Written by AbangNara | December 31st, 2010

selamat tahun 2011

365 hari bakal berlaku. Cepat sungguh masa berlalu. Seperti angin yang bertiup. Sudah tentu 2010 banyak kenangan untuk anda dan untuk kami jugak. Ada yang kenangan best, ada yang kenangan sampah dan ada yang kenangan tak ada rasa. Apa pun kita ambil semuanya jadikan teladan dalam hidup.

Malam ini sambutan tahun 2011 akan diadakan secara besar-besaran di Malaysia. Nak celebrate boleh tapi janganlah sampai mabuk dan accident. Kang tak pasal-pasal mati di tahun baru. Orang lain bersemangat sambut tahun baru, kita pulak mati di tahun baru. Tak ke sedih tu?

Azam 2010 dah tercapai ke belum? Kalau belum tak apa. Kita sambung azam tersebut di tahun 2011. Selamat tahun baru semua. Semoga 2011 membawa lebih erti dalam hidup kita.

Written by AbangNara | December 30th, 2010

Untuk makluman anda semua,bagi pengunjung yang bakal menghadirkan diri ke Karnival Pengantin pada 31 Disember sehingga 2 Januari 2011,anda perlulah mendaftarkan diri secara online sebelum menghadiri karnival bagi memudahkan anda daripada pilihan mendaftarkan diri pada hari karnival selain menjimatkan masa dan lebih praktikal.

Bagi yang telah berdaftar secara online,anda hanya perlu sertakan nombor telefon anda semasa proses akses masuk untuk memperolehi cop masuk. Lebih mudah dan pantas.

Pendaftaran adalah percuma :)

Sila klik link dibawah untuk proses pendaftaran online yang cukup mudah dan cepat :) Jumpa anda disana!

http://www.facebook.com/setelkahwin?v=app_4949752878&ref=ts

BANNER


Peta ke Stadium Melawati Shah Alam

stadium melawati shah alammap

Klik sini untuk lihat map di Google

Written by AbangNara | December 30th, 2010

Semalam selepas meraikan kemenangan Malaysia bergelar juara Piala AFF Suzuki, Abang Nara pun berjalan-jalanlah di dunia siber untuk meraikan kemenangan. Tiba-tiba Abang Nara terfikir satu idea yang bernas. Abang Nara nak tukarkan caller ring tone handphone Abang Nara kepada lagu “Malaysia Boleh”. Maka dengan pantasnya Abang Nara terus masuk website Channel X.

channelx

Abang Nara terus terkagum sekejap. Rupanya website Channel X nie dah berwajah baru. Nampak smart gila-gila punya. Nampak lebih segar dan lebih remaja gitu. Memang sesuai untuk orang yang berjiwa muda macam Abang Nara nie (walaupun umur sebenar dah agak tua). Tiba-tiba Abang Nara ternampak sesuatu yang menarik dalam website Channel X nie.

channelx

“What Is Your Music Personality?”. Nampak macam menarik boleh tahu apa jenis muzik yang Abang Nara suka. Selama nie Abang Nara layan semua jenis muzik. Dangdut pun layan sambil membuat goyangan gerudi. Lagu omputih pun boleh jugak nyanyi sikit-sikit. Dan semestinya Abang Nara suka dengan lagu Dato’ M. Daud Kilau. Dengan rasa teruja, Abang Nara klik banner tersebut dan dibawa ke “website What Is Your Music Personality?” nie.

channelx

Kali ini Abang Nara bakal tahu apakah jenis personaliti muzik diri ini sebenarnya. Mari kita cuba jaya benda ini.

channelx

Oooo. Dia tanya Abang Nara berapa banyak Abang Nara suka lagu Eminem ngan Rihanna nie. Ala lagu rap “Love The Way You Lie” tue. Tipulah kalau korang tak tahu kan? Disebabkan Abang Nara memang minat kat Rihanna, maka abang Nara pilih 4 sebagai jawapan. Kira dah habis suka la tue.

channelx

Alamak dia tanya suka ke tak lagu “I Need You Now” nie. Ish-ish. Ada ke tanya soalan macam nie. Confirmlah Abang Nara akan pilih 5 sebagai jawapannya. Memang suka bangat dengan lagu sentimental macam nie. Kata dalam hati ada taman. Tak gitu?

channelx

Maka pilihan lagu terakhir yang diberikan ialah lagu Tik Tok dari Keisha. Lupa nak bagitau yang personaliti muzik kita akan ditentukan melalui 3 pilihan lagu. Abang Nara tak suka sangat lagu Tik Tok nie. Macam lagu kat disko je. So Abang Nara bagi 2 je kat dia. Maka marilah kita tengok apakah personaliti muzik Abang Nara ~~~ Jeng-jeng ~~

channelx

Yes ~~~ Rupanya Abang Nara seorang budak Indie. Patutlah Abang Nara memang layan lagu Bunkface, Hujan dan Yuna. Jiwa ini jiwa Indie rupanya. Tak ku sangka sungguh. Tambah menarik, application What Your Music Personality nie ada suggestkan lagu-lagu yang mungkin sesuai dengan jiwa Indie Abang Nara.

channelx

Inilah masanya untuk korang semua check apakah muzik personaliti korang. Mungkin selama ini korang ingat korang nie mamat/minah rockers ataupun mamat/minah heavy metal. Tapi sebenarnya dalam hati korang ada tersembunyi jiwa sentimental. Hanya dengan menggunakan application What Is Your Music Personality inilah baru korang boleh tahu apa yang tersimpan di benak hati korang tue. Korang jugak boleh try application nie kat Facebook time bosan-bosan.

Jangan lupa yang anda semua boleh download Wallpaper, Caller Me Tones, Ringtones dan Screensaver. Semuanya ada di website Channel X. Tunggu apa lagi. Serbu sana sekarang jugak ~~~

Written by AbangNara | December 30th, 2010

Nah video yang bakal menjadi sejarah dalam bola sepak Malaysia. Video highlight Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF Cup. Tahniah kepada Safee kerana menjadi Top Scorer Tournament. Tapi agak tak berpuas hati sebab MVP(Most Valuable Player) dimenangi oleh pemain Indonesia. Sepatutnya Muslim atau Fahmi yang lebih layak menang.

Hari ini nak buat entri pasal bola je sebab semangat tengah berkobar-kobar nie. Sila jangan marah.

Page 1 of 2712345...Last »