Written by AbangNara | December 29th, 2010

shaheizy sam

Kalau pagi tadi kami dah kongsikan 10 fesyen red carpet paling pelik 2010, kali ini kenalah kongsikan dengan anda fesyen yang mantap-mantap pulak. Fesyen yang paling kami suka sudah tentu fesyen berani daripada Shaheizy Sam nie. Nampak ada karismanya yang tersendiri. Agak pelik tetapi still nampak kacak bergaya. Tak gitu?

Lagi 10 fesyen red carpet paling mantap 2010 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit sepenuhnya kepada Murai.

 
Written by AbangNara | December 29th, 2010

red carpet 2010

Tahun 2010 menyaksikan pelbagai event dianjurkan di dalam dunia hiburan Malaysia. Setiap kali ada event besar, maka adalah red carpet untuk para artis kita menunjukkan fesyen mereka. Kali ini kami paparkan 10 fesyen red carpet paling pelik yang digayakan oleh artis Malaysia pada tahun 2010.

Pemenangnya tak lain tak bukan ialah Didie Alias dan Enot di gambar kat atas tue. Lady Gaga pun confirm kagum dengan kehebatan mereka berdua meniru gayanya. Sampai kami pun confuse dan pelik macam mana Lady Gaga boleh tersesat kat Malaysia. Kelas gitu ~~

Lagi gambar 10 fesyen  red carpet paling pelik 2010 dengan membaca entri ini. Kredit sepenuhnya kepada Murai.

 
Written by AbangNara | December 28th, 2010

astro media prima

Dulu kami pernah keluarkan luahan hati seorang pembaca tentang TV3 dan mendapat ratusan komen daripada anda semua. Rata-rata semuanya bersetuju dengan apa yang diluahkan terutama bab cerita Indonesia yang terlalu banyak ditayangkan di TV3.

Hari ini kami terima lagi satu email. Kali ini luahan si pembaca berkaitan dengan sikap rakyat Indonesia yang kurang ajar sehingga memalukan Malaysia. Sambil-sambil itu, sedikit nasihat telah ditujukan kepada Astro dan Media Prima. Mungkin Marlisa (si penghantar email) mahukan syarikat penyiaran Malaysia memboikot segala karya Indonesia disebabkan sikap kurang ajar rakyat Indonesia ini.

Ikuti luahan hati Marlisa di bawah:-

[note]Salam

Nama saya Marlisa. Actually saya nak buat luahan perasaan tentang syarikat penyiaran di Malaysia. Saya sangat tak berpuas hati tentang Media Prima dan Astro. Mereka ni buta atau pekak?? Mereka tak pernah dengar rungutan rakyat Malaysia?? TOLONG HENTIKAN PENYIARAN CERITA, LAGU ATAU APA-APA SAHAJA TENTANG INDONESIA! Saya amat kesal kerana Media Prima mahupun Astro tak mengendahkan rungutan orang ramai.

Semalam hanya kerana bola sepak, Malaysia menjadi Trending Topic di Twitter! We hate Malaysia, Malaysiacheatlaser. Dan media di Indonesia mengatakan team Malaysia memakai dukun! Ramai artis yang saya follow mereka mendapat cacian dari rakyat Indonesia di Twitter terutamanya Tiz Zaqyah, Yuna, Sharifah Sofea dan ramai lagi saya rasa. Even saya pun terkena jugak. Tolong la Abang Nara. Tolong bukakan mata semua syarikat penyiaran di Malaysia

Saya pernah melancong di Indonesia saya tak nampak pun 1 filem or drama Malaysia di sana. And lagu pun 1 haram pun saya tak dengar. Tapi orang Malaysia still pasang lagu or cerita Indonesia. Import la mana-mana cerita luar Negara janji jangan Indonesia. Saya rasa cerita Korea amat berkualiti untuk ditonton. Itu hanya pandangan saya sahaja.
Oklah setakat ini sahaja luahan saya. Sekian terima kasih. [/note]

Apa pendapat anda? Wajar atau tidak Astro dan Media Prima boikot segala produk keluaran Indonesia untuk  menunjukkan tanda tidak bersetuju terhadap apa yang rakyat Indonesia telah lakukan?

Written by AbangNara | December 28th, 2010

Buat peminat dan para wartawan semua, tontonlah video penjelasan Shahir tentang kehilangannya di atas. Diselitkan jugak penafian Shahir tentang gosip yang katanya dia memintak bayaran untuk pergi photoshoot. Semua itu dusta belaka kata Shahir. Apa pun, welcome back kepada Shahir.

Apa pun pesanan kami ialah, menyanyi menyanyi jugak, kesihatan harus dijaga. Kalau tak sihat macam mana nak nyanyi kan? Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Malaysia boleh!!!

Page 3 of 2712345...1020...Last »