Written by AbangNara | November 1st, 2010

mizz nina

Tengok gambar cover majalah Mizz Nina kat atas. Dah? Then tengok gambar cover majalah Rozita Che Wan pulak
rozita che wan

Tahniah kami ucapkan kepada Mizz Nina sebab dari pandangan mata kami, Mizz Nina lebih sopan berbanding dengan RCW.

P.S: Apa pendapat korang pasal lelaki Malaysia? Adakah benar lelaki Malaysia tak “hot” macam yang Mizz Nina cakap kat atas tue?

Written by AbangNara | November 1st, 2010

undian

Disebabkan hari ini semua cerita-cerita berat yang keluar, kami mahu merilekskan otak anda sedikit. Jom kita undi siapakah yang paling merah menawan di antara 4 orang awek ini. Sukar jugak untuk membuat pilihans sebab masing-masing ada kekuatan dan kecantikan mereka sendiri. Tapi kalau kami mungkin akan pilih Yuna sebab keayuannya bertudung gitu.

Siapa pilihan anda? Undi di bawah dan kalau rajin tinggalkan sebab apa anda mengundi artis tersebut.


Written by AbangNara | November 1st, 2010

erra fazira dan engku emran

Pening kepala kami dengan berita-berita artis sekarang ini. Kalau tak cerai, mesti cerita putus tunang atau pun pergi mahkamah sebab nak mintak cerai. Paling pening apabila baca BiPop semalam yang menyatakan rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran pun tengah bermasalah sekarang. Dalam hati kami terus berkata “Biar betik, katakan ini semua dusta belaka”.

Tak terfikir langsung kami tentang kegoyahan rumah tangga Erra dan Engku Emran boleh berlaku. Mana taknya, selama ini kami rasakan mereka berdua antara suami isteri yang paling loving dan caring sangat. Lagi-lagi dengan kehadiran Aleesya sebagai penyeri rumah tangga diorang. Nampak sangat-sangat bahagia dan sangat-sangat sempurna kehidupan mereka bertiga.

Tapi semalam dalam Bipop ada khabar angin yang bertiup kencang macam tsunami kat Indonesia yang menyatakan Erra dan Engku Emran telah pergi ke pejabat agama untuk menghadiri sesi kaunseling. Ditambah pulak dengan kelibat Engku Emran yang tak kelihatan langsung semasa Erra terlibat dengan teater Tun Mahathir. Itu yang menguatkan lagi khabar angin tentang kegoyangan rumah tangga mereka berdua.

Dengan hati yang ikhlas dan berharap sangat, kami harap khabar angin ini hanyalah khabar angin semata-mata. Kami taknak melihat lagi lagi kes penceraian antara artis-artis kita. Cukuplah untuk tahun 2010 ini. Dah terlalu banyak artis bercerai. Bak kata orang tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Cubalah bawak berbincang. Fikirkan masa depan anak-anak.

Written by AbangNara | November 1st, 2010

gambar kekasih baru qasha nabil raja lawak

Oh, oh dan oh sekali lagi. Nampak mesra sungguh Nabil Raja Lawak bersama dengan gadis di dalam gambar di atas. Menurut si pengirim email, gadis tersebut bernama Qasha (nama sebenarnya ialah Uqasha), kakak kepada pelakon Zaris Nellydia yang hangat dengan drama Ahmad Durrah. Mungkinkah gadis ini yang menjadi punca perpisahan Nabil dan Irma? Kami tak berani nak spekulasi tetapi kemesraan mereka berdua memang agak terserlah di situ.

Dan kami akui si Qasha ini memang menarik, cantik dan agak seksi. Mungkin itu yang membuatkan Nabil tertarik kepada Qasha. Rasanya kita tak perlu tunggu lama kerana pastinya Nabil akan keluarkan statement mengenai hubungannya dengan Irma. Harap-harap pihak wartawan yang bertanya soalan nanti boleh tolong tanyakan siapakah si Qasha ini di mata Nabil.

Lagi gambar Nabil bersama Qasha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Terkejut beruk dapat tahu pemandu bas kemalangan Genting tak ada lesen memandu bas.