Written by AbangNara | September 8th, 2010

Sungguh comel Lisa Surihani dalam video ucapan Hari Raya nie. Ingat pesanan Lisa, jangan main mercun. Bawak kereta tue elok-elok. Bawak slow-slow sudahla. Asalkan selamat.

Selamat Hari Raya sekali lagi dari kami dan dari Lisa Surihani ~~~

Written by AbangNara | September 7th, 2010

selamat hari raya

Memandangkan esok lusa dah ramai nak balik kampung, kami dari BeautifulNara dan AmazingNara ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Balik kampung nanti jangan bawak kereta laju-laju sangat. Pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilftitri, maaf zahir dan batin.

P.S: Dah tengok iklan Hari Raya Petronas?

Written by AbangNara | September 7th, 2010

sosilawati hilang

Ajaib tapi benar. Datuk Sosilawati Lawiya, bekas isteri Nash dan jugak merupakan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages didapati hilang sejak 30 Ogos yang lalu. Sudah seminggu kehilangan ini berlaku, tapi sampai sekarang tiada khabar berita atau petunjuk langsung.

Yang peliknya, Datuk Sosilawati dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank dan membawa wang jutaan ringgit. Jadi kalau kata nak gi luar negara agak tak logik sebab rasanya tak lepas kot kat airport. Mungkin masih ada kat Malaysia lagi.

Apa-apa pun marilah kita doakan keselamatan Datuk Sosilawati. Mintak-mintak jangan diculik ataupun dirompak. Moga semuanya selamat belaka.

P.S: Meh tolong report page Facebook Anti Hindraf nie. Memang racist betul admin dia.

Written by AbangNara | September 7th, 2010

astro raya

Kuala Lumpur, 6 September 2010 – Dalam usaha untuk meneruskan kemeriahan tayangan program-program istimewa sempena Syawal pada tahun ini, Astro menghadiahkan dua buah saluran bonus istimewa; RAYAHD dan MUSTIKA RAYA kepada para pelanggan Astro B.yond dan pakej Mustika bermula pada hari Raya pertama untuk masa yang terhad.

Ketua Perniagaan Melayu Astro; Encik Khairul Anwar Salleh berkata, “Kami di Astro berasa amat berbesar hati untuk memberikan tawaran istimewa ini kepada para pelanggan Astro B.yond dan pakej Mustika bersempena dengan musim perayaan ini sebagai tanda penghargaan kerana telah menyokong perkhidmatan kami selama ini.

astro raya

Para pelanggan Astro B.yond beruntung kerana menerima nilai tambah bagi program-program Raya yang telah dijadualkan melalui saluran-saluran Melayu yang sedia ada seperti Astro RIA, Astro PRIMA, Astro OASIS, Astro WARNA, Astro CITRA dan Astro CERIA.

Ini merupakan kali pertama filem-filem Melayu dan program tempatan dibawakan dalam bentuk definisi tinggi melalui platform Astro.”

Para pelanggan Astro B.yond boleh menonton program-program yang disediakan di dalam saluran RAYAHD (saluran 188) secara percuma. Program-program yang dijangka akan menemui para pelanggan ialah seperti filem Jangan Pandang Belakang, Senario The Movie Episode 2: Beach Boys, drama mini bersiri lapan episod berjudul ‘10’ dan dua buah konsert iaitu Konsert Separuh Akhir AF8 dan Konsert Akhir AF8. Kesemua program yang telah dijadualkan akan bersiaran dalam bentuk definisi tinggi dan bersiaran dari 9 September hingga 17 September 2010.

astro raya

Siaran definisi tinggi yang ditawarkan melalui perkhidmatan Astro B.yond membolehkan para pelanggan menukar pengalaman menonton TV dengan warna yang lebih cantik, gambar yang lebih jelas dan bunyi sekeliling seperti dalam pawagam.
Untuk pelanggan Astro yang melanggan pakej Mustika, sebuah saluran tambahan iaitu MUSTIKA RAYA (saluran 134) pula akan diberikan secara percuma.

Saluran MUSTIKA RAYA ini akan menayangkan dua buah program muzik hebat yang memaparkan artis-artis besar yang pernah dan sedang menempa nama dalam bidang masing-masing. Para pelanggan pakej Mustika akan dihiburkan dengan rakaman konsert 40 Tahun – Bagaikan Bermimpi dari Esplanade Singapura pada tahun 2009 oleh kumpulan Sweet Charity, pemegang banyak anugerah muzik di sepanjang empat dekad berkecimpung dalam dunia muzik yang juga dikenali sebagai lagenda rock tanahair.

Selain itu, para pelanggan juga akan dihiburkan dengan rakaman karnival muzik yang terbesar di Indonesia iaitu; Karnival Muzik SCTV 2007 dari Jakarta yang dimeriahkan dengan persembahan dari artis-artis terkemuka dari tanah seberang seperti Dewa, Peterpan, Andra Backbone dan Mulan. Saluran MUSTIKA RAYA ini akan bersiaran dari 9 September hingga 22 September 2010.

astro raya

Tawaran terhad hebat ini tidak terhenti di situ apabila semua para pelanggan Astro berpeluang untuk menonton program-program terbaik yang ditawarkan di dalam pakej Mustika melalui saluran prebiu; saluran MUSTIKA BARKER (saluran 130) pada 9 hingga 17 September 2010. Istimewa sempena musim perayaan, program-program yang terdapat dalam saluran ini akan ditayangkan secara penuh.

Di antara program-program menarik yang menanti para pelanggan ialah drama mini bersiri lapan episod dari rangkaian program Suatu Ketika iaitu Tangkal Besi dan Apa Dosaku dari saluran Astro Citra; program-program hebat dari Astro Warna seperti Adnan Sempit the Series, Terkono dan Spontan serta; filem-filem Hindi hebat dari saluran B4U seperti Hum Tumhare Hai Sanam, Major Sahab serta program Hindi tempatan hebat seperti Rentak Bolly dan Wassup Bolly.

Saluran RAYA HD (saluran 188)
• Bersiaran pada 9 – 17 September 2010
• 2 filem: Jangan Pandang Belakang & Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
• 1 drama mini bersiri 8 episod: ‘10’
• 2 buah konsert: Konsert Separuh Akhir AF8 & Konsert Akhir AF8
• Untuk pelanggan HD sahaja

Saluran MUSTIKA RAYA (saluran 134)
• Bersiaran pada 9 – 22 September 2010
• 2 buah konsert: 40 Tahun – Bagaikan Bermimpi & Karnival Muzik SCTV 2007
• Untuk pelanggan pakej Mustika sahaja

Saluran MUSTIKA BARKER (saluran 130)
• Bersiaran pada 9 – 17 September 2010
• Astro Citra: Tangkal besi & Apa Dosaku
• Astro Warna: Adnan Sempit The Series & Terkono
• B4U: Hum Tumhare Hai Sanam, Major Sahab, Rentak Bolly & Wassup Bolly
• Untuk semua pelanggan

Page 10 of 13« First...89101112...Last »