Written by AbangNara | December 1st, 2010

filem ngangkung

Hebat gila. Walaupun tak sehebat filem 2 Alam yang sehari sudah dapat kutipan RM2 juta, filem Ngangkung kini sudah pun cecah RM3.2 juta dalam masa 6 hari. Filem terbaru lakonan Shaheizy Sam nie nampaknya memang pecah panggung dalam erti kata pecah panggung yang sebenarnya. Kami tak tengok lagi filem ini tapi dari apa yang kami dengar, memang lawak gila.

Ada sesiapa yang dah tengok filem Ngangkung nie? Sila share dengan kami pendapat anda pasal citer nie. Mana tau makin ramai yang pergi tengok lepas membaca komen anda. Time inilah nak membantu filem tempatan yang betul-betul bermutu. Tak gitu? Apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dengan filem Ngangkung atas kejayaan ini.

Written by AbangNara | December 1st, 2010

diana danielle unicef

Kalau anda selalu baca Harian Metro, pastinya setiap hari anda akan terbaca kes-kes penderaan kanak-kanak yang sangat melampau. Kadang-kadang sedih jugak hati ini bila dapat tahu ada kanak-kanak comel yang diseterika, dicucuh dengan puntung rokok dan macam-macam lagilah. Tak sangka ada manusia berhati binatang yang sanggup berbuat sedemikian. Kejam sungguh mereka ini.

Dan kami sangat teruja apabila mendapat tahu UNICEF dan ramai artis tempatan sedang menjalankan kempen “Say No To Child Abuse”. Ini satu langkah yang sangat baik dan patut disebarkan. Salah seorang artis yang terlibat dalam kempen ini ialah si comel Diana Danielle. Walaupun belum ada anak lagi, DD sangat supportive untuk membanteras penderaan kanak-kanak.

Kalau kita dera kanak-kanak sekarang, pastinya mental diorang akan terganggu. Merekalah bakal pemimpin masa depan. Kalau kecik-kecik lagi mental dah rosak, macam mana pulak bila dewasa nanti. Marilah bersama-sama kita menyokong kempen UNICEF ini. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila ke website UNICEF.

Lagi gambar Diana Danielle di kempen “Say No To Child Abuse” dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 27 of 27« First...2324252627