Written by AbangNara | January 22nd, 2011

gambar resepsi ayu raudhah zakuan adha

Minggu ini kami keluarkan gambar-gambar perkahwinan Ayu Raudhah dan Zakuan Adha ajerlah. Yang kali ini katanya gambar majlis resepsi mereka berdua. Kami suka dengan baju Ayu Raudhah. Cantik semacam. Baju Zaquan pulak sememangnya menyerlah kehensemannya. Kredit gambar kepada Facebook Asmady Ahmad.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Ada gambar Rozita Che Wan kali nie.

 
Written by AbangNara | January 22nd, 2011

gambar persandingan ayu raudhah zaquan adha

Memang cantik menarik tertarik betullah majlis persandingan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah nie. Bunga lawa, pelamin sempoi, hiasan cantik dan baju memang da bom betul. Terima kasih kepada Piccalasso yang sudi berkongsi gambar-gambar sekitar majlis persandingan Zaquan dan Ayu Raudhah untuk tatapan pembaca BeautifulNara.

Lagi gambar hari bahagia Ayu Raudhah dan Zaquan dengan membaca entri ini sepenuhnya. Oh ye untuk pengetahuan, Rozita Che Wan turut hadir di majlis adiknya ini.

 
Written by AbangNara | January 21st, 2011

gambar kahwin ayu raudhah zaquan adha

Terima kasih kepada rakan kami di Piccalasso yang sudi menghantar gambar-gambar majlis perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha di Alor Setar. Memang terbaik gambar dari Piccalasso nie. Kalau anda nak kahwin dan masih tak jumpa photographer, kami cadang anda gunakan perkhidmatan mereka.

Mereka berdua selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua pihak. Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Lagi gambar sekitar majlis pernikahan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | January 21st, 2011

adira stacy

Kalau dulu bila Datuk Siti masih bertanding untuk ABPBH, setiap tahun confirm Datuk Siti akan menang untuk kategori Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH. Tak ada orang lain dah. Kiranya kalau korang masuk bertanding untuk kategori nie, korang dah boleh tahu dah yang korang akan kalah awal-awal. Begitu sekali kehebatan Datuk Siti Nurhaliza.

Tapi itu cerita dahulu. ABPBH2010 kali ini tiada lagi Datuk Siti. Maka keputusan pemenang bagi kategori Penyanyi Wanita Popular nampaknya tidak boleh dijangka lagi. Ini 5 mereka yang tersenarai sebagai Top 5:-

1. Adira
2. Ana Raffali
3. Alyah
4. Stacy
5. Yuna

Kesemua 5 mereka ini memang meletup punya. Kalau suruh undi, memang tak tahu nak undi siapa. Adira pun hebat, Yuna pun hebat. Alyah pun not bad jugak. Stacy memang bergabung meletup. Ana pun baru menang AJL25. Memang pening kepala dibuatnya untuk menjangkakan siapa yang akan menang.

Untuk suka-suka, mari kita undi secara online siapakah yang anda rasa akan menang kategori ini:-


Undi online undi jugak. Jangan lupa beli Berita Harian dan hantar undian korang tue. Undian andalah penentu segalanya.

Page 10 of 30« First...89101112...2030...Last »