Written by AbangNara | January 31st, 2011

rakyat malaysia di mesir

Gosip-gosip jugak, perkembangan semasa kena ambil tahu. Barulah orang kata kita nie tak hanya pandai bergosip. Tak gitu? Abang Nara nak ajak anda semua doakan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir. Semoga dipermudahkan urusan menghantar mereka pulang ke Malaysia.

Rasanya semua orang tahu apa yang sedang terjadi di Mesir. Malah ada perkhabaran kononnya ada rakyat Malaysia yang dirogol akibat kejadian banduan berjaya lari dari penjara. Kesahihan berita ini masih sedang cuba disahkan. Buat masa ini, kita doakan agar semuanya selamat belaka.

Untuk anda yang ingin mengetahui maklumat terkini tentang keadaan rakyat Malaysia di Mesir, sila Like Facebook Page Selamatkan Pelajar Kita Di Mesir dan lawati blog Krisis Mesir.

Semoga semuanya selamat belaka untuk rakyat kita di sana.

Written by AbangNara | January 31st, 2011

showcase urusan aizat amdan

Sabtu lalu, Abang Nara telah berjaya meloloskan diri untuk ke showcase urusan Aizat Amdan di Auditorium Bentley, Kota Damansara. Sebelum konsert bermula, sempat jugak berborak-borak dengan orang kuat showcase ini. Katanya pihak pengurusan sangat terkejut konsert showcase ini habis dijual macam goreng pisang panas. Dan buat peminat Aizat yang lain, jangan risau sebab dengar ceritanya bakal ada showcase yang lebih besar selepas ini.

Dan pendapat Abang Nara terhadap showcase ini satu je. Fantastik, bombastik dan segala “tik” yang lain lah. Sound system terbaik, suasana showcase terbaik. Paling penting, suara Aizat memang terbaik. Sedap gila wei. Rileks ajer Aizat nyanyi 16 buah lagu tanpa berhenti dengan banyaknya. Abang Nara bagi 8 bintang daripada 10 untuk showcase ini.

Antara artis lain yang turut datang ke showcase Aizat ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Noh Hujan dan Mizz Nina. First time Abang Nara dapat tengok Datuk Siti betul-betul depan mata. Memang cun melecun tahap diva. Dan semestinya Datuk K pun hensem jugak. Tabik kepada Datuk Siti yang sanggup datang selepas penat seharian di Bandung.

Buat Aizat, tahniah daripada kami atas kejayaan showcase ini. Semoga anda terus sukses di masa hadapan. All the best.

Written by AbangNara | January 31st, 2011

ariel peterpan

Bukan nak menyokong Ariel, tapi nampak sangat tak adil bila Ariel sorang je yang kena penjara. Yang si Cut Tari dan Luna Maya yang turut berseronok tue tak kena apa-apa pulak? Ini dah diskriminasi seksual nie. Tak gitu?

Ini bacaan hukuman yang dijatuhkan kepada Ariel. Agak tak faham jugak. Sesiapa yang ada belajar law sila terangkan kepada Abang Nara:-

[note]Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari. [/note]

Sepatutnya Cut Tari dan Luna Maya pun kena sumbat masuk penjara jugak sebab diorang pun terlibat dalam pembuatan video-video tersebut. Apa pendapat korang?

Written by AbangNara | January 31st, 2011

ixara adam af

Siapa sini tak kenal dengan Ixara Dewi Remaja? Kalau tak kenal mungkin anda ingin mengenali si cantik manis ini dengan membaca entri gambar Ixara, naib Juara Dewi Remaja 2010. Abang Nara tak bertanggungjawap sekiranya anda jatuh cinta dengan Ixara. Bukan salah Abang Nara ye. Hehehe.

Semalam Abang Nara menerima satu email daripada pembaca yang menyatakan dia nampak kemesraan antara Ixara dan Adam AF semasa di Karnival Karangkraf. Bila Abang Nara tengok gambar-gambar posing Ixara nie, nampak jugaklah kemesraan tue. Mungkin diorang berdua ada sesuatu kot. Baguslah kalau macam tue. Adam AF pun bukan muda sangat pun.

Lagi gambar Ixara dan Adam AF2 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Ketahui apa makna sebenar sihat dengan mengambil Nestle Profiler Test hari ini.

 
Page 1 of 3012345...Last »