Written by AbangNara | September 23rd, 2010

rcw scha maya karin

Semalam masa jalan-jalan cari makan tiba-tiba ternampak 3 majalah nie. Terus dengan pantasnya kami menyusunnya mengikut sesedap hati. Kini tibalah masa anda untuk mengundi. Mana satu pilihan anda? Undi kat bawah ya.


Written by AbangNara | September 23rd, 2010

 gambar anak bcl ashraf sinclair

Inilah gambar anak lelaki Bunga Citra Lestari (BCL) dan Ashraf Sinclair. Nama anak mereka kalau tak silap ialah Noah. Gembira kami tengok keterujaan Ashraf memegang anak sulung mereka.

Tahniah kami ucapkan kepada BCL dan Ashraf. Semoga berjaya menjadi seorang ayah dan ibu yang bagus dalam mendidik anak. All the best.

Written by AbangNara | September 23rd, 2010

kereta fairlady shahir af8

Jeles gila kami melihat gambar kereta juara AF8, Shahir. Mana taknya. Inilah kereta idaman kami selama ini. Nissan Fairlady. Kalau dapat kereta nie makan maggi tiap-tiap hari pun takper. Oh ye untuk pengetahuan anda, Shahir AF8 baru-baru ini terlibat dengan satu kemalangan. Itu yang anda tengok gambar selepas dah hancur dah kereta Fairlady dia.

Tapi untuk kipas susah mati Shahir anda tak perlu risau. Shahir selamat. Tak ada cedera parah. Tapi dia belum pergi buat X Ray lagi. Manalah tahu ada kecederaan dalaman kan? Tapi buat masa ini Shahir masih sihat dan tak ada tanda-tanda kecederaan serius.

Kami masih geram lagi sebab kereta Fairlady ini memang kegilaan kami. Kalau ada AF9 nanti nak try masuk. Mana tau ada rezeki leh jadi juara. Lepas tue kumpul duit banyak-banyak dan boleh beli Fairlady. Tak gitu?

Apa pulak kereta idaman anda?

Written by AbangNara | September 22nd, 2010

gambar anak bcl dan ashraf sinclair

Jutaan tahniah kepada Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari atas kelahiran anak lelaki mereka. Buat masa ini masih tiada gambar anak BCL dan Ashraf Sinclair yang dapat kami jumpai. Namanya pun masih belum diketahui lagi. Kalau ada nanti kami akan updatekan.

Khabarnya kelahiran anak Ashraf dan BCL adalah secara pembedahan. Yang penting kedua-duanya selamat. Tahniah sekali lagi daripada kami atas kelahiran ini.

Page 4 of 13« First...23456...10...Last »