Written by AbangNara | February 28th, 2011

abpbh2010

Walaupun tarikh keramat 3 April 2011 masih jauh lagi, tetapi bahang ABPBH 2010 sudah mula terasa. Baru-baru ini telah diadakan sidang media untuk mengumumkan penyampai-penyampai trofi dan artis-artis yang bakal membuat persembahan. Seperti yang semua sudah maklum, host pada malam ABPBH2010 ialah Zizan Raja Lawak, Kak Engku dan Sharifah Shahira. Tapi siapa pulak yang bakal buat persembahan?

Yang paling penting sudah tentunya diva kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza akan membuat persembahan di malam kemuncak ABPH2010. Tak ketinggalan Anuar Zain, Altimet, Ana Raffali, Yuna dan ramai lagilah. Memang nak taknak korang kena tengok jugak ABPBH2010 tahun nie. Memang kesemuanya mantap-mantap dan hebat-hebat belaka.

Lagi gambar sekitar sidang media ABPBH2010 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Abang Budiey.

 
Written by AbangNara | February 28th, 2011

drama trilogi cinta

Siapa yang tak pernah tengok drama Trilogi Cinta sila angkat tangan sekarang? Kalau anda tak pernah tengok, maknanya anda terlepas satu drama yang hebat gila. Ini bukan propaganda tapi ini kenyataan. Drama yang diadaptasi daripada novel ini sememangnya superb. Lakonan Fauziah Gaus, Rosyam Noor dan Amyza Aznan memang mantap-mantap gila. Respek!!!

Abang Nara ada tanya-tanya jugak kat Facebook BeautifulNara tentang drama Trilogi Cinta ini. Dan ternyata ramai sungguh pembaca BeautifulNara yang layan drama ini. Bukan itu sahaja, kebanyakan yang tengok drama ini memang pernah baca novel hasil tulisan Sharifah Abu Salem. Bukan 1 novel, tapi 3 buah novel hasil tulisannya dijadikan drama Trilogi Cinta. Hebat kan?

Semalam pulak Abang Nara ada terima email daripada seorang pembaca BUKAN Melayu yang minta Abang Nara promotekan drama ini. Nampak tak betapa hebatnya drama ini sampai penonton bukan Melayu pun layan. Kalau korang belum tengok, drama Trilogi Cinta ini ditayangkan setiap Ahad, Isnin dan Selasa jam 10 malam. So jangan lupa tengok tau.

Apa pendapat anda yang layan drama ini? Best ke tak best?

 

Written by AbangNara | February 28th, 2011

maria farida

Semalam di Pancaindera dan di Bipop semuanya cerita pasal Shah Jaszle, Maria Farida dan Neelofa. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah Maria Farida dan Shah Jaszle dah tak ada apa-apa. Maria Farida dah single balik. Kalau nak ngorat dia silakan. Shah Jaszle single atau pun tidak sukar untuk ditentukan. Neelofa pulak kalau single Abang Nara dah chop untuk buat bini nombor dua nanti. Hehehe

Meh kita dengar apa Maria Farida cakap. Dari pembacaan Abang Nara, rasanya yang menjadi mangsa dalam kes cinta 3 segi ini ialah Maria Farida. Cian dia.

[note]Biarlah ‘dia’ bercakap apa yang dia nak cakap. Saya tak nak terlibat dengan dia lagi, jangan babitkan saya dengan dia. Kami memang sudah putus cinta dan semuanya sudah berakhir, saya tak mahu ada kaitan apa-apa dengan dia lagi. [/note]

Ok dari ayat di atas memang diorang berdua dah clash. Puncanya?

[note]Itu dakwaan yang tak betul. Saya putus cinta dengan dia bukan sebab cemburu buta. Awak nak tahu kenapa kami putus? Sebenarnya saya sudah meluat dengan perangai dia.[/note]

neelofa

Dan bila ditanya bab betulkah Neelofa cakap yang Maria Farida selalu telefon dia untuk bertanya pasal Shah Jaszle, ini jawapan dari Maria Farida.

[note]Alah, pada saya senang saja. Biasalah, budak baru nak naik. Cari kontroversi untuk popular. Kita kenalah faham.[/note]

Memang pedih jawapan dari Maria Farida. Tapi ada benarnya jugak. Shah Jaszle dan Neelofa kedua-duanya baru nak naik nama. Dengan ada kontroversi sebegini barulah dapat promosi free. Dan paling penting, filem Azura 2011 pun dapat free promo. Tak gitu?

shah jaszle

Dan ini pandangan Maria Farida tentang sikap Shah Jaszle. Adakah memang benar Shah Jaszle seorang playboy?

[note]Dulu saya tak percaya nasihat kawan-kawan agar jangan berkawan dengan dia. Kawan-kawan kata sebagai artis baru, sudah tentu dia nak gunakan saya, tapi saya tak dengar kata kawan-kawan. Akhirnya sekarang saya tahu juga, memang betul dia suka kontroversi. Setiap lokasi berlakon, mesti saya dengar cerita dia dengan heroin yang berlakon sekali dengan dia.[/note]

Dan sesungguhnya Maria Farida memang sudah berpatah arang dengan Shah Jaszle. Dia kecewa sebab selama ini dia tak pernah ada kontroversi tetapi disebabkan Shah Jaszle ini, namanya penuh dengan kontroversi murahan.

[note]Saya memang tidak suka dengan kontroversi. Saya seorang artis yang clean sebelum ini. Saya mahu kehidupan saya kembali normal. Tolonglah jangan kait nama saya lagi dengan dia selepas ini. [/note]

Kalau baca kenyataan Shah Jaszle dan Neelofa semalam di Pancaindera dan BiPop, nampak agak pelik sedikit. Abang Nara tak dapat nak copy paste kat sini sebab dah terlalu panjang pulak artikel ini nanti. Korang pepandailah baca. Abang Nara tak tahu siapa yang bercakap benar, tapi instict Abang Nara cukup kuat untuk menyokong Maria Farida.

Apa yang Abang Nara nak simpulkan ialah, janganlah cuba menjadi popular dengan mencipta kontroversi sebegini. Jadilah popular kerana anda memang berbakat dan menyerlah dalam apa jua bidang yang anda ceburi. Kalau popular macam ini, peminat tak suka. Makin benci adalah. Tak gitu?

Written by AbangNara | February 27th, 2011

perut aishah sinclair

Perut yang bertulis “No HIV Inside” ini adalah milik Aishah Sinclair. Gambar ini diambil semasa Aishah sedang mengandung bersempena dengan kempen AIDSAware. Sangat kreatif idea daripada Aishah Sinclair. Kami kagum dan respek dengan apa yang sanggup dilakukan untuk memberi kesedaran orang ramai.

Tapi itu masa perut Aishah Sinclair sedang mengandung, sekarang ini dah macam mana pulak?

perut aishah sinclair

Amik kau slim gila beb! Macam anak dara umur 18 tahun. Memang awesome gila. Hebat dan cepat sungguh proses pengurusan berlaku kembali kepada Aishah Sinclair. Respek dan tabik spring. Confirm laki tak cari lain.

perut aishah sinclair

Kalau rasa nak tengok gambar artis-artis lain di kempen AIDSAware ini, sila pergi ke blog RunWitMe ye. Ada Jojo Struys, Yasmin Hani dan ramai lagilah.

Page 1 of 2212345...Last »