Pizza Hut Subang 2 nie untuk buat korang lebih teruja.

pizza hut

Korang tau tak tagline Pizza Hut yang terbaru apa dia?

[note] Eat, Laugh, Share at Pizza Hut [/note]

Abang Nara suka sangat dengan tagline nie. Semua benda ada dalam tue. Makan  ada, gelak pun ada dan yang penting sharing pun ada. Kata orang sharing is caring. Dan korang tau tak Abang Nara jumpa sapa masa makan kat Pizza Hut Subang 2 nie?

pizza hut

Redmummy atau lebih dikenali sebagai blogger jutawan sejak cerita pasal dia keluar muka depan Berita Minggu baru-baru nie. Kalau Abang Nara jumpa makcik seorang nie, memang tadah telinga ajerlah dengan dia bercerita. Gosip semua keluar. Memang best. Abang Nara memang lebih feel kalau bergosip secara direct. Terasa lebih mesra gitu.

[note]Abang Nara Abang Nara. Saya nak tanya apa benda yang Abang Nara makan kat Pizza Hut tue. Nampak macam lazat je [/note]

Korang nie bab makanan je memang pantas ek. Selain daripada ke”best”an bila dapat duduk bersama di Pizza Hut, makanan yang disediakan pun memang first class. Paling best ialah pizza Ring of Fortune (pizza Seri Emas) yang dilancarkan sempena Chinese New Year. Lazat sehingga menjliat pipi!

pizza hut

Korang nampak je Abang Nara tersenyum girang posing ngan Pizza Ring of Fortune tue. Untuk pengetahuan, 5 minit selepas itu, 4 slice pizza tersebut telah selamat masuk ke dalam perut Abang Nara. Lazat gila!!! Eh sebelum terlupa, korang dah tengok belum iklan Pizza Seri Emas nie? Touching gila~~

Abang Nara bila tengok iklan kat atas tue Abang Nara dah dapat feel  Pizza Hut adalah tempat terbaik untuk melepak bersama dengan kawan-kawan Abang Nara. Bersih, suasana tenang dan makanan dia semua best-best. Antara menu terbaik yang Abang Nara dapat makan di Pizza Hut Subang 2 ini ialah Tripple Platter (ada Oriental Wings atau Honey BBQ Wings, Masala Spin Roll and Criss-Cut Fries yang dihidangkan dengan Cool Lime Mayo). Nie gambar dia.

pizza hut

Sila cover sikit air liur yang terkeluar kerana teruja melihat hidangan Pizza Hut di atas. Banyak lagi yang best-best macam Cheesy Char-Grilled Chicken baked rice, Seafood Marinara Pasta, Mango Puding dan macam-macam lagilah. Kalau korang duduk area Subang, Kota Damansara dan PJ, memang Abang Nara cadangkan korang pergi Pizza Hut Subang 2 untuk mencuba kesemua menu yang ada nie.

pizza hut

Korang tengok tue betapa pelahapnya blogger-blogger bila dapat Pizza Hut. Habis kesemua makanan yang diorder . Memang ganas diorang nie. Abang Nara suka sangat bila dapat lepak-lepak di Pizza Hut dengan kawan-kawan blogger seperti DarkBatman, FourfeetNine, ShaolinTiger, VivyYusof dan ramai lagilah. Awek kesayangan ramai si Hanis Zalikha pun ada. Macam-macam berita terkini pasal blogger dapat diketahui terutamanya dari mulut blogger jutawan kita. Dia memang makcik kepoh.

pizza hut

Walaupun DarkBatman cuba mencuri Honey BBQ Wings Abang Nara, tapi segalanya indah apabila bersama di Pizza Hut. Abang Nara nak cadangkan kat korang hujung minggu nie bawaklah family/awek/pakwe/tunang/ayah/mak korang ke Pizza Hut. Cuba spend masa dengan diorang. Abang Nara pasti korang takkan menyesal punya. Percayalah ~~~

Abang Nara tinggalkan korang dengan gambar Hanis Zalikha yang datang agak lewat tapi sampai-sampai je terus menyerbu ke meja untuk menikmati kelazatan menu terbaru Pizza Hut. Perhatikan eksperessi muka Hanis yang memang dah tak sabar tue. Memang teruja sangat!

pizza hut

More info tentang Pizza Hut boleh ke laman rasmi Pizza Hut dan Facebook Pizza Hut.

P.S: Abang Nara ingat nak buat small gathering kat Pizza Hut Subang 2 nanti. Ada sesiapa nak join?

Page 20 of 22« First...10...1819202122