Written by AbangNara | October 29th, 2010

Saya ialah seorang yang tidak suka bershopping di gedung pakaian di Malaysia sebab bagi saya harga barangannya terlalu mahal. Kadang-kadang cecah ratusan ringgit hanya untuk sehelai kemeja. Saya lebih gemarkan bershopping di kedai bundle.

1. Jersi replika Chelsea beli kat Kelantan + seluar jeans bundle = RM70

uniqlo malaysia

2. Baju POLO tiruan + jeans pakai adik punya = RM30

uniqlo malaysia

3. Kemeja curik abang ipar punya = PERCUMA

uniqlo malaysia

Saya ialah seorang lelaki yang main hentam keromo sahaja apabila tiba bab berfesyen. Yang penting MURAH. Kualiti teruk sikit pun tak apa. Bukannya orang tahu pun apa yang kita pakai kan? Tetapi nampaknya semua itu akan berubah dengan pembukaan gedung pakaian UNIQLO di Malaysia pada 4 November ini.

uniqlo malaysia

UNIQLO adalah sebuah gedung pakaian nombor 1 Jepun yang sudah popular seantero dunia. Rakyat Singapura, Korea, Perancis, UK, US dan banyak lagi semuanya sudah menikmati mutu pakaian tertinggi dari UNIQLO. Paling penting harganya sangat MURAH jika dibandingkan dengan gedung pakaian lain. Saya sharekan sedikit harga runtuh dari UNIQLO bersempena dengan pembukaan mereka di Atrium Fahrenheit 88, Bukit Bintang 4 November ini.

1. UJ JEANS RM49.90 (harga biasa RM99.90)

uniqlo malaysia

2. Baju T-Grafik UNIQLO RM29.90 (harga biasa RM59.90)

uniqlo malaysia

3. Jaket bulu biri-biri (Fleece) RM49.90 (harga biasa RM79.90)

uniqlo malaysia

Murah gila kan? Saya dengan seikhlas hati akan pergi ke grand opening UNIQLO dengan membawa kad kredit untuk membeli 3,4 helai jeans UJ UNIQLO. Nampak menarik dan sesuai dengan jiwa ini yang agak ranggi. Bukan sahaja kualiti tinggi dan harga yang murah, UNIQLO juga bakal menaja pakej pelancongan PERCUMA ke Tokyo untuk 5 pasangan (10 keping tiket) bersempena dengan pembukaan gedungnya di Malaysia.

uniqlo malaysia

Tapi saya rasa bakal timbul satu masalah yang besar untuk memilih 5 pasangan ini nanti. Sebab caranya tersangat MUDAH. Anda cuma perlu menjadi 500 orang terawal beratur sebelum grand opening UNIQLO pada 4 November nanti. Satu nasihat dari saya, pintu masuk UNIQLO akan dibuka tepat jam 11 pagi. Maka anda perlu berada di situ sekurang-kurangnya jam 8.00 pagi untuk menjadi 500 orang yang terawal.

uniqlo malaysia

Paling best, 1,000 pelanggan terawal yang beratur nanti bakal mendapat sebuah beg tote asli dari UNIQLO. Walaupun ditakdirkan anda tak menjadi 10 orang yang bertuah mendapat hadiah ke Tokyo, sekurang-kurangnya masa beratur anda tak sia-sia kerana bakal mendapat hadiah percuma ini. Beg tote asli UNIQLO ini juga akan diberi percuma kepada mereka yang membeli barangan UNIQLO lebih dari RM200 dalam satu resit sehingga 7 November. Perlu diingatkan yang ini semua selagi stok masih ada. Kalau dah habis stok janganlah pulak korang menangis kat situ.

uniqlo malaysia

Kalau anda dah tak sabar sangat nak tunggu 4 November ini untuk pembukaan gedung UNIQLO, sila ke Facebook Page UNIQLO untuk main game sambil menang hadiah-hadiah menarik dari UNIQLO. Lagi info boleh pergi ke website UNIQLO Malaysia.

P.S: Tunang Abang Nara dah suruh Abang Nara amik cuti 4 November ini untuk teman dia beratur masa grand opening UNIQLO. Jumpa anda di sana ye ~~

Written by AbangNara | October 28th, 2010

lisa surihani

Tak terlambat rasanya untuk kami di BeautifulNara mengucapkan jutaan tahniah kepada Lisa Surihani atas kejayaannya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23. Harap-harap kejayaan ini tidak akan membutakan mata Lisa Surihani sebaliknya akan terus berusaha untuk memantapkan lagi lakonannya.

Ikhlas kami cakap, lakonan Lisa belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Tapi tak apa, perlahan-lahan baiki mutu lakonan dan yang paling penting jangan lupakan peminat. Kalau boleh sekali sekala amiklah watak yang mencabar sedikit. Nak jugak tengok lakonan Lisa diuji dengan watak-watak lain daripada biasa.

Apa pun buat peminat Lisa, enjoy gambar-gambar Lisa Surihani serba hijau di FFM23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kesemuanya diambil dari Facebook Lisa Surihani.

 
Written by AbangNara | October 28th, 2010

dr rozmey filem 2 alam

Untuk yang tak nampak, kami tuliskan balik apa yang Dr Rozmey tulis wall Facebooknya:-

[note]Keangkuhan dan kesombongan wartawan hiburan sekian lama terhenti dan padam. mereka tidak mampu lagi angkuh , memfitnah , mengkeji dan memaksa ddr mengikut rentak dan resam mereka utk kuburkan industri Filem,maruah bangsa dan negara di hujung mata pena mereka. selepas TSUNAMI ledakan Pecah panggung 40 Juta yg ddr cIpta. Masa utk positif dan hormati hak individu dan menulis dgn amanah dan jujur serta berbudi.[/note]

Nampaknya Dr. Rozmey bengang betul dengan tulisan sesetengah wartawan hiburan yang sudah pun menonton filem 2 Alam dan menulis review yang tidak elok tentang filem tersebut. Ramai wartawan hiburan kurang berpuas hati dengan filem 2 Alam dan menyoal kemampuan filem tersebut mengutip RM40 juta seperti yang disasarkan oleh Dr Rozmey.

Antara review-review wartawan hiburan yang sudah menonton filem 2 Alam ini ialah:-

1. Niezam dari Mstar

[note]Dr Rozmey sebenarnya takut dengan kritikan wartawan kerana dia bimbang filem dia tak laku.Tapi masa dalam panggung memang rasa macam nak pecah juga kepala melihat 2 Alam.Filem itu bagus kalau ia digarap dengan baik. Tetapi sayang, garapannya “hancus”. Pelakon baru yang memegang watak utama dalam filem itu juga tidak hebat berlakon. Kalau dah tak popular, jadi tak payahlah disebut namanya.[/note]

2. Meor Shariman, NST

[note]Menonton filem 2 Alam umpama menyiksa minda dan yang paling mengejutkan ialah masih ada filem sebegini diterbitkan setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pembikin filem tempatan menaikkan martabat filem melayu. Filem sebeginilah yang memburukkan nama industri filem tempatan dan mengembalikan tanggapan masyarakat bahawa filem buatan Malaysia adalah filem sampah.[/note]

3. Klubkiddkl – Malay Mail

[note]Sesiapa yang sanggup nak tengok 2 Alam -sedekahkanla saja duit tu pada makcik jual kerepek ke orang buta minta derma. Lebih puas[/note]

Kami tak berani nak komen tentang filem 2 Alam ini sebab tak tengok lagi. Tapi dari segi promosi memang kami respek dengan Dr Rozmey ini. Hebat. Gah semacam promosi dia. Setiap hari pun keluar suratkhabar Kosmo. Mungkin nak panggil seramai boleh penonton bersempena dengan tayangan perdananya 18 November ini.

Dengar ceritanya dah ada Facebook Anti Dr Rozmey. Ish-ish. Takkanlah sampai ke tahap tue kebencian sesetengah orang terhadap Dr. Rozmey. Apa-apa pun bagi kami senang je. Tengok dulu filem 2 Alam ini dan luahkanlah pendapat anda. Kalau tak best cakap tak best. Kalau best suruh kengkawan tengok. Senang begitu ~~

P.S: Comel sungguh telur-telur ini.

Written by AbangNara | October 28th, 2010

fauziah gaus

Cun gila seh gambar Fauziah Gous di malam Festival Filem Malaysia 23. Cair hati kami melihatnya. Fauziah Gous ini dah la tinggi orangnya. Lepas itu pakai dress yang memang sesuai dengan bodynya. Confirm ramai yang terpikat dengan kecantikannya malam tersebut. Kalau kitorang pergi pun confirm cair gile beb. Tak gitu?

Oh ye baru-baru ini Fauziah Gous ada kata yang dia tak rela berkemban dalam filem. Katanya dia tak mahu menjaja tubuhnya. Kami suka dengan pendiriannya. Jangan diperkotak-katikkan oleh skrip filem sampai sanggup dedah tubuh badan sana sini. Badan kita kenalah kita yang jaga kan?

Lagi gambar Fauziah Gous di malam FFM23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.Kredit gambar kepada Budiey.

P.S: Kental dan pejal sungguh payudara wanita ini.

 
Page 2 of 2312345...1020...Last »