Written by AbangNara | January 28th, 2011

diana danielle clas dengan farid kamil

Ok Abang Nara tau tak berapa elok untuk meraikan perpisahan antara Diana Danielle dengan Farid Kamil. Tapi Abang Nara tak kira. Bagi can kejap kat Abang Nara untuk berkata:-

[note] Yaaaaaaaaaaaaabeeeeeeeeeeeeedaaaaaaaaaaaaaaabeeeeeeeeeeeeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu[/note]

Oh jap sebelum apa-apa kita tunjukkan bukti dulu.

dd clash farid kamil

Abang Nara mewakili jutaan lelaki nak ucapkan terima kasih kepada Farid Kamil kerana meng”dump” Diana Danielle. Kini peluang kami lebih cerah untuk memetik hati Diana Danielle. Ada orang kata Farid Kamil dump Diana Danielle sebab perangai dia yang kebudak-budakkan. Tapi Abang Nara tak kisah, Abang Nara lagi suka orang perangai cam budak-budak. Cute apa.

Berikan kata-kata semangat ataupun tolong promote Abang Nara di Twitter Diana Danielle dan Facebook Diana Danielle.

Written by AbangNara | January 27th, 2011

fasha sandha kena ugut

Abang Nara memang tak boleh betul kalau ada orang nak cederakan mana-mana perempuan. Tak kena dengan jiwa pencinta wanita ini. Terasa macam tak kena. Perempuan perlu dibelai dan dimanja. Bukannya dicederakan. Cian kat Fasha Sandha kena ugut.

fasha sandha kena ugut

Tapi ini kes lain. Bukan lelaki yang nak cederakan perempuan. Ini perempuan yang nak cederakan perempuan. Berat kes ini. Nasib baik sekadar SMS ugutan sahaja. Kalau dah betul-betul pergi cederakan siapa yang malu?

Kadang-kadang rasa malu kalau perempuan bergaduh sebab lelaki. Macamlah kat dunia ini ada sorang je lelaki. Perempuan gaduh penat-penat, tapi yang lelaki tak amik port pun. Entah-entah tengah tersengih sebab jadi jejaka rebutan. What a world ~~

Written by AbangNara | January 27th, 2011

fasha sandha

Hari ini Fasha Sandha sudah mula mengeluarkan bukti-bukti SMS, BBM dan phone call di Twitternya. Nampaknya Fasha beria benar nak menunjukkan bahawa dia dan Jejai hanya clash pada 18 Januari yang lalu. Bukan 2 bulan sebelum ini seperti yang dikatakan oleh Nora Danish.

fasha sandha

Pendapat kami, bagus jugak Fasha buat macam ini. Walaupun nampak macam agak kebudakan, mungkin dengan cara sebegini, orang takkan pandang rendah atau ingat Fasha propa lebih. Tak gitu?

fasha sandha

Kredit gambar kepada RotiKaya.

Written by AbangNara | January 27th, 2011

Mari kita mulakan entri ini dengan menonton video tarian Zaquan dan Ayu Raudhah semalam di majlis resepsi anjuran FestivalPengantin dan SetelKahwin. Tersangatlah sweet couple ini. Dan semalam buat kali pertama, Abang Nara dapat melihat pasangan pengantin ini face to face. Siap ambil gambar lagi.

Dan sesungguhnya Zaquan memang handsome. Ayu Raudhah pun tersangatlah cantik. Kedua-duanya memang bak pinang dibelah dua. Memang sangat sesuai. Oh ye, majlis resepsi semalam diraikan oleh FestivalPengantin yang di co-owned oleh SetelKahwin dan Dirich Vision. Kalau korang nak kawin boleh pergi website FestivalPengantin untuk maklumat lanjut.

Cuba tengok pelamin malam semalam kat video bawah nie. Super cun kan?

Dan Abang Nara sempat menyendeng untuk mengambil berkat daripada kedua pengantin ini.

abang nara

Lagi gambar sekitar majlis malam resepsi Ayu Raudhah dan Zaquan Adha semalam yang dianjurkan oleh FestivalPengantin dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Aplikasi Kahwin Ikut Bajet Aku dari SetelKahwin kini telah hit the RM1 million mark in business transaction and dah bantu sebanyak 228 vendors mendapatkan jobs secara percuma. Kalau anda ada buat business kahwin atau nak cari barang kahwin, sila pergi ke SetelKahwin. Kesemuanya PERCUMA.

 
Page 5 of 30« First...34567...102030...Last »