Written by serenity | December 10th, 2011

Seperti yang kita semua tahu, tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Tapi seperti tahun sebelumnya, tahun ini tidak kurang dengan kontroversi. Kami telah melihat statistik isu untuk tahun ini, berdasarkan entri yang mempunyai hits dan komen yang terbanyak, serta isu-isu lanjutan yang timbul berkenaan kisah tersebut. Ini ialah senarai top 10 isu pada tahun ini yang telah kami kumpulkan, dengan tidak mengikut urutan:-

  1. Khairul Fahmi Che Mat – Elia – Dalia Teck
    • Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan ini telah melangsungkan pertunangan dengan penulis Blog, Armie Harmelia atau Elia pada bulan Mei. Pada penghujung minggu bulan Julai khabar yang hubungan mereka telah renggang mula hangat diperkatakan, dan awal Ogos, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek mengumumkan pertunangannya dengan  Elia telah putus atas sebab-sebab yang tidak mahu diberitahu olehnya. Kisah ini terus menjadi hangat apabila pihak tertentu menyebarkan gambar-gambar mesra Khairul Fahmi dengan dua orang gadis iaitu Nur Dalia Bijuri dan Shida Harmi, dan seorang penulis blog bernama Ahkak Puaka pula menceritakan sebab sebenar Khairul Fahmi memutuskan pertunangan, dan sebab-sebab ini disahkan oleh Khairul Fahmi melalui Nur Dalia yang turut diakui sebagai kekasihnya pada bulan September. Apa pun, sama ada anda suka dia atau tidak, Apek sememangnya pemain bola sepak yang cemerlang.
  2. Perkahwinan Norman Hakim – Memey Suhaiza  dan Majlis Promosi Rafflesia
    • Ramai yang tidak sukakan pasangan ini kerana kisah tangkapan khalwat mereka yang menyebabkan perceraian Norman dengan isteri pertama, pelakon dan penyanyi Abby Abadi sekitar tahun 2008. Mereka telah mendapat ‘tajaan’ majlis resepsi yang diberitahu bernilai RM 12 juta tahun ini, tetapi majlis ini telah dikritik oleh chef selebriti, Chef Wan yang merupakan tetamu majlis dan orang ramai kerana ‘indah khabar dari rupa’ dan majlis itu pula banyak menampilkan ciri-ciri yang tidak bersesuaian dengan tuntutan agama Islam dan adat budaya tempatan.
    • Kakak kepada Norman Hakim juga telah mengkritik orang ramai yang dikatakan ‘dengki’ dan ‘cemburu’ pada adiknya di MyNewsHub, dan orang ramai juga membalas kritikan tersebut dan penggunaan bahasa Inggeris wanita itu. Memang hangat!
  3. Kisah Perkahwinan Syella Kamaruddin dengan lelaki yang tidak mahu dinamakan
    • Syella Kamaruddin mendakwa majlis perkahwinannya bernilai RM 15 juta tanpa tajaan dan mendapat hantaran kereta Audi R8, tetapi Tan Sri Musa Hassan telah difitnah pula sebagai suaminya kerana ada sedikit iras wajah dengan lelaki yang dikatakan suami Syella. Tan Sri Musa bagaimanapun telah tampil dengan penegasan yang dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang pada penulis blog yang  memfitnah itu.
    • Wakil penjual sah kereta Audi di Malaysia pula menafikan terdapat jualan terbaru kereta Audi R8 dan mempersoalkan keraguan pada kenyataan Syella yang kereta Audi miliknya masih belum sampai.
    • Syella akhirnya meminta agar dia tidak diganggu lagi kerana sudah terlibat dalam industri.
  4. Kisah Konflik Jimmy Shanley dan Isteri
    • Jimmy Shanley pada mulanya tampil kepada media dengan kenyataan demi kenyataan tentang perkahwinannya, dan akhirnya isterinya pula tampil membuat kenyataan tentang Jimmy yang dikatakan memukulnya dan dia hendak menuntut fasakh. Jimmy mendapat kritikan kerana menceritakan kisahnya pada media dan status terbaru kes mereka akan dibawa ke mahkamah syariah .
  5. Isu Muat Naik Gambar Fida Nampak Rambut Oleh Mamat Sepah
    • Pasangan ini mula bercinta selepas Mamat memutuskan percintaan dengan Adda Butterfly. Bagaimanapun, gambar Fida menampakkan rambut sewaktu bercuti di Singapura dengan kawan-kawan telah dimuat naik oleh Mamat ke Facebook, khabarnya tidak sengaja muat naik dan tidak sengaja tangkap gambar kerana tidak memakai cermin mata. Fida menyalahkan Mamat 100 % atas kejadian tersebut dan memutuskan hubungan dengan Mamat .
  6. Pakaian Seksi Fasha Sandha di majlis pelancaran Majalah Lisa, pakaian seksi Miera Liyana di majlis Rafflesia dan Zarina Anjoulie di FHM Indonesia
    • Isu ini memang ada saja saban tahun. Ada saja selebriti perempuan yang tampil dengan pakaian menjolok mata dan dalam sekelip mata saja dikenali. Fasha Sandha tampil ‘bareback’ di majlis pelancaran sebuah majalah, Miera Liyana menampakkan side-boobs di majlis promosi Rafflesia dan muncul seksi di majalah-majalah manakala Zarina Anjoulie pula muncul dengan pakaian hampir separuh bogel di FHM Indonesia. Kami sekalikan saja isu-isu ini kerana pada dasarnya, ia isu-isu yang sama.
  7. Isu Gambar Nanu Baharuddin Dengan Anjing Comel
    • Nanu Baharuddin telah bergambar dengan anjing comel peliharaannya dan mengundang kritikan pelbagai pihak. , Walau bagaimanapun. tuan punya diri senyap sahaja.
  8. Isu Klip Video Prema Yin “Marilah!” arahan Gambit Saifullah
    • Gambit Saifullah selaku pengarah klip video muzik, Prema Yin selaku pelakon dan penyanyi serta Shahz Jaszle sebagai pelakon lelaki telah mendapat kritikan kerana klip video yang menampilkan tarian ghairah dan pakaian seksi. Isu dihangatkan lagi apabila Gambit menggelar penulis blog sebagai anjing. Kenyataan-kenyataan Gambit mungkin telah menyebabkan kutipan rendah untuk filem Karipap-karipap Cinta lakonannya, walaupun ia menerima reaksi yang baik dari pengkritik-pengkritik filem dan merupakan filem pertama arahan Othman Hafsham setelah 20 tahun tidak mengarah.
  9. Isu Abby Abadi Dengan Wartawan Bernama Amira
    • Isu ini hangat dikomen dan Abby Abadi sendiri telah tampil di ruangan komen blog ini untuk menerangkan sebab dia membela dirinya. Ramai yang simpati dengan Abby tetapi ada juga yang mengkritiknya kerana sering bercerita hal peribadi di Facebook dan blog. Apa pun, Abby Abadi telah moved on. Dia muncul di Karnival Jom Heboh minggu lepas dan kelihatan ceria.
  10. Konflik Izreen Azminda dengan Johan As’ari
    • Mula-mula Izreen menceritakan yang dia makan hati dangan sikap Johan As’ari sejak berlakon dalam drama Cinta Elysa. Johan mendakwa mereka kawan rapat sahaja dan Izreen tidak ada sebab untuk ‘makan hati’. Isu menjadi semakin hangat apabila Izreen mengeluarkan bukti yang mereka pernah bercinta dan Johan berkata akan melangsungkan pertunangan dengannya. Johan tetap mendakwa mereka hanya kawan dan dia tidak ingat tentang apa yang diperkatakan oleh Izreen. Kalau tonton program Galaksi TV9 tentang isu ini, lebih hangat lagi bila masing-masing berbalas kenyataan secara berdepan (walaupun Izreen mengelak untuk memandang muka Johan). Kini masing-masing membawa haluan sendiri.

Akhir sekali, walaupun sudah bertahun senario yang sama, industri hiburan memang tidak sunyi dari dihambat kontroversi. Pada pendapat anda, apakah isu yang paling hangat tahun ini? Sila undi:-

40 responses to 2011 Highlights: Kontroversi Dan Gosip Panas Sepanjang Tahun

  1. cik ann says:

    biasaa

    0

    0
    • gosheep says:

      Khairul Fahmi skrg mendahului !!

      0

      0
      • sofea says:

        Abang Nara, kisah rumah tangga aktres jelita rita rudaini dan pemain bola sepak kebangsaan aidil zafuan x ada ke..?? pada saya kisah rumah tangga dioranglah yg paling popular sepanjang tahon ni tau..!

        0

        0
        • Jojo says:

          Isu paling hangat of course la isu pasal si jantan penipu, lupa diri, tak sedar diri si apek tu, “adik angkat” si betina perampas dalia teteck dan si malang elia…

          0

          0
        • elia gemok says:

          malang kononnnnn. perangai elia sangat hazab, pendendam, kaki kikis, perasan artis, pefeeling lindungan kaabah, pastu nak control aset apek, padahal baru bertunang je. adik beradik guna apek untuk kaut untung. bila ada fan perempuan sms apek, call dorang pastu maki2. memang dasar tak tahu malu.

          memang layak kena tinggal.

          pastu meroyan x sudah2. tambah lagi apek baru dapat 30k dan akan dapat kunci umah banglo yang dia mahu tukar pada nama dia tu. lagilah teruk dia meroyan.

          0

          0
        • nno says:

          SEMUA PUN PUNDEKKKKK…..AHLI NERAKA SEMUA

          0

          0
        • satu je yang abang Nara lupa : INSTAGRAM TIZ ZAQYAH! BAHAHAHHAHAHAHAHAHHA!

          0

          0
    • Selitone Cold says:

      ~weh… cuba ngko (Nara) tukar tajuk entry ni daripada:

      “2011 Highlights: Kontroversi Dan Gosip Panas Sepanjang Tahun”

      kepada

      “2011 highlights: Kisah Rumah Tangga, dan Masalah Peribadi serta Displin Panas Sepanjang Tahun”

      Baru SENTAP sket kalau nak komen… hahaha…

      P/S; Sedang Bercuti di rumah mentua. Segan lak nak bergossip depan adik-adik ipar. Hahaha….

      0

      0
    • Aku bukan nerd says:

      marilah mari.. pergi mengundi..
      jgn lupa kewajipan pada beautiful nara.. hahah..

      0

      0
    • Lol sad says:

      Paling kontroversi sebenarnya Isu Memey Suhaiza & Norman Hakim tu!!!!….

      0

      0
  2. fia says:

    paling kurang berkenan, kisah KFCM, elia n Dahlia Teck. bosan :(

    0

    0
  3. Queenie says:

    tak nak vote sbb semua terlalu PANAS PANAS PANAS!! argh

    0

    0
  4. Yuki says:

    2nd!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Ape la yg jadi kat Jimmy Shanley sekarang ek?

    Sian dia

    Bila tgk rancangan 24-7 kat Astro Ria, rindu Trek Selebriti zaman Jimmy Shanley dulu
    Suka dgr dia ketawa, ceria!!

    0

    0
  5. aku says:

    chef riz tak masuk ke? yg pasal cv masterchef. hangat gak

    0

    0
  6. chochet says:

    nak comment jugak. paling bodo ialah issue mamat dgn fida. hahahaha fida dah tayang rambut nak salahkan org lain. bodonyeee

    0

    0
  7. bukan artis says:

    Semua gosip/kontroversi kat atas ni membuktikan bahawa artis/pemain bola juga manusia biasa.Tidak lari daripada membuat kesilapan,jadi tak payalah nak puja2 sangat diorang tuh.

    0

    0
  8. Nurul Ain says:

    sick of KFCM & Dalia Teck!!

    0

    0
  9. meeradiana says:

    semua kontrolversi kat atas ni xde yg mdatangkan kebaikan kat artis tu..
    semua buat malu dorg sendiri jer..hmmee..

    0

    0
  10. mamat poyo says:

    ade lg laa nara oi…

    isu nabila huda comolot…
    jelani sidek menggatal..
    berita yusri n lisa surihani nak kawen 2012…
    n paling hot skali

    ABG NARA PROMOT NAK BENTI ROKOK…HAHAHAHA~

    0

    0
  11. cikgu murni says:

    jom hayati gerhana bulan malam ni drp melihat gerhana industri hiburan yg semakin parah..

    0

    0
  12. hungry bird says:

    cian kt khairul fahmi..smpai bersara awl…merajuk!!

    0

    0
  13. hungry bird says:

    cian apek…smpai nk bersara..merajok!!!

    0

    0
  14. nuna says:

    isu yuna kene pulangkan award pun hangat juga.

    0

    0
  15. Emmy says:

    Forget all that.

    What’s up with uncleseekers predicting that Afdlin Shauki is gonna pass away soon?

    Check out his website.

    That is totally uncalled for.

    0

    0
  16. Electric says:

    Leave KFCM and Dahlia also Jejari runcing(?) alone. Bukan artis pun? Lagi pula, dorang kan muda lagi. Biasalah tu.

    0

    0
  17. Jah says:

    isu fasha sanda vs nora danish da tamat ke?

    0

    0
  18. Jengkaut says:

    Isu aku bercerai dgn lisa surihani xde?

    0

    0
  19. Noname says:

    Si elia tu je yg perasan bagus…. Aku kenal die kot… Perasan artis,kengkonon popular, kaki kikis, perangai cam bosia!! Tudung ko tu buat tutup perangai je la… Tapi dari hujung sambut sampai hujung kaki cm harammm!!!, ex die member aku… Elia tu dah takde dara dah… Member aku dah TRY die dah… Huhuhuh

    0

    0
  20. paling kontroversi ialah Neelofa mahu membelanja makankan skuad Harimau Muda supaya dapat bergandingan dengan Nazmi. ohhh…

    0

    0
  21. abg long iv says:

    gosip abg long ngan taylor swift x panas ker..
    jubir al jubur..u sensasikan la citer i ni sampai panas

    0

    0
  22. Padahal, berdasarkan yang saya tahu, memang banyak orang yang lulus murni saat itu, termasuk adik kandung saya sendiri.

    0

    0
  23. TT says:

    Mengumpat,mengata, mengaib…itu lah beautiful nara..

    0

    0
  24. AkuCintaMu says:

    Ada orang sangat bangga bila menyebarkan gambar separuh bogel para artis, berita buruk mengenai artis dan seumpamanya.. dia tak tahu kot bahawa pekerjaan dia tu menjana jumlah dosa yang terlalu banyak macam sistem piramid MLM.. tambah² di kaca tv dan alam siber.. ~copypastedr Syahirul.com~

    0

    0
  25. gue says:

    Wow, superb blog layout! How long have you been blogging for? you made blogging look easy. The overall look of your site is fantastic, let alone the content!. Thanks For Your article about 2011 Highlights: Kontroversi Dan Gosip Panas Sepanjang Tahun | .

    0

    0
  26. reserve says:

    Wow, incredible blog layout! How long have you been blogging for? you made blogging look easy. The overall look of your site is wonderful, let alone the content!. Thanks For Your article about 2011 Highlights: Kontroversi Dan Gosip Panas Sepanjang Tahun | .

    0

    0