Written by AbangNara | November 4th, 2010

saluran radio bumi kenyalang

Kami respek dan kagum dengan keprihatinan Astro untuk menerapkan elemen tempatan dan memahami kehendak penduduk negeri Sarawak yang mahukan sebuah saluran radio yang memainkan lagu tradisional dan tempatan negeri mereka. Akhirnya pada 31 Oktober 2010 baru-baru ini, Radio Bumi Kenyalang telah dirasmikan oleh YB Dr. Rais bin Yatim. Kini semua rakyat Sarawak sudah dapat menghyati keunikan lagu-lagu tempatan mereka di Saluran Astro 870.

saluran radio bumi kenyalang

Saluran Radio Bumi Kenyalang ini bakal beroperasi selama 24 jam dengan memainkan lagu-lagu dari muzik tempatan dan etnik tradisional negeri Sarawak. Selain itu para penyampai Radio Bumi Kenyalang jugak akan mempromosi keunikan budaya kaum etnik di Sarawak serta tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi jika anda ingin melawat Sarawak. Tambah uniknya, penyampai Radio Bumi kenyalang akan turut menggunakan loghat Sarawak semasa ke udara nanti.

saluran radio bumi kenyalang

Tahniah kepada Astro sekali lagi kerana prihatin dengan kehendak rakyat negeri Sarawak. Dan kepada rakyat Sarawak, anda nak tunggu apa lagi? Bukak Astro anda sekarang dan silalah layan Saluran 870 untuk Radio Bumi Kenyalang.

Update: Sori tadi tersilap tulis. Saluran Radio Bumi Kenyalang ialah 870 bukannya 807. Sori ek

Written by AbangNara | November 4th, 2010

luahan hati peminat nabil raja lawak

Semalam kami ada menerima satu lagi luahan hati seseorang yang meminat Nabil Raja Lawak. Kami dapat fahami ke”frust”an si dia yang menghantar email ini. Tentunya kecewa dengan kontroversi perpisaanh Nabil dan Irma dan terkeluarnya gambar Nabil bersama Qasha. Korang baca ajerlah luahan hati peminat Nabil Raja Lawak ini.

[note]LU pIKIRLAH sendiRI…! saya ingat kamu sangat bijak…bijak dalam melontarkan idea2 yg bernas..bijak menjaga diri kamu..bijak menilai & bijak menjaga hati peminat2 kamu…tapi sebenarnya kamu sangatlah hampeh..hampeh spt hampagas..cuma menyedut habuk2 kotor & xmeluahkan..kamu makan sendiri semua sampai menukarkan diri kamu mjadi debu seperti itu…apa dh jadi pada kamu? kamu mensia2kan bakat & anugerah yg Allah beri…kamu xreti mensyukurinya dengan erti kata yang sebenar…

Benarlah spt kata orang, peluang yg datang cuma sekali dan seharusnya kita kena menggunakan peluang yang ada dengan sebaik2nya… jangan menidakkan lagi kebenaran..semuanya telah terbukti…kamu telah LUPA DIRI…kesiannnn..itu yg mampu saya katakan pada seorang insan yang saya sangat suka..yg seringkali menceriakan idup saya dengan lawak jenakanya…

Tapi kini tidak lagi..saya sudah tidak suka pada kamu..saya sudah menci sama kamu..saya sudah menyampah & meluat pada kamu…kalaulah saya boleh bertemu kamu sudah pasti saya akan menampar2 kamu & menyumpah2 kamu….huh.. (sgt emo saya kan…? )

Saya tak tahu kenapa kamu mensia2kan peluang yg ada depan mata.. :'(

DULUU…saya ingat lagi…saya tgk muka kamu saya sudah gelak…bkn gelak sikit2..tapi besar2…belum lagi kamu bersuara…bila ada lawak2 sengal kamu, ketawa saya terus meledak lagi…meriuhkan satu rumah…pada saya kamu sangat berbakat..pakej yang kamu ada (saya tidak memandang pd paras rupa,maksud saya kebaikan pada ibu bapa,org sekeliling.

Sikap tulus & jujur kamu pada mulanya tuu…) telah membuatkan hati saya sangat tertarik…apa saja karektor kamu yg sengal semua saya tonton…semasa kamu dalam kemelut masalah saman-menyaman saya sentiasa menyokong kamu, saya tahu kamu tak salah, kamu dipihak yg benar kerana kamu sangat jujur..jujur dlm mmberi pandangan dari hati kamu sendiri..saya sangat percaya kamu pada ketika itu..sangat percayaaa….

Kenapa kamu sanggup menghancurkan kepercayaan saya…KENAPA?? WHY?? TERGAMAK KAMU…?? OWHHHH…saya sangat kesal menyukai kamu…kamu sangat sudah LUPA DARATAN..kamu telah terkena KEJUTAN BUDAYA…yg sangat saya bimbang satu masa dlu telah terjadi pada diri kamu..saya ingat kamu bukan sebahagian dari mereka…kenapa kamu meniru & mengikut mereka…

INSAFLAH wahai adikku…masa belum terlambat..kembalilah ke pangkal jalan..betulkan apa yg salah…kembalilahhhh…Allah masih sayangkan kamu..percayalahhh…

peminat yg fras…

[/note]

Written by AbangNara | November 4th, 2010

diana danielle uniqlo

Akhirnya semalam, semasa majlis pelancaran gedung membeli belah Uniqlo di Malaysia, kami telah pun berjaya bertentang mata dengan Diana Danielle. Dari mata turun ke hati, lirikan manja mata Diana Danielle terus membuatkan kami cair di red carpet Uniqlo. Hampir-hampir kami terpaksa diberikan CPR akibat tenungan tajam mata Diana Danielle.

Oh ya, kami percaya di saat anda membaca artikel ini, sudah beribu-ribu orang sedang beratur untuk mencuba nasib memenangi 5 pasang tiket penerbangan percuma ke Tokyo. Kesemuanya bersempena dengan grand opening Uniqlo pada hari ini. Kami tak dapat datang disebabkan kerja yang bertimbun di office. All the best untuk semua yang sedang beratur. Kalau baik hati belikanlah sepasang dua jeans Uniqlo untuk diri ini.

Lagi beberapa keping gambar Diana Danielle di red carpet Uniqlo untuk tatapan mata anda. Maaf kalau kualiti gambar tak berapa elo disebabkan tangan menggeletar semasa mengambil gambar si cantik manis ini. Untuk lebih info tentang Uniqlo, sila klik sini.

 
Written by AbangNara | November 3rd, 2010

gambar seksi artis malaysia

Dari pandangan mata kami, kalau diletakkan Nora Danish dan Fasha Sandha di sebelah dan disuruh membuat pilihan, sudah tentu kami akan memilih si kecil molek Nora Danish. Wajahnya sangat-sangat comel dan cute. Tak nampak macam seorang ibu tunggal. Seksi tue seksi. Tapi itu kan boleh dibentuk oleh si suami? Mungkin Nora dan Fasha sebenarnya hanya menunggu saat bergelar seorang isteri sebelum meninggalkan dunia seksi meksi ini.

Mari kita lupakan cerita Nora Danish dan Fasha Sandha sebentar. Baru-baru ini ada satu parti bertemakan 60-an telah diadakan. Kami tak tahu siapa yang anjurkan tapi kira meletup jugak parti ini. Ramai artis-artis hot datang. Maya Karin ada. Jeslina Hashim yang dah lama tak nampak tue pun ada. Tapi jangan tanya kami apa motif parti ini diadakan. Kami pun tak tahu sebab apa.

Nasib baik rakan media kami si Budiey turut hadir ke parti tersebut. Semua gambar-gambar ini adalah hasil tangkapan Budiey. So enjoy lagi 14 keping gambar artis Malaysia di parti bertemakan 60-an dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Besar gile ikan pirana ini.

 
Page 20 of 23« First...10...1819202122...Last »