Written by AbangNara | February 18th, 2011

abpbh2010

Abang Nara baru perasan yang rupa-rupanya Intan Ladyana dan Fauziah Gaus tak tercalon untuk mana-mana kategori untuk Top 5 ABPBH 2010. Disebabkan tajuk entri ini ialah berkaitan dengan Intan Ladyana, maka marilah kita fokuskan terus kepada Intan Ladyana. Adakah dia tak cukup berlakon drama? Adakah dia tak cukup banyak berlakon filem?

Rasanya pada tahun 2010 (macam ayat karangan UPSR pulak), Intan Ladyana dengan gahnya telah membintangi filem Adnan Sempit. Kutipan juta-juta tue. Takkanlah selepas berlakon filem Adnan Sempit pun tak cukup popular? Atau sememangnya Intan Ladyana ini tak ramai peminat?

Cuba kita tengok senarai Top 5 ABPBH untuk Pelakon TV dan Filem Wanita Popular.

F. PELAKON TV WANITA POPULAR
1. Fasha Sandha

2. Lisa Surihani

3. Noorkhiriah

4. Scha Alyahya

5. Tiz Zaqyah

L. PELAKON FILEM WANITA POPULAR

1. Diana Danielle

2. Lisa Surihani

3. Liyana Jasmay

4. Maya Karin

5. Scha Alyahya

Memang kesemua yang tercalon untuk Top 5 kategori ini sememangnya hebat-hebat belaka. Tetapi perlu diingatkan yang ABPBH adalah 100% berdasarkan undian daripada pembaca Berita Harian. Jadi kemungkinan besar ada 2 kesimpulan yang boleh dibuat di sini. Pertama, peminat Intan Ladyana tak suka baca Berita Harian. Dan kedua, Intan Ladyana memang tak berapa nak popular.

Tapi tak apa, kalau ABPBH untuk tahun 2011 ada, Abang Nara doakan Intan Ladyana bakal masuk Top 5. Tapi mutu lakonan kenalah tingkatkan. Jangan berlakon ala kadar je. Bercakap pasal lakonan, Abang Nara suka betul tengok lakonan Fauziah Gaus dalam drama Trilogi Cinta. Memang best. Best betul Rosyam Noor dapat bini cun macam Fauziah Gaus.

Lagi gambar Intan Ladyana untuk tatapan anda yang tidak mengenalinya dengan membaca entri ini sepenuhnya

P.S: Hadiah bernilai lebih RM40,000 untuk dimenangi hanya dengan main game Facebook Milo Fuze. Tunggu apa lagi? Cepat sebelum terlambat sebab tarikh tutup contest ini ialah 9 Mac.

 
Written by AbangNara | February 18th, 2011

top 20 filem malaysia

Seperti yang Abang Nara pernah maklumkan sebelum ini, masih tiada lagi filem Malaysia yang mampu berjaya mengutip RM10 juta. Tetapi kutipan 20 filem Malaysia di atas sememangnya sangat membanggakan. 12 daripada 20 filem ini adalah terbitan MIG dan SKOP Production.

Setakat 9 Februari 2011, filem Ngangkung memegang takhta kutipan filem tertinggi dengan diikuti rapat oleh filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tapi rasanya kalau kutipan ini dikemaskini nanti, kemungkinan besar filem Khurafat boleh memotong filem Ngangkung untuk memegang takhta filem dengan kutipan tertinggi.

Paling menarik ialah adanya 4 filem Senario dalam senarai 20 filem ini. Ternyata hebat jugak kuasa pelawak Senario. Secara ikhlas, Abang Nara tak suka sangat dengan lawak Senario sebab tak berapa kena dengan jiwa. Dan sekalung tahniah jugak kepada Datuk Yusof Haslam kerana filem Sembilu 2 yang ditayangkan pada tahun 1995 masih unggul berada di tempat ke 7.

Adakah anda rasa filem Merong Mahawangsa bakal mencapai kutipan RM10 juta? Kalau anda belum tengok trailer filem Merong Mahawangsa, sila baca entri ini untuk berasa kagum. Atau mungkinkah filem Nur Kasih yang pernah mencipta fenomena dengan dramanya mampu mencecah kutipan angka keramat ini?

Abang Nara tak kisah mana-mana filem yang dapat RM10 juta. Yang penting filem kita wajah kita. Sekian terima kasih.

P.S: Hujung minggu ini apa kata korang eat, share and laugh di Pizza Hut bersama yang tersayang. Confirm rasa bahagia dapat spend masa bersama yang tercinta. Tak gitu?

Written by AbangNara | February 17th, 2011

gambar kyla fairy

Seriously tak sangka ada rakyat Malaysia yang berbibir seseksi Kila Fairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jahangir Khan. Kila adalah anak kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil dan baru berusia 19 tahun. Selain daripada hebat menyanyi, Kila Fairy dah pun menceburi bidang lakonan. Rasanya kemunculan pertama Kila ialah dalam drama Hotel Mania.

Baru-baru ini anak Rohana Jalil ini femes sekejap apabila digosipkan bercinta dengan Yusry KRU. Tapi kedua-duanya dah pun menafikan gosip tersebut. Abang Nara yakin selepas ini lebih ramai yang akan tergoda dengan kecantikan Kila Fairy terutama bab bibir tue. Oh ye, bibir Kila Fairy adalah asli ye. Tak ada suntik-suntik. Tak percaya tengok gambar masa dia bayi di bawah.

gambar kila fairy

Lagi gambar Kila Fairy untuk tatapan anda semua dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Anugerah suami mithali jatuh kepada…

 
Written by AbangNara | February 17th, 2011

Dalam banyak-banyak benda di dunia ini, benda yang paling merisaukan Abang Nara ialah kereta Myvi comel Abang Nara rosak di tengah jalan waktu tengah malam. Kena pulak tempat tue sebelah dengan kubur atau tempat tak banyak kereta lalu-lalang. Seram sejuk dibuatnya. Tiba-tiba semalam Abang Nara tertengok website MilkADeal ada buat offer TERBAIK untuk jadi member AAM.

aam

Hanya RM65 (harga asal RM100) untuk mendapatkan basic memberrship AAM daripada MilkADeal. Apa kelebihan kalau kita amik membership AAM nie?

  • The lowest ever membership fee from a reliable, reputable, established Motoring FRIEND!
  • It’s safe to be prepared & equipped with the AAM Basic Card
  • 24-Hour Breakdown Assistance
  • This is a nationwide deal
  • Free Towing & Minor on the spot repair Service in the Free Breakdown Zones
  • Outside Breakdown Zone claim up to RM200
  • Free Battery Delivery Service
  • Vehicle Inspection & Valuation Service
  • Get updated on motoring news with Drive Magazine

So buat sesiapa yang tak ada AAM membership kad lagi, memang Abang Nara galakkan beli membership AAM dari website MilkADeal. Tak payah kena bayar ratus-ratus lagi kalau kereta anda kena tow. Semuanya AAM akan setelkan.

Page 10 of 22« First...89101112...20...Last »