Written by AbangNara | November 25th, 2010

keputusan abpbh2010

Baru ingat tahun nie nak beli suratkhabar Berita Harian banyak-banyak dan undi Datuk Siti Nurhaliza untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke 13 (ABPBH 2010), tup-tup semalam dia mengumumkan yang dia takkan bertanding lagi untuk ABPBH. Kami sangat menghormati keputusan Datuk Siti yang menarik diri di kala kemuncak. Satu langkah yang bijak.

[note]Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu. Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila.[/note]

Dan sesungguhnya Datuk Siti sedar bahawa dia tidak akan kekal di atas selama-lamanya. Suatu hari nanti pasti akan datang seseorang untuk menggantikan dirinya. Bagi kami, penarikan diri Datuk Siti sangatlah gentleman. Kami yakin Datuk Siti ingin memberi peluang kepada muka baru untuk memenangi ABPBH 2010 kali ini. Tak best jugak kalau tiap-tiap tahun pun muka dia je kan yang menang?

Maka dengan ini, kami meneka bahawa Yunalis Zarai akan menggondol Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010. Tahun ini nampak seperti tahun Yuna. Kalau Yuna tak menang pun, mungkin Faizal Tahir. Atau mungkin Aizat. Susahnya nak buat tekaan sebab semua pun hebat-hebat belaka.

Apa-apa pun, untuk mengetahui update terkini tentang ABPBH 20109, sila layari laman web ABPBH atau Facebook ABPBH ataupun Twitter ABPBH. Tahniah kami ucapkan kepada penganjur ABPBH 2010 sebab nampak lebih IT kali ini. Oh ya, esok borang undian untuk ABPBH 2010 akan dikeluarkan di Berita Harian. So jangan lupa beli Berita Harian untuk mengundi artis feveret anda.

Written by AbangNara | November 25th, 2010

zizan raja lawak bercinta dengan juliana evans

Kami nak tukar daripada menjadi sebuah blog gosip kepada blog cari jodoh. Semenjak dua menjak ini, kami tengok ada kemesraan antara Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans di Twitter. Mungkinkah bibit-bibit cinta sudah berputik? Kalau tak berputik pun, kami nak putikkan jugak sebab kami rasa diorang berdua nie memang sangat sesuai.

zizan raja lawak bercinta dengan juliana evans

Kami tahu ramai wanita-wanita dan lelaki-lelaki di luar sana yang mengidamkan kekasih seperti Juliana Evans dan Zizan. Kecantikan Juliana Evans sudah tentu mampu mencairkan hati para pria dan kelawakan Zizan memang menambahkan lagi kemachoannya. Tak gitu?

zizan raja lawak bercinta dengan juliana evans

Sila undi kalau anda sokong Zizan Raja Lawak mengorat si cantik Juliana Evans. Kami mahukan pendapat anda. Adakah mereka sesuai untuk dicouplekan? Undi sekarang jugak!!!


Written by AbangNara | November 25th, 2010

paula malai ali

Paula Malai Ali yang satu ketika dahulu pernah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah (Tengku Kudin) pada tahun 2002 kini telah pun disahkan mengandung 6 bulan dengan suami barunya. Tahniah kami ucapkan. Kehadiran bayi lelaki ini adalah hasil perkahwinan kedua Paula Malai Ali dengan lelaki Mat Saleh yang bernama Sam. Sam adalah seorang produser untuk program The Biggest Loser.

Kami doakan kebahagian Paula Malai dengan kehidupan barunya. Sesungguhnya Paula Malai Ali memang salah seorang wanita yang hot di mata kami. Walaupun sudah berumur 36 tahun, masih maintain body bergetah macam anak dara. Semoga semuanya selamat sehingga waktu kelahiran kelak. Khabarnya due date adalah 3 Mac 2011.

Lagi gambar Paula Malai Ali yang kami carik di Internet untuk tatapan anda selepas ini. Kredit info kepada Soleha yang menghantar email kepada kami.

 
Written by AbangNara | November 25th, 2010

kutipan filem 2 alam

Izinkan kami membetulkan usus perut kami yang sudah terburai akibat terkejut melihat jumlah kutipan filem 2 Alam selepas seminggu tayangan. Untuk makluman, filem 2 Alam mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010. Seperti yang anda semua nampak, kutipan filem 2 Alam sekadar mencecah RM230,000. RM1 juta pun tak sampai ada hati nak kutip RM40 juta.

Oh, tapi kami agak kepelikan sebab rasanya kami ada terbaca yang kenyatan Dr Rozmey yang kutipan hari pertama 2 Alam adalah RM2 juta. Siapa kencing siapa nie? Takkanlah Finas tersilap kira kot. RM230,000 dengan RM2 juta jauh lari tue. Atau sebenarnya sekretari Dr Rozmey yang tersilap bagi jumlah kutipan kat Dr. Rozmey?

Tapi satu bab kami respek ialah kejayaan Dr. Rozmey untuk mendapatkan 83 wayang seluruh Malaysia untuk menayangkan filem 2 Alam ini. Kalau tengok kat gambar di atas, filem Adnan Sempit pun sekadar ditayangkan di 61 wayang. Hebat tak hebat jugaklah ayat Dr Rozmey sampai boleh pecah rekod untuk dapatkan filem paling banyak ditayangkan di pawagam Malaysia.

Dan sesungguhnya kami sangat sedih melihat filem Krayon yang sekadar mengutip RM28,000 sahaja. Hmm. Tak tahu mana silapnya sebab dari apa yang kami dengar, filem ini lebih bagus dari filem 2 Alam. Mungkin promosi tak ada kot.

Apa pun, kita tunggu apa kata Dr. Rozmey pasal kutipan filem 2 Alam nie. Tak sabar la pulak nak tunggu statement dia.

P.S: Anda sekarang boleh “LIKE” dan “DISLIKE” komen orang lain di ruangan komen. Kadang-kadang akan keluar “this comment is hidden due to low rating” tapi anda masih boleh tengok komen tue. Cuma perlu tekan kat komen tersebut. Nanti komen tersebut akan keluar. Harap faham. Thanks.

Page 4 of 23« First...23456...1020...Last »