Written by AbangNara | January 28th, 2011

siti nurhaliza

Tengok kulit muka Datuk Siti Nurhaliza, terus Abang Nara menyanyi lagu M.Nasir:-

[note] Yang tulus yang mulus, yang mulus yang kudus[/note]

Mulus gila kulit Datuk Siti. Kalau pakai SimplySiti boleh dapat kulit secantik Datuk Siti, hari nie jugak Abang Nara pergi beli. Jeles tak ingat dah nie.

Oh ye, Twitter Datuk Siti Nurhaliza yang tak sampai sebulan dibuat sudah pun mencecah 12 ribu follower. Tak lama lagi cecah 20 ribu la tue. Korang kena follow sebab Tweet Datuk Siti sangat comel. Korang tak akan sangka Datuk Siti akan tulis macam tue.

Lagi gambar kemulusan kulit wajah Datuk Siti dengan membaca entri ini sepenuhnya. Semua gambar dicilok dari Twitter Datuk Siti Nurhaliza.

 
Written by AbangNara | January 28th, 2011

diana danielle

Kalau dalam artikel sebelum ini, punca perpisahan Farid Kamil dan Diana Danielle dikatakan kerana sikap kurang matang (macam budak-budak) Diana Danielle. Tapi nampaknya Diana Danielle dah keluarkan statement di Twitternya.

[note]Salam. Tak masuk akal orang kata FK “dump” saya kerana sikap tak matang kerana yang buat keputusan untuk putus ialah saya. [/note]

Nah sekarang sudah terjawap segala persoalannya. Bukan FK dump DD. Tapi DD dump FK. Mungkin ini jalan terbaik untuk mereka berdua. Lagipun DD pun masih muda. Tak perlu kot bercinta lagi. Tumpukan perhatian kepada kerjaya dulu lagi ok kot. Tak gitu?

Oh kalau DD membaca ini, jangan segan-segan nak call Abang Nara di 014-123456789. Hehehehe.

Written by AbangNara | January 28th, 2011

david teo

Rumah, wang tunai, kereta dan macam-macam lagilah bonus yang diberikan oleh David Teo, bos MIG nie. Best gila kalau kerja ngan David Teo. Macam-macam dapat. Tahniah kami ucapkan kepada David kerana sudi berkongsi kejayaan dengan pekerja-pekerjanya. Inilah baru dipanggil bos contoh.

Lagi gambar sesi pemberian hadiah daripada David Teo kepada pekerja-pekerjanya dengan membaca entri ini sepenuhnya. Jangan lupa saksikan David Teo dalam Raja Lawak 5 hari ini pukul 9 malam.

 
Written by AbangNara | January 28th, 2011

yuna inspired

Setelah begitu lama mengintai dari tirai kamar, akhirnya kelmarin Abang Nara bertentang mata juga dengan Yuna. Abang Nara kecewa kerana Yuna lebih tinggi dari Abang Nara. Apa ke pendek benar diri ini. Tapi hakikatnya mungkin Yuna pakai kasut tinggi itu yang Abang Nara nampak pendek semacam je.

Sila jangan buat gosip Abang Nara pergi mengorat Yuna. Sebenarnya Abang Nara pergi ke pelancaran Yuna Inspired. Apakah itu Yuna Inspired? Basically akan ada kamera krew yang bakal ikut Yuna 24 jam untuk mengetahui hidup Yuna. Menarik kan? Dan paling best nanti akan ada contest untuk cipta lagu bersama Yuna. Pemenang nanti akan dibawa ke sebuah konsert khas.

Oh ye Yuna dah pun mengakui yang Qi adalah lelaki yang paling istimewa dalam hidupnya. Kiranya Yuna dah mengaku yang Qi adalah pakwenya la. Satu pengakuan yang bagus. Tak perlu nak berdolak-dalik kalau dah betul-betul sayang. Peminat zaman sekarang tak kisah sangat bab-bab cinta nie. Yang penting lagu best. Tak gitu?

Yuna Inspired dibawakan oleh Digi, Canon, Malaysia Airlines dan Astro Hitz. Abang Nara walaupun tak kenal Yuna secara mendalam tetapi Abang Nara tetap bangga dengan kejayaan Yuna. Daripada Youtube kini Yuna sudah pun menjadi seorang penyanyi yang ada brandnya yang tersendiri. Tahniah Abang Nara ucapkan. You deserved it.

Ikuti Twitter Yuna dan Facebook Yuna atau lawat laman web Yuna Inspired untuk lebih info tentang program ini. Lagi gambar sekitar pelancaran Yuna Inspired yang diproducekan oleh Jojo Struys dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Eman.

 
Page 4 of 30« First...23456...102030...Last »