Written by AbangNara | October 26th, 2010

gambar kekasih baru hattan

Kami memang suka gila dengan Hattan. Dulu zaman sekolah memang lagu-lagu dia menjadi pujaan kami. Rendang tak berbuah,mahligai syahdu dan banyak lagi lah. Memang best gila semua lagu dia. Respek gila kami dengan suara Hattan. Tapi selepas melihat gambar kekasih baru Hattan di malam Konsert P. Ramlee baru-baru ini, bertambah respek kami dengan brother ini.

Cadangan kami kepada Hattan, sila buka kelas teknik mengorat awek cun untuk mereka-mereka yang berkepala botak. Mesti ada skill tersendiri yang digunakan oleh Hattan sehingga awek cun ini cair di pangkuan Hattan. Kami respek sama lu bro. Memang hebat dan gagah perkasa sungguh.

Nantikan entri kami tentang malam Konsert Mengenang P. Ramlee anjuran Astro esok. Terima kasih kepada Redmummy untuk gambar Hattan dan kekasihnya ini.

Written by AbangNara | October 26th, 2010

gambar diana amir tomboy

Kagum dan respek kami dengan Diana Amir nie. Demi menghayati watak dalam filem 321 cinta, Diana Amir sanggup potong pendek rambut panjangnya. Mengikut pengetahuan kami, bukan senang perempuan untuk memotong rambut yang dah dibela bertahun-tahun. Maklumlah, wanita lebih sinonim dengan rambut panjang. Kalau rambut pendek nie lebih kepada tomboy ataupun pengkid.

Buat yang tak pernah tengok atau sudah terlupa wajah Diana Amir ketika dia berambut panjang, mungkin gambar Diana Amir bersama kekasih hatinya ini dapat mengembalikan memori anda. Sebelum terlupa, baru-baru ini kami ada terbaca yang Diana Amir katanya tak mahu seksi-seksi dah. Katanya zaman seksi sudah berlalu. Tahniah kami ucapkan atas perubahan ini.

Lagi gambar Diana Amir berambut pendek ala tomboy demi filem 321 cinta dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Kalau zaman Melaka dahulu ada Facebook.

 
Written by AbangNara | October 26th, 2010

gambar red carpet ffm23

Akhirnya kami berjaya mengambil gambar di Red Carpet malam Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) daripada Budiey dan Mstar untuk tatapan anda semua. Pemenang pakaian terbaik pada malam tersebut ialah milik Vanida Imran dan Shah Jaszle. Tapi kami tengok Mia Sara jugak  yang paling comel malam tersebut. Kalah Lisa Surihani. Hehehe.

Lagi 26 keping gambar di red carpet FFM23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 25th, 2010

datin sofea jane

Sofea Jane. Suatu nama yang sangat gah suatu ketika dahulu dalam industri lakonan Malaysia. Orangnya pun cukup cantik. Kecil molek tapi berbakat besar dalam bidang lakonan. Kami rasa semua lakonannya mantap-mantap belaka. Mungkin layak digelar primadona Malaysia.

Baru-baru ini suami Sofea Jane iaitu Meor Zain Azman telah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Bila suami sudah menjadi Datuk, maka secara automatik si isteri pun bergelar datin. Maka dengan rasminya Sofea Jane bolehlah dipanggil Datin Sofea Jane.

Untuk pengetahuan, Datin Sofea Jane baru berumur 38 tahun. Sudah berkahwin selama 15 tahun dengan suami tercinta dan mendapat 3 puteri sebagai penyeri keluarga. Melihat gambar di atas membuatkan kami rasa cemburu sebab Datin Sofea Jane tetap nampak muda dan berseri. Apa rahsia beliau agaknya ye?

Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Sofea Jane atas gelaran Datin ini.

Page 5 of 23« First...34567...1020...Last »