Written by AbangNara | October 31st, 2010

gambar sazzy falak mengandung

Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus telah pun berkahwin pada tahun 2006 dan akhirnya tahun 2010 membawa berita gembira kepada mereka berdua. Akhbar Kosmo melaporkan yang Sazzy Falak sudah pun mengandung. Malah ada desas-desus yang menyatakan kandungan Sazzy Falak adalah kembar. Hebat sungguh suami Sazzy.

Walaupun Sazzy Falak masih belum mengumumkan secara rasmi tentang berita kehamilannya, sumber yang melaporkan berita ini nampak yakin sangat dengan kesahihan ceritanya. Katanya dia terdengar perkhabaran gembira ini dari mulut Sazzy sendiri semasa sedang lepak-lepak di kedai kopi.

Apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Sazzy Falak dan Nazril atas berita gembira ini. Yang penting, Sazzy kena kurangkan aktiviti lasak supaya tidak berlaku apa-apa yang tak diingini. Semoga semuanya selamat sehingga waktu kelahiran nanti. Tahniah sekali lagi.

Written by AbangNara | October 31st, 2010

nabil dan irma berpisah
Sesungguhnya kami keliru dan terkejut beruk membaca pengakuan ekslusif Irma Hasmie yang menyatakan dia kini bukan lagi kekasih Nabil Raja Lawak. Katanya mereka berdua sudah berpisah. Seperti biasa punca perpisahan tak boleh diberitahu kerana terlalu peribadi. Tetapi mengikut apa yang ditulis di dalam BiPop hari ini, katanya Nabil kantoi diterjah oleh Irma bersama perempuan lain di kondominium yang baru dibeli Nabil.

Tambah panas, wanita tersebut yang merupakan seorang pramugari cuma memakai “boxer” dan T-shirt tanpa bra di dalamnya. Ketika itu Nabil dikatakan bersama kawan baiknya, Reza. Reza yang mana satu kami tak dapat pastikan. Apabila ditanya kepada Irma tentang kebenaran insiden ini, Irma tak mahu mengiakan atau menafikannya kerana ianya terlalu sensitif.

Sedikit sedutan kata-kata Irma Hasmie tentang hubungannya dengan Nabil:-

[note]Apa yang boleh saya jelaskan dengan jujur, sudah hampir sebulan saya dan Nabil tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Hampir 3 tahun kami bercinta, semua orang tahu tapi hari ini semuanya sudah berakhir. [/note]

TETAPI yang misterinya, Nabil masih mengaku yang dia adalah kekasih Irma. Dan dia turut menafikan insiden diterjah di kondominium Changkat View. Sedikit sedutan kata-kata Nabil:-

[note]Cerita Irma terjah saya di kondominium adala fitnah semata-mata. Perkara seumpama itu tak pernah berlaku. Saya juga masih kekasih Irma, hubungan kami tidak putus. Saya tak pernah tipu. Apa yang pasti, saya dan Irma masih lagi bercinta. [/note]

Sesungguhnya kami dah keliru, pening dan tak faham. Irma cakap dah clash. Nabil cakap masih still bercinta. Mana satu yang betul? Ikut firasat hati kami, kami rasa mereka berdua sudah berpisah. Mungkin Nabil masih tak dapat menerima kenyataan yang Irma bukan lagi miliknya. Itu yang dia buat statement Irma masih kekasihnya.

Apa pun, tunggu esok kerana kami baru sahaja mendapat satu gambar ekslusif Nabil bersama seseorang. Mungkinkah itu kekasih baru Nabil? Kita tunggu esok ~~

Written by AbangNara | October 29th, 2010

ac mizal

Akhirnya kes AC Mizal dan isterinya tentang nafkah anak mereka berdua selesai jugak. Nasib baik AC Mizal bawak duit untuk langsaikan nafkah yang tertangguh selama ini. Kalau tak akibatnya meringkuk dalam penjara selama 25 hari la. Jumlah nafkah yang dibayar oleh AC ialah RM9,800 dan AC juga didenda RM1,500 kerana gagal menyediakan penyata syarikatnya.

AC Mizal nampaknya sangat lega kerana tidak dipenjara dan berharap selepas ini tak ada orang nak ungkit-ungkit yang dia tidak membayar nafkah lagi.

[note]Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana ia menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat. Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak[/note]

Kami sangat-sangat suka dengan nasihat hakim mahkamah syariah. Izinkan kami kongsi di sini untuk bacaan kita semua:-

[note]Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah. Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka.[/note]

Semoga selepas ini AC dan sesiapa sahaja pasangan yang sudah bercerai atau akan bercerai menjadikan nasihat tuan hakim ini sebagai panduan untuk menjaga anak-anak mereka.

P.S: Kelakar gila ah status Facebok nie.

Written by AbangNara | October 29th, 2010

raja farah baju pink
Sesungguhnya fesyen dan rekaan baju untuk mereka yang bergelar artis tersangatlah penting terutama ketika menghadiri function-function tertentu. Mungkin sebab itu ramai artis yang ambil masa berbulan-bulan untuk memikirkan warna baju, bentuk baju dan rekaan baju yang sesuai untuk badan mereka. Kalau tak kemungkinan besar akibatnya baju yang dipakai agak tidak sesuai dengan ukuran badan artis tersebut.

Baju Raja Farah ini dipakai semasa Festival Filem Malaysia ke 23Untuk makluman, pereka fesyen baju Raja Farah di atas hanya sempat mengambil ukuran badan Raja Farah sehari sebelum function terebut berlangsung. . Itu yang nampak agak tidak kena dengan Raja Farah menyebabkan dia kelihatan agak berisi daripada biasa. Lagi-lagi bila masuk dalam televisyen. Rasanya semua orang tahu yang kita akan nampak 10 kali lebih besar di dalam TV berbanding realiti.

Apa pun jadikanlah ini sebagai satu pengajaran untuk lebih berhati-hati dan lebih teliti semasa membuat pilihan untuk memakai baju ke event. Oh ya, untuk anda yang tidak tahu, Raja Farah baru-baru ini sudah bertunang dan bakal berkahwin bulan hadapan.

Page 1 of 2312345...Last »