Written by AbangNara | December 21st, 2010

marion caunter

Semalam kami menerima sepucuk email daripada seorang pembaca bertuah yang dapat menghadiri majlis perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasarudin. Bacalah email darinya dan semoga segala kekusutan yang ada di dalam hati anda semua terlerai.

[note]Banyak tetamu VVIP hadir termasuk Dr.Mahathir dan Isteri, Najib..Muhyiddin dan ramai lagi menteri-menteri yang hadir. Resepsi perkahwinan memang grand. Boleh dikatakan wedding of the year. Kesemua ahli keluarga pihak lelaki hadir. Tak macam gosip cakap abang dia bengang. Tidak. Mereka semua berada disana cuma gambar beliau tidak disiarkan sahaja.

Kesemua ahli-ahli kontestan The Biggest Loser tahun ini pun bertuah dapat jemputan dari Marion dan mereka semua hadir di majlis perkahwinan di Mandarin Oriental. Di majlis tersebut, SM dan Marion juga mengaku yang SM Nasa ialah BOYFRIEND pertama Marion. Semua pun tak sangka. Itu pasalnya tak pernah ada gosip Marion dengan laki lain. Kepada semua kaum musliman yang berhasat dengki dengan Marion dengan mengatakan dia kaki cukur,mata duitan. NASA sendiri berkata di majlis perkahwinan yang beliau menyukai Marion kerana dia baik hati, lemah lembut dan serius semasa bekerja.

Tidak pernah selama 5 tahun dalam hubungan mereka,Marion meminta NASA membeli apa-apa atau kereta free! Di mana semua orang pun ketawa.Marion kenal NASA sebelum Nasa jadik CEO lagi la. NASA sendiri tahu menilai siapa yang nak duit atau sukakan dia kerana beliau. Jadik kawan-kawan kat luar tu, ucapkan kebahagiaan kepada mereka berdua dan jangan tabur fitnah semata-mata. Jangan la..mempersoalkan agama Marion. Cinta tak kenal bangsa la woi.[/note]

Lagi gambar sekitar majlis resepsi Marion Caunter dan SM Nasarudin dengan membaca entri ini sepenuhnya. Gambar kredit GUA.

P.S: Dah ada anak nanti, harap-harap SM dan Marion tak jadi macam nie time jaga anak.

 
Written by AbangNara | December 21st, 2010

Kepada pengguna-pengguna Nokia, sila download Ovi App BeautifulNara.com di sini untuk memudahkan anda melihat update-update terkini dari kami. Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru.

Written by AbangNara | December 20th, 2010

biografi sudirman

Cerita banyak tak guna, kalau anda tak mengenali atau mahu betul-betul mengenali siapakah itu Allahyarham Sudirman Arshad, pastikan anda melekat di Astro Channel 731 sebentar lagi tepat jam 9 malam. Astro bakal tayangkan susur galur kehidupan seorang penghibur terkemuka Asia.

Al-Fatihah kepada arwah.

P.S: Comel gila eskalator nie.

Update: Sedikit fakta menarik yang dikongsi melalui Twitter BeautifulNara semasa menonton biografi sebentar tadi:-

1. Sudirman meninggal dunia pada umur 37 tahun
2. 3 tahun lepas menang penghibur terbaik asia,sudirman meninggal dunia
3. Perghhhhh.gile ramai org tgk konsert chow kit sudirman.100 ribu tu
4. Sudirman adalah penyanyi tempatan pertama menyanyi di hilton paddock
5. Album pertama #sudirman terjual lebih 30 ribu unit pada tahun 1977
6. Sudirman pandai melukis dan menulis
7. Filem kami mendapat kutipan ala ala filem 2 alam.
8. Kekasih #sudirman namanya kamariah atau digelar dgn nama kay (selamat menjadi isteri dan bercerai)
9. Trivia #sudirman amik jurusan undang undang kat UM
10. Trivia. #sudirman ada ibu tiri

Written by AbangNara | December 20th, 2010

Baru-baru ini kami ada sharekan gambar Neelofa, pemenang Dewi Remaja 2010. Nampaknya ramai yang terpegun dan terpesona dengan kecantikannya. Memang layak bergelar Dewi Remaja 2010. Dan hari ini, kami ada terima beberapa lagi keping gambar Neelofa yang dihantar oleh pembaca BeautifulNara.

Walaupun kami ini boleh dikategorikan agak buta seni, tapi kami tengok gambar-gambar yang Neelofa tangkap ini agak menyeramkan. Mungkin tema masa sesi fotografi ini ialah gothik. Itu yang lain macam dia punya make up.

Lagi gambar Neelofa dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 10 of 27« First...89101112...20...Last »